Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts


Ada perkara kita tak begitu berharap dan berpaut pun dengannya, tapi kesannya luar biasa (kepada kita). 

Ini saya maksudkan dengan youtube saya.  Baru 2 tahun kebelakangan ini saya kembali aktif dan upload video baru semula. Walaupun akaunnya sudah ada lama. Saya pula tidak memikirkan jauh berkaitan engagement atau pun jumlah reach sehari. 

Namun benarlah dikata "konsisten is the key" - akibat rajin upload shorts (video pendek macam di TT dan IG reels), menyebabkan subscriber saya bertambah sedikit dan reach salah satu shorts video terus mencapai lebih 5000 views. Alhamdulillah. Terima kasih banyak.


Senarai shorts saya di youtube




Tempoh hari saya pergi bank nak cash-kan check yang dapat daripada google (terima kasih pada yang sudi berkunjung ke blog dan rajin klik iklan). Alhamdulillah. Untuk permulaan, syukur.

Semuanya berjalan seperti biasa. Sehinggalah kakak bank tu tanya, "awak ada akaun youtube ya, review apa ja? Bagilah tahu boleh kami view, like kah."

Waktu tu saya rasa merah dah muka saya. Dia tanya lagi, "berapa view boleh dapat baru Google bagi ni?"

Sambil malu-malu alah saya jawab, "bukan. Ini duit blog. Berdasarkan orang klik iklan. Bukan youtube. Saya tulis random ja."

"Random?" Dia senyum. Saya pun senyum.

Ingat balik perkara ni, segan betul saya. Sorry kakak, saya malu nak jawab dekat situ (terkejut ditanya sebenarnya, pertama kali orang tanya live gini)! Haha.

Iklan yang diletakkan di sesebuah blog ini kiraannya berdasarkan rate per click atau kadang bayaran ikut tempoh siaran. Berbeza pula harga kadang apabila berbeza penaja (sponsored). Jadi, kalau awak ada blog, letaklah iklan, tak rugi pun, daftar pun percuma. Begitu.

Sekali lagi, terima kasih buat semua kawan-kawan yang sudi berkunjung ke blog. Alhamdulillah!


** Ya saya tahu. Saya kena rajin lagi menulis dan berkongsi selepas ni. Doakan saya ya. :)

- Arnamee


Antara perkara random yang saya tak jangka adalah apabila ada kawan saya suruh kirim salam pada seorang penulis popular ini, lepas tengok saya kongsi quotes buku penulis tersebut di media sosial. Ahh sudah! Penulis itu kenal saya pun tak masalahnya. Tapi tak apa, nak sampaikan salam kawan punya pasal, saya pun hantarlah DM. Tanpa letak jangkaan apa-apa. Yang menariknya, penulis itu sudi respon,

- "Waalaikumussalam. N yang mana ya kirim salam pada saya ini?" 

- "Oh, N itu kawan saya, dia suruh kirim salam tadi." 

- "Oh baik-baik, kirim salam dia balik ya."

Penulis itu balas pun kita dah teruja (tak sangka sebenarnya), ini lagi ajak berbual. Seronok! Lihat betapa hal-hal kecil pun mampu membahagiakan orang. Alhamdulillah dan untuk penulis tersebut, terima kasih! 


Maaf untuk tajuk yang panjang untu penutup 2019 ini! Ini adalah penulisan yang sedikit (mungkin banyak) yang terlewatkan. Pertemuan-pertemuan manis dengan sahabat belajar yang kita sayang, sahabat internet (buat pertama kali), kedatangan sahabat yang 11 tahun lalu kali terakhir bertemunya dan mendapat cenderahati percutian daripada sahabat-sahabat manis tersayang (ya! Sahabat alam maya sayalah).

Sahabat alam maya


Ainul Mardhiyyah - Ini sebenarnya perancangan spontan. Ketika dalam satu perjalanan bersama emak, adik, ayah DD dan wan uda. Tiba-tiba ayah DD kata dia mahu ke Galeri Ilmu. Dan kami tiba pun waktu itu lunch hour. Jadi melihatkan di dinding pejabat, tertera nama dan gambar sahabat seorang ini, jadi saya cuba tanya jika dia ada. Ya! Dia tak keluar lagi ya. Nervousnya saya. Dia antara manusia yang saya kagum dan penulis kegemaran juga, okay! 

Orangnya sangat manis (lebih daripada yang kita lihat di internet!), peramah dan sangat baik. Untuk pertama kali jumpa, dia berjaya buat saya selesa. Moga kita berezeki dipertemukan lagi, ya Ainul!

Yang sudi datang jauh-jauh


Sebenarnya saya sedang tak percaya, apabila Nad dan Fik suarakan hajat yang mereka nak singgah rumah dalam Syawal tempoh hari. Saya tahu betapa Bagan Datuk tidaklah begitu dekat dengan lokasi keberadaan mereka. Namun persinggahan manis dan di luar jangka ini meninggalkan kenangan yang cukup kuat buat kami sekeluarga. Datang berempat bersama dua anak mereka, Fik dan Nad yang merupakan sahabat USM kami,begitu ikhlas berbual dan menyantuni kami (terutama adik saya, Hafiz). Terima kasih banyak, moga baik-baik selalu untuk Nad dan Fik sekeluarga. 

Bertemu sahabat lama di hari raya



Nana - sahabat sejak tadika
Oh ya, kedatangan kami ke rumah mertua sahabat sejak tadika, Roszana pada hari raya lalu, disantuni dengan baik sekali. Dia yang baru kehilangan kakak tersayang (al-fatihah buat Rosliza Kasim), begitu tenang melayani kami. Dengan mee dan kuih-muih yang sedap, Nana tetap melemparkan senyuman manisnya. Hero-heroinnya sangat menghiburkan kami. uat NANA, moga terus kuat dan baik-baik selalu ya. Terima kasih sudi terima kami.

