"Rabbmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat". (Al-Isra’ [17]: 25)
Di luar masih dingin. Kuat angin menampar muka kecilku ini. Tatkala itu hati terusik dek kenangan lalu, yang tak sampai dua marhalah pun berteleku di istana hati.
Pelbagai topik dan sumbangsaran di
semenjak beberapa bulan yang lalu tergiang di telinga Anem. Terutama pada hari ibu yang lalu, anem tersentuh dengan sentuhan bersahaja Abby Fana dengan topik 'ibu saya marah kalau'. Gelak kecil disulami rasa sebak menyinari hari Anem pada tanggal itu.
Namun baru ni, tak semena, malah tidak terlintas pun Anem akan 'terpikat' pada topik yang dibuahkan oleh Anne Shigim (DJ hotfm yang sangat cool) iaitu "What goes around comes around". Apa yang pernah terjadi atau kita buat pada orang lain, kena kita balik.
Erm, Anem rasa ramai pernah mengalami, malah hati Anem sendiri tak terkecuali. Mulanya tak terfikir, tapi bila dah lalui, erm..
Gini, Anem ni sangat panas baran dahulu, cepat marah, tak tak tentu alasan Anem akan mula menjerkah adik anem - satu-satunya dan istimewa pula. Anem akan beri dia arahan itu ini. Sedangkan dia pula, walaupun nakal dan ikut katanya sahaja, itu memang kelemahannya, masakan tidak, baru sebentar tadi Anem mengenakannya, selepas itu dia baik semula dengan Anem , seolah tiada apa berlaku, ikhlasnya hati dia.
Kemudian Anem mula melangkah ke alam kerja. Dan Agak tragik, Anem bertemu dengan seorang insan yang Anem tak salah dimarahinya, sering mencari salah, dimarahinya Anem depan insan lain, dia membuatkan kita takut bukan hormat dengan dia. Walaupun dia agak 'bos' dan berlainan agama dengan Anem, dia perlu sedar Anem insan yang tetap ada harga diri, perlu di hormati, Anem tak kisah dibuli, disuruh itu ini di awal pekerjaan, namun jangan merendahkan diri ini sehingga waktu solat pun agak berkira.
Tatkala itu, nah! Padan muka Anem, buat lagi kat adik macam tu, buat lagi kat orang lain macam tu, kenalah Anem terima akibatnya. Memandangkan Anem kurang kuat,ya , Anem pengganggur semula.
Ya Allah ; dinginkanlah hati yang terbakar dengan kesejukan iman.
Ya Tuhan kami, ampunilah kami
dan kepada Engkaulah tempat kembali.