Imani - sahabat sekolah menengah
Imani saya dapat jumpanya sekejap namun tetap manis. Dia tetap Iman yang saya kenal dulu. Cantiknya, keramahannya serta tenangnya. Sudah mempunyai tiga orang anak, rumah Iman ini hampir kami terlepas sebenarnya. Alhamdulillah berezeki bertemu juga. Terima kasih sudi luangkan masa walaupun dia perlu bergegas mengambil anaknya selepas itu. Maaf ya, Man.

Tiara - adik PLKN saya
Yang ni jauh sedikit namun seronok. Kebetulan hari sama kami berusaha menjejak rumah sahabat sekerja mak satu ketika dahulu. Dengan beberapa pertanyaan dan pencarian di kampung Sungai Serdang, akhirnya kami jumpa juga rumah sahabat mak, Acik Nadiah itu. Paling menarik, dia telah berpindah di kawasan berdekatan rumah Tiara, Banting! Menarik bukan? Alhamduillah. Allah sebaik-baik perancang. Terima kasih Tiara sekeluarga yang sudi menyantuni kami semua termasuk ayah DD dan Wan Uda. Pandai betul awak masak. Semoga berjaya dunia akhirat juga buat Tiara western di Melaka itu, dik.

Hadiah/kemenangan/percuma: THANK YOU SEMUA!


  • PeriFixiMerdeka (bagi 3 buku percuma Fixi!)
  • Pusat Cermin Mata Intan (mereka bagi contact lenses!)
  • Giveaway Senjalawa EgyAzira (dapat plated shawl).
  •  
    Terima kasih semua.
Hadiah, souvenir (fridge magnet) & sokongan

Terima kasih untuk kesudian/kejutan serta tanda mata:

Hadiah hari jadi daripada Nadzrah
  • Adik baby comel kita! Thank you Nisa Afina bagi kita 2 helai tudung labuh yang cantik. Kita suka! Juga kesudian berkongsi cerita.
  • Ain (Rizqiana), terima kasih untuk buah tangan Dari Korea dan peringatan serta perkongsian yang baik-baik.
  • Terima kasih Jazlina selalu tegur kita dan bagi kad raya.
  • Fridge magnet dari Kashmir, terima kasih banyak Ziera Ramli. Adik seorang ni tak pernah tak manis. Cikgu yang suka senyum!
  • Yiyin; perkenalan dengan sahabat manis seorang di ni secara tiba-tiba di internet. Kami masing-masing ada artis kegemaran. Seorang yang sangat manis apabila tersenyum, Yiyin sangat pemurah dengan memberi banyak tanda mata kepada saya. Dia ni, bukan wajah saja manis, perangai pun sama!
  • Nabillah Misran, gadis manis baik hati ni sudi bagi beg tangan percuma. Mak kita suka! Terima kasih.
  • Nadiah Rafie - seorang yang sangat tenang dan manis, Nadiah sudi belikan fridge magnet kita kirim dari Santorini. Terima kasih, awak.
  • Terima kasih juga buat Lulip, sudi belanja famili kita kfc, walaupun dari jarak jauh! Awak comel! Terima kasih untuk perkenalan kita dan toleransi awak.
  • Buat Cik Langit saya, Farhah comel, terima kasih sudi belanja kami egg pop corn yang sedap. Allah, awak tahu tak awak ni penuh dengan kejutan yang manis? Terima kasih tau, untuk semuanya.
  • Afiqah Omar, terima kasih untuk tanda mata dari Jepun itu. Terima kasih kerana sudi berkongsi perkara-perkara baik dan best di internet!
  • Tak lupa juga buat Cik Bintang saya, Nadzrah Rahim (untuk hadiah hari lahir yang unik dan comel), 
  • Buat Kak Fatimah Hamsi, Timah kawan Nadzrah, Yaya, terima kasih juga selalu tegur. Tak lupa juga buat Ann, yang ingat akak lagi.
  • Kak Cheryna (Sha) saya (yang selalu usik saya di twitter dengan lirik yang best), adik DJ saya; Iza Izureen, Farid, Izza Syafinaz serta Deen yang sentiasa ada, dan bertanya khabar. Juga buat EDL dan Eppy Eoshi. 
  • Geng Noname - Kak Iza, Eyin, Wos, Ma, Ayu dan Ani yang sentiasa menemani walaupun jauh.
  • Juga buat semua saudara-mara dan sahabat baik hati yang rajin respon post saya, terima kasih!
  • Last but not least -- Ashikin, thank you juga awak untuk semuanya! :)
Dan akhir sekali, untuk semua yang sudi baca, komen, kongsi serta mengikuti arnamee blogspot sepanjang tahun ini dan sebelum lagi. Moga jangan cepat jemu ya untuk terus baca. Maaf untuk kekurangan. Terima kasih banyak-banyak!

Haza min fadhli rabbi. Ini adalah artikel penghargaan. Ahamdulillah untuk semua rezeki daripada-Nya. Moga yang baik kita syukur dan kongsikan. Yang tidak, pada 2019 ini jadikan pengajaran. Terima kasih 2019. Selamat datang 2020!




Hari lahir adalah hari peribadi. Ada yang teruja menyambut. Ada juga yang tak suka (kerana pengalaman). Namun ia adalah manifestasi syukur kita kerana masih hidup dan ada urusan dunia yang belum lagi selesai.

Dalam usia yang makin bertambah, begitu banyak pencapaian yang kita dakap dan ada juga sesekali kejatuhan serta kehilangan. Alhamdulillah untuk semuanya.

Seperti orang lain, hendak juga saya tulis kenangan begitu dan begini di sini. Namun biarlah sebahagiannya menjadi simpanan sendiri.

Untuk setiap kejayaan sementara jangan sesekali membangga diri. Ada tanggungjawab dan amanah disertakan.

Buku penulisan terkini saya dan kawan-kawan (Konfesi) dapatkannya di @bukugaraj

Untuk setiap jatuh dan kegagalan adalah ruang untuk memperbaiki diri. Dan jangan takut untuk mencuba lagi.

"Kita tak boleh pandang hina pada cara hidup seseorang. Sebab kita tak tahu penghujung hidupnya dan kita nanti bagaimana."

- USTAZ AHMAD SHUKRI YUSOFF (TanyalahUstaz)

Teruskan jadi manusia bermanfaat, sabar dan ikhlas. Kerana di akhirnya semua perbuatan kita, Tuhan akan balas.

Masa adalah bukti kesementaraan. Dalam detik berbaki, berapa wujud lagi amal yang akan mampu meneduh?

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni. Hadits ini dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ no:3289).

(- Sumber)

Terima kasih
 buat keluarga di sisi. Terima kasih buat semua yang masih bertahan lagi. Terima kasih untuk yang sudi beri ucapan di twitter, facebook, instagram, whatsapp dan SMS. Dan untuk yang masih mengingati dan mendoakan. Moga baik-baik saja untuk semuanya.

*Nukilan Litte Strong @TheContengann / Instagram: Thecontengan
Kerana kesempurnaan bukan milik kita, marilah sentiasa muhasabah, saling menasihati dan mendoakan. Maaf jika saya pernah melukakan sesiapa. Moga kejayaan milik semua kita. Insya-Allah. Ameen.

 Wallahualam.



Semua orang suka dihargai. Namun semua kita berbeza cara dalam menggembirakan orang yang kita sayang. Bagi saya kegembiraan orang yang tersayang adalah satu kebahagian. Berikut adalah pengalaman saya memberi hadiah atau kejutan untuk ahli keluarga dan sahabat saya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerima hadiah dan menganjurkan umatnya untuk saling memberi dan menerima hadiah. Beliau bersabda: “Hendaklah kalian saling memberi hadiah, agar kalian saling mencintai.” (HR. al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Shahih al-Jami 3004, al-Irwa 1601)
Kek, kad dan baju untuk mak, abah dan adik.


Alhamdulillah untuk semua kesempatan. Hobi saya yang memberi kad kepada mak abah sempena hari istimewa. Saya tahu itu tidaklah seberapa dan terlalu jauh nak dibandingkan apa yang mereka telah beri, namun wajah gembira mereka cukup membahagiakan. Adalah pernah beli hadiah untuk mereka dan mereka sangat hargai. Kadangkala letak di meja. Ada yang beri terus. Ada yang saya pos (masa belajar dulu). Dan daripada abah masih ada hingga kini, kami masih membeli kek untuk saling merai. Ada rezeki lebih, kita berilah apa kita mampu beri. Syukurlah untuk apa yang masih di sisi. Moga diberkati.

Cupcakes buat peminat muzik


Antara kejutan awal saya buat dalam hidup. Tahun 2012. Waktu itu belum pesat lagi perkhidmatan begini. Cuma ada kakak ni saya emel (emel tau waktu tu) dan minta buat dan hantar kek cawan (cupcakes) sebanyak jumlah umur sahabat saya. Dan cupcakes itu dihiasi note dan alat muzik kerana si penerima itu yang meminati muzik! Kakak itu pun sangat baik. Moga dimurahkan rezeki Kak Hayati yang sudi hantar waktu itu. Banyak betul karenah saya. Sabar sahaja dia. Yang penting sahabat saya terkejut dan gembira waktu itu. Itu yang seronok!

[Damira Bakery bukan saja buat perkhidmatan buat kek, cupcakes, kuih. Malahan beliau juga ada buat kelas belajar buat kek dan tart]. Boleh rujuk blog kak Hayati ni: http://damirabakery68.blogspot.my/
Chocolate Bouquet untuk orang Penang


Ini adalah sesuatu yang manis juga untuk dikenang. Bantuan melalui kakak empunya badan, Iera Rahim dan kerjasama Mazni (pemilik perniagaan tersebuat) & Syazana yang sangat sporting memenuhi kehendak saya, berjaya membuatkan si penerima, Cik Bintang terharu. Terima kasih untuk segala kerjasama. Awalnya memang nak sampaikan terus pada penerima, namun pada hari tersebut dia tiada di rumah. Jadi, melalui kakaknya akhirnya sampai juga ditangannya. Alhamdulillah.

[Jeenis_Bouquet menyediakan perkhidmatan penghantaran (surprise delivery) harga yang berpatutan coklat bouquet dan boleh juga hantar bunga, brownies (kek) untuk penghantaran buat tersayang. Belon juga boleh ikut permintaan kita.  Terutama sekitar Pulau Pinang. Dan saya jamin perkhidmatannya terbaik. Jika ada nak hadiahkan atau surprisekan orang sekitar Pulau Pinang, boleh cari mereka ni!].
Teddy bear online kepada adik-adik


Dua kali saya menghadiahkan teddy bear besar kepada sahabat yang saya panggil adik. Seorang di Sabah, Cik Manis itu dibeli melalui seorang kenalan saya yang tinggal berhampirannya. Terima kasih banyak buat beliau! Dan satu lagi saya membeli teddy bear secara online. Dan orang itu yang deliver (sampaikan) kepada dia melalui pos. Untuk Gadis Kayangan yang masih belajar di sebuah universiti waktu itu. Bagus penghantarannya. Sangat rajin melayan karenah saya. Ini dah lama. Sekarang lagi banyak perkhidmatan sebegini sedang bercambah di bandar-bandar dan di Malaysia amnya.

*Sayangnya Teddiesland tak aktif sekarang ini. Sedangkan bearnya comel-comel dan murah walaupun besar. Saya suka. Moga baik-baiklah untuk mereka.
Melalui orang tengah

Ini saya ingin kreditkan kepada seorang sahabat bernama Su. Bagi saya dia sangat manis kerana sudi menjadi orang tengah untuk sahabat saya seorang lagi, Sha (cheryna). Mereka berdua sahabat yang manis. Banyak saya belajar dengan mereka.

Ada satu ini, saya nak beri melalui pos, tapi tak sampai pada kawan itu. Apapun ini soal rezeki dan sebahagian pengalaman juga. Tak semua jadi dan manis. Apapun, jangan putus asa untuk memberi.

Hari hari lahir & kahwin buat kawan

Setiap kali hari lahir kawan, selain frame gambar, keychain, kadangkala saya suka hadiahkan buku. Atau buat kad. Jika kenduri berbeza sedikit, saya selalu minta bantuan mak saya, Puan Anita. Sebab orang kahwin selain cadar atau hadiah peralatan dapur mungkin ada banyak lagi idea kita dapat daripada mereka yang berpengalaman. Terima kasih mak!

Saya juga pernah menerima.

Alhamdulillah. Saya juga pernah menerima hadiah yang istimewa melalui abah, mak (mereka yang hadiahkan saya bear besar masa belajar dulu, alhamdulillah. Impian juga dapat bear besar ni.) dan teman-teman (terutama roomate saya masa USM, Yunn). Terima kasih buat mereka yang sudi memberi. Anda memang baik hati. Moga Allah berikan yang baik-baik untuk mereka semua ini. Insya-Allah.

Apapun, jom memberi. Kita hidup tak lama mana. Jadi hiduplah untuk memberi dan bahagiakanlah yang tersayang selagi berkesempatan. Ada rezeki, kita kongsi. Insya-Allah hidup akan aman dan gembira buat semuanya! :)




Ini adalah pengalaman saya mengambil lesen D (kereta). Sebelum kita sentuh format baru (sekarang) yang saya ada sertakan di bawah, saya ingin kongsikan juga pengalaman saya ambil lesen kereta sekitar tahun 2010. Tak jauh beza, samanya ada ujian komputer, dan ujian jalan raya dan bukit. Cuma sekarang lain sikit sebab ada RPK, RSM, S, Z semua itu. Oh ya, sebelum itu kalau tips atau cara saya kongsi di sini lain apa anda belajar, jangan ikut sangat. Tanya cikgu dulu, ikut cara cikgu anda. Baiklah kita mulakan.

PENGALAMAN SAYA

Saya ambil masa 2 tahun dan berbelas jam belajar dalam usaha untuk mendapatkan lesen P. Saya sampai melibatkan 2 sekolah memandu. 2 cikgu. Beberapa kali test JPJ hanya kerana saya gagal bahagian bukit 5 kali! Setiap kali ulang, akan ambil pra-ujian lagi, dan setiap kali itu abah suruh belajar lagi (pastinya akan perlukan duit lagi). Ya, itu bahagian sedih yang tak boleh saya lupakan. Banyak perlu dikeluarkan untuk saya. Mujur lulus juga akhirnya. Alhamdulillah. Terima kasih untuk mak dan abah serta semua cikgu-cikgu yang sabar dengan saya. Terutama Institut Memandu Intan (IMI), Teluk Intan.

Kenapa sampai 2 kali? Sebab kebetulan keluarga saya berpindah tempat tinggal. Selangor ke Perak. Setelah gagal di Selangor, berbulan juga saya mula ambil kelas semula di Perak. Nak dapat keyakinan balik. Gitu.

Semasa di Selangor, cikgu yang mengajarnya adalah lelaki muda yang sangat tegas dan yakin dengan saya. Dia pernah cerita, kepentingan dan semangat seorang makcik ini, yang dah kehilangan suami baru mula belajar bawa kereta, dia ulang 50 kali ujian! Dan akhirnya berjaya. Ada dia cerita lain, ada warga emas sekali saja lulus ujian jalan raya, sebab kesungguhannya mahu lulus.

Memang dia sangat suka bercerita. Semangat-semangat itu memang saya ambil, cuma dekat bahagian bukit saya gugup pula. Allah. Punya yakin jejaka muda ini, dia siap tertidur (saya rasa dia acah saja) masa perjalanan saya dari Selayang ke Puchong (dari rumah ke sekolah memandu) dahlah waktu tu memang pengalaman bawa kereta tak berapa nak ada (Abah pernah ajar saya dengan sabar, namun tetaplah saya tak mahir) selain kelemahan saya adalah mengingat jalan. Keyakinan cikgu muda tu antara semangat buat saya lulus di jalan raya! (Jalan raya sajalah tapi..hmm)

Di Perak, saya diajar cikgu lelaki lebih kurang usia abah saya, sangat lembut, tenang dan penyabar. Dia ajar macam anak-anak. Alhamdulillah untuk kedua-dua peluang berguru dengan mereka tersebut.

Tapi seperti yang kita tahu, gagal salah satu bahagian TIDAK akan gagal semua, cuma saya gagal bukit di Selangor, saya kena ULANG sebab dah berbulan, baru saya mula balik ambil lesen ujian di Perak. Apapun alhamdulillah akhirnya berjaya juga.

Perkongsian @imraaannnnn melalui twitter ini bagus. Cuma untuk rekod: saya dapat anggota JPJ perempuan, alhamdulillah beliau okay! Boleh klik lanjut pada perkongsian beliau di twitter untuk baca mereka pendapat yang lain juga.


*****

KEADAAN TELAH BERUBAH

Format masa zaman saya dulu: Hadiri ceramah + Ujian berkomputer (untuk dapat lesen L) + Ujian jalan raya: bukit, litar & 3 penjuru (Lulus baru dapat lesen P)

Format sekarang: Hadiri ceramah + Ujian berkomputer (untuk dapat lesen L) + RPK, RSM, Jalan raya: (Bukit, Parking, Sisi 3, Z & S). - (Lulus baru dapat lesen P)

(Mungkin nota anda tak sama dengan senarai seperti dalam gambar di bawah, rujuk pada nota asal anda.)

Nota RPK (Klik gambar untuk lebih jelas)
Nota RSM Kereta (Klik gambar untuk lebih jelas)

Nah! Ini blog yang berguna untuk tips, soalan dan apa sahaja berkaitan lesen memandu oleh Cikgu Yap: http://driving-school.com.my

Daftar, ceramah & Ujian berkomputer
Saya daftar dengan sekolah memandu itu sendiri.  KPP 01: kenalah dengar ceramah (dengar ja baik-baik, dapat penceramah lucu, memang seronok, tak ngantuk). Seronok juga jika jumpa kawan baru. Dan kemudian ujian berkomputer (ini kalau baca, ingat dan faham mudah saja. Ulang saja banyak kali baca, cuba fahamkan, sebut (sendiri, bagi ingat), buat latihan, insya-Allah boleh). Soalan ujian ini selalu berulang, cuma kena teliti berbalik-baliknya itu. Terutama bab sistem kejara itu. Pusing-pusing tang tu juga.

-- Ujian komputer lesen memandu (latihan): http://jpjkpptest.com/

Kelas memandu
Adalah normal kalau dapat cikgu yang bising, berleter atau sesekali marah. Untuk kepentingan kita juga. Dan matlamatnya sama dengan kita, nak kita lulus. Ya, kita memang ada hak nak tukar, jadual pun, cuma kalau boleh belajar terima arahan dulu. Dengar cakap cikgu ni berkat. Macam saya, memang cikgu itu akan ambil dan hantar ke tempat belajar. Balik pun. Pengalaman saya, cikgu itu hantar semula ke tempat kerja (sebab saya sudah bekerja waktu itu). Tiada masalah. Mereka baik-baik saja. Alhamdulillah untuk semuanya.

Cikgu suka sebut benda yang pelajar lain selalu gagal. Cikgu pertama dulu dia suka sebut:

"Kita kena perasan apa berlaku di sekeliling kita. Depan. Belakang. Tepi. Nampak tak orang depan buat apa? Kalau dia brek (lampu brek mereka nyala), kita brek / sedia nak brek. Sedia nak brek maksudnya perlahankan kereta."

Cikgu kedua saya pula, dia tahu kelemahan saya bukit, itulah latihan dia duk suruh saya ulang-ulang. Pusing-pusing. Dia siap tanya saya boleh atau tak. Penyabar betul.

Kalau rasa tak yakin atau tak cukup kelas, mohonlah tambah (kena tambah duit juga). Tapi lebih baik tambah kelas, berbanding tak cukup latihan dan gagal. Sakitnya tu di sini (daripada pengalaman saya ni).

QT1 (Latihan amali / pra-ujian)
Kena kalau orang dah biasa bawa, mungkin dia tak ambil pun. Jimat. QT1 Cikgu akan menilai kita ala-ala ujian sebenar. Kira trial namanya. Saya ambil dan waktu itulah kita tahu kelemahan kita apa. Mungkin kita gopoh sangat, ada terlupa atau nervous sangat. Paling penting jangan over confident, elakkan riak. Insya-Allah okay punya!
Nota:
*Sebelum menghidupkan enjin pastikan gear kereta berada dalam keadaan free gear. Kemudian hidupkan enjin.
*Jangan amalkan pengunaan gear 2 semasa kereta baru nak bergerak atau bergerak terlalu perlahan. Boleh juga guna tapi lining clutch cepat rosak sebab masa kereta begerak terlalu perlahan anda guna gear 2 anda terpaksa guna clutch bagi mengelakkan mati enjin.
Tips naik bukit:
1. Kena pandai seimbangkan minyak dan cluctch. Sampai bukit, minyak kene tekan sampai 2000 rpm atau jarum meter tu at least kat angka 3, baru turunkan handbrake, dan bergeraklah perlahan-lahan.  

Atau- Naik bukit sesuai guna gear apa? Paling sesuai adalah gear 3 tapi kena pecut dari bawahlah, bila RPM dah drop tukar ke gear 2, bila makin semput sebab mendaki bukit guna enjin kancil boleh drop ke gear 1. (Antara sumber: Cara memandu kereta manual)

Ujian JPJ
Bermulalah saat-saat mendebarkan, daftar kehadiran, ambil nombor giliran. Dia akan panggil kita. Jadi kita bersedialah untuk menaiki kenderaan. Kenalkan diri dan kena check kereta. (Masa saya dulu tiada RPK, jadi kami terus masuk kereta dan sebut satu-satu macam yang dipanggil RSM sekarang ni.)

Pengalaman saya masa dengan JPJ Lelaki, encik ini lebih tenang dan sukar diduga. Berbanding JPJ perempuan, dia selesa cara pemanduan atau tak, dia akan nampak di muka. Saya selalu diperdengarkan yang pegawai lelaki kita kena ambil hatilah, perempuan kadang garanglah. Tapi dengan saya alhamdulillah, encik itu sangat profesional. Yang perempuan pun sama, malah bertolak-ansur pula memberi markah. Saya tak mahir berbual, jadi dalam kereta memang senyap sunyi sahaja. Cukuplah kita menghulurkan senyum dan menghormati mereka.

Berdebar juga kalau dia tiba-tiba disuruh berhenti tepi, maksudnya kita gagal. Tapi alhamdulillah selesai. Bila teringat balik, macam robot pun ada! Tegak dan buat saja macam dalam kelas memandu, bayangkan punya berdebar! Haha.

Masa parking saya memang ambil masa lama, terutama bab nak pusing stereng berapa darjah, mujurlah ingat tapi tetaplah lama. Pengawai yang bertugas memang baik hati. Saya lebih beberapa saat, dia pertimbangkan lagi. Sedikit senang mestilah 3 penjuru. Dekat bukit saya gagal sebab asyik melebihi garisan belakang bila berundur. Kerana saya lambat tekan minyak. Tak yakin agaknya. Padahal kaki kena pandai balancekan antara clutch dan minyak. Bagi bunyi enjin sedap. Ada yang saya gagal bukit, sebab mati enjin. Kena relaks, tapi itu yang saya kurang waktu itu. Kalau tak relaks dan fokus kita akan mudah lepaskan kaki, itu kena pandai kawal emosi.

Apapun yang penting yakin. Litar tak sama dengan ujian komputer, mana boleh guna teknik hafaz ni.

Selepas selesai, kita akan ke litar. Jangan lupa, turun kereta pun ada etikanya. Jangan lepas selesai semua terus ja keluar dahlah. Cakap terima kasih dekat pegawai.



REZEKI 

Akhirnya kata, rezeki itu kita semua ada. Cuma bahagian saja berbeza. tiada jalan mudah untuk berjaya dan diredhai-Nya. Jika kita lulus, bersyukurlah dan jadilah pemandu yang baik. Alhamdulillah. Dan jika gagal, jangan putus asa kerana kita manusia yang tak akan mudah mengalah mencuba. Kadangkala lambat sedikit, bukannya belum berjaya. Jadi sabar. Cuba lagi. Adalah tu hikmahnya. Selamat maju jaya dan semoga berjaya!

Perkongsian:

KPP02:
Mengenal kereta iaitu belajar RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) & RSM(Rutin Selamat Memandu)


Ujian kpp 02: Litar Kereta:




Link: Pengalaman-pengalaman menarik yang boleh dibaca:
- Praktikal bahagian 2 - PPC AMSA
- Alin Alina untuk Nota RPK & RSM
- Pengalaman ini agak lengkap (bab ujian di litar) : fatihahsyam.blogspot.my
- Ulangkaji parking sisi, 3 penjuru, Z, S & Bukit: airia98.blogspot.my
- Cerita Ujian JPJ - nineteencapri.blogspot.my
- dotdotmissme.blogspot.com (Lebih kurang tahun saya).
- fa-hanana.blogspot.my (Kata-kata semangat nak ambil lesen).
Tips lulus ujian memandu JPJ / ambil lesen: - Baca untuk bahagian kena ingat, jangan hafal, baca sampai habis dan fahamkan. Jika boleh buat latihan sendiri dulu di rumah (berlatih): kalau sekarang RPK & RSM tu, haa buat. Berlatih dulu.
- Kalau memandu, belajar sungguh, fokus cikgu ajar insya-Allah berkat. Jangan lupa baca doa penerang hati sebelum ujian dan yakin dengan diri.
- Minta restu mak ayah / ahli keluarga. Jangan baca atau dengar banyak pengalaman gagal (maaf kalau dah terbaca ni), kalau baca pun jangan cepat jatuh, sebab pengalaman kita semua berbeza sebab kelebihan kita dan cikgu mengajar kita lain-lain. Kita pasti ada kekuatan kita sendiri. Kadang orang cuma usik saja, biarlah. Yang penting apa dalam hati kita. Kita nak berjaya.
- Buat yang terbaik dan jangan terlalu yakin namun jangan terlalu takut. Tiada apa yang nak ditakutkan. Di jalan, berserahlah. Ahli keluarga kita dan kawan-kawan mampu bawa kereta dengan baik. Mesti kita juga boleh!
- Dan pegawai JPJ tidaklah menakutkan. Muka acah garang dan bagi kita serius. Namun mereka tak makan orang. Saja tu. Cukuplah kita menghormati mereka. Tenang-tenang saja, insya-Allah boleh. Mulakan dengan bismillah.
Akhir kata, mesti seronok nanti dapat bawa kereta sendiri dan tak susahkan sesiapakan? Boleh bawa yang tersayang jalan-jalan. Jadi, bersemangatlah. Insya-Allah boleh! Jika tidak, jangan pernah berhenti jadi berani! Cubalah sampai berjaya nanti. 
Kalau tips atau cara saya kongsi di sini lain apa anda belajar, jangan ikut sangat. Tanya cikgu dulu, ikut cara cikgu anda. 
Sekian, selamat berjuang semuanya! Moga dipermudahkan. Insya-Allah. 


Hmm saya ni, pernah gagal pun nak bagi tips, tapi itulah kalau boleh kita nak semua orang lulus dan tak ulang silap sama, tenang-tenang saja, insya-Allah boleh tu. :)



Membaca kisah mengenai hari raya; hal kerja rumah, penginapan, pembahagian duit raya, jalan sesak dan pertembungan soalan-jawapan popular di hari raya kebelakangan ini, benar-benar membuatkan saya rindu dan teringat satu kenangan raya sewaktu kecil-kecil dahulu. Dengan seadanya, kami dulu begitu aktif mengunjungi rumah-rumah di kampung. Tanpa segan dan takut dengan pelbagai perkara. Bukan hendak apa sangat, namun seronok berjalan bersama kawan-kawan.

Keadaan sekarang mungkin ada yang berubah, namun nikmat dan rasa seronok hari raya itu tetap indah. Berikut adalah salah satu kenangan waktu kecil (pengalaman sebenar) yang menetap dalam ingatan. Namun digarap (sedikit diubah untuk disesuaikan) menjadi sebuah nukilan pendek.

***

"Rumah ni kau rasa boleh tak?" Nana bertanya kepada Leman, Ali dan Ipin. Ani yang dibonceng di belakang basikalnya diam sahaja. Kelihatan kanak-kanak lelaki bertiga itu berbincang dalam bahasa dan isyarat sendiri sebelum setuju untuk masuk bersama.

"Assalamualaikum.. kami datang nak raya." Ali memberi salam dengan kuat sekali. Kemudian sekali lagi mereka beramai-ramai memberi salam. mereka tidak mengetuk pintu kerana tidak mahu mengganggu. Cukuplah salam sebagai isyarat.

"Waalaikummussalam." Seorang nenek membuka pintu. Wajarlah agak terlewat. Kerana dia kelihatan perlahan-perlahan pergerakannya.

“Ramainya! Masuklah cu. Duduk minum.” Nenek itu menjemput dengan mata yang bercahaya. Senyumnya panjang.

“Dari mana semua ni?” Nenek itu kembali dengan beberapa coklat dan keropok di tangan dari arah dapur. Dan kelihatan seorang lelaki tua tersenyum sama memandang mereka semua.

“Dekat-dekat sini ja, nek!”
“Kampung sebelah!”
“Lorong sana!” Seorang demi seorang menjawab, tak nak kalah. Nenek dan atok ketawa kecil; seronok melihat gelagat-gelagat anak kecil sebaya cucu mereka ini tergopoh-gopoh makan. Selepas satu, satu balang dibuka. Kemudian asyik menambah air. Tak cukup air merah, mereka minum air berwarna oren pula. Gaya macam lapar sungguh, sedangkan itu bukan rumah pertama mereka berkunjung pada hari tersebut.

“Cucu atok dan nenek lebih kurang umur cucu semua ni,” Atok bersuara setelah sekian lama hanya memandang sahaja.

“Mereka mana?” Nana bertanya; jujur.

“Belum balik sini lagi.” Atok menjawab perlahan. Kelihatan nenek memandang jauh ke arah suaminya.

“Nanti baliklah tu!” Ali spontan menjawab. Kelihatan atok dan nenek kembali senyum. Habis saja sesi soal-jawab dan berbual dengan atok dan nenek yang suka bercerita itu, mereka berlima pun memohon untuk pulang.

“Kami balik dulu ya, nek!” Leman memohon izin untuk pulang. Masing-masing bersalam sambil mencium tangan mereka berdua; sayu.

“Maafkan Nek ya cu, nenek tak ada duit raya nak bagi.” Jawapan nenek membuatkan mereka berlima mendongak memandang wajah tua itu.

“Kami datang nak raya ja nek! Kuih nenek sedap.”
“Kerepek pun!” Ayat Nana tadi disambung cepat oleh Ali.
“Terima kasih Nek, Atok.” Ipin berkata mewakili kawan-kawannya.

"Sama-sama. Bila-bila datang lagi ya, Cu." Nenek mengajak.
"Insya-Allah nek, atok." Nana mewakili kawan-kawannya.

Setelah bersalaman dan memeluk tuan rumah yang begitu istimewa itu, mereka kembali mengayuh basikal.

“Kau rasa anak dan cucu atok dan nenek bila balik?” Tanya Nana sambil mengira bilangan hari raya yang sudah beberapa hari berlalu.

“Nanti baliklah tu. Kita doalah sama-sama.” Leman menjawab selamba sambil mereka semua kembali sambung untuk beraya. Mencari rumah-rumah yang sudi menerima dengan hati terbuka. Namun tidak boleh berlama, kerana hari sudah menjelang senja.

***

Kenangan sungguh. Untuk rindu yang tidak berjawab, kita doakanlah.








Kisah benar satu: Kerana Sayang

Kisah ni di radio satu ketika dulu. Kisah benar. Seorang ustaz yang bertembung dengan seorang makcik.

***

Ustaz ni terjumpa seorang makcik sedang berjalan dalam gerimis berseorangan. Dia sudah berjalan 20 km, begitu anggarannya

Ustaz ni bertanyalah;"‘kenapa makcik tak naik bas?” Makcik tu diam sekejap sebelum menjawab.

"Makcik cuma bawa dua ringgit. Seringgit makcik dah bayar bil hospital, ambil ubat anak, tinggal seringgit ni mana cukup nak ambil bas," jawabnya sayu.

Ustaz tu sebak. Dia diberitahu ubat yang diambil tu ubat ketagihan. Allahu, Begitulah kasih seorang ibu, sanggup berjalan jauh untuk anak, walaupun anaknya begitu.

Emak memang begitu, dari kecil sehinggalah kita dewasa berusaha untuk menyenangkan kita.

Dan bayangkan Rasullullah S.A.W lebih sayang kita daripada Emak kita. Pernah sekali Nabi menangis tertunduk sedih. Lama. Allah sampai tak sanggup lihat.

Lantas Allah yang melihat Nabi bersedih itu, bertanya, “kenapa menangis begitu sekali kekasihku? Apa yang kamu mahu?”

Dan Nabi menjawab, “ampunkan dosa umatku, ampunkan dosa umatku, ampunkan dosa umatku."

Allah. Begitulah sayangnya Nabi S.A.W pada kita. Kita nak ikut sunnah Nabi pun hanya kadangkala :(


Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.

***********


Kisah benar dua: Kuasa doa

Ini kisah benar tentang kuasa doa. Telah diceritakan oleh seorang ustaz.. Kisah seorang ibu yang kehilangan anak.
***

Pelbagai cara ibu itu buat untuk anaknya yang lari rumah kembali ke pangkuan. Semua usaha dah dia buat. Mana saja diberitahu anaknya ada, dia pergi .

Sehinggalah suatu hari, Si Ibu ni bertanya seorang ustaz.
“Apa perlu saya buat lagi? Semua saya dah buat, banyak tempat saya dah cari dia tak pulang juga.“

Lantas Ustaz itu bertanya, “Puan selalu berdoa dan solat hajat ? “
Dia menjawab, "Selalu, Sudah.”

Dan ustaz itu cadangkan, “Pilih satu pertiga malam, yang paling tenang, akak berdoa selepas solat dan cerita pada Allah apa yang akak rasa.”

Lantas tiba satu malam, ibu itu pun berdoa. Seakan bercerita kepada Tuhannya.

“Ya ALLAH, sampaikan ini pada anakku. Emak sayang benar kamu, Nak. Baliklah. Mak tak tidur, tak makan memikirkan kamu. Emak maafkan kamu. Baliklah Nak . Mak rindu.“

Menangis dia merayu, mengulang-ulang doa tadi. Dia benar berharap agar anaknya dipermudahkan untuk pulang. Sehingga tertidur dia dalam linangan air mata.

Esok dilalui seperti biasa, sehinggalah waktu Zohor tiba, riba-tiba ada bunyi ketukan dipintu. Ibu membuka pintu. Terkejut melihat anaknya berdiri di hadapannya.

Sambil menangis, si Anak berkata, “Emak, saya minta maaf mak. Saya pulang ni sebab saya tidak boleh tidur malam tadi. Terbayang emak cakap emak tak makan tak tidur rindu saya. Maafkan saya , Mak.“

Deras mengalir airmata si Ibu. MasyaAllah. Betapa dia tahu doanya sampai kepada Tuhannya. Bayangkan betapa terkesannya anak dia terhadap doanya itu.

*****



Demikianlah perkongsian dari dua orang ustaz yang saya dengar melalui radio ikim fm. Moga bermanfaat dan dapat kita ambil iktibar. InsyaAllah. Maaf jika ada sebarang kekhilafan dalam penulisan ini. Terima kasih sudi membaca.




Sesiapa yang menempuh jalan untuk agama Allah. Nescaya akan ditolong olehnya. Beserta setiap kesukaran itu pasti ada kemudahan. Seperi firman Allah S.W.T dalam surah Al-insyirah ayat 5 yang bermaksud : Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

“Sesuatu itu dipermudahkan untuk merealisasikan tujuan ia diciptakan.” (HR Bukhari)



Gaza, negara yang telah lama memperjuangkan hak mereka. Dan tidak sedikit pengorbanan dan kesukaran yang mereka lalui. Namun mereka tetap terus berjuang dengan segala kekurangan dan masih taat sebagai hamba-Nya.

Ibrah daripada penduduk Gaza

Ini dikongsikan sukarelawan A2G8 Nurul ‘Ain, menerusi majalah jom.

- Al-Quran perlu dihayati dan dihadami. Bukan hanya sekadar membacanya tetapi ia perlu diamalkan.
-Seorang muslim itu akan berusaha cari syahid dan bersungguh-sungguh ke arahnya.
-Medan berkata-kata dan medan beramal tidak sama. Begitu ramai yang bercakap tentang pengorbanan dan perjuangan. Tetapi tidak ramai yang bersedia untuk terkorban dan dikorbankan.
- Motivasi hidup yang patut disemaikan dalam diri kita dalah Allah S.W.T , syurga dan syahid.
-Kita perlu mengubah paradigma kita dalam kehidupan. Tidak boleh terlalu pentingkan diri. Dan kena melalui banyak perkara dengan usahasama.

“Bagaimanakah engkau tetap kuat dan tabah hadapi ujian ini?”tanya dia pada seorang ibu yang mahu kehilangan suami.
"Kerana aku ada Allah S.W.T yang sentiasa mendampingiku. Sungguh , Allah itu bersama orang-orang yang sabar. Dan mereka yang bersabar akan diberi ganjaran syurga. La tahzan , Allah ma’ana . Khair. Insyaallah.

Inilah perjuangan kami demi membebaskan Masjidil Aqsa dan Tanah Palestin ini. Allah telah memilih kami untuk melaksanakan amanah ini. Dan ia menuntut segalanya dari kami. Dan kami di sini pasti akan melaksanakan amanah kini. Ini ujian buat kami. Bagaimana mahu sedia meraih syurga, jika tidak mampu korban segala .”
Anaknya menyambung ;
Harapan kami hanya satu. Doakan kami. Doa kalian adalah kekuatan kami. Kami di sini laksanakan amanah kami. Berjuang untuk membebaskan al-Aqsa dan Palestin. Doakan aku juga menjadi  syuhada seperi ayahku.
“Aku memilih jalan ini kerana ia fi sabillillah dan ganjarannya syurga. Aku pasti membunuh zionis laknatullah itu”- cucu as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin
Allahuma Ameen. Allahuma mustaan.

Nota;

*Musuh Allah akan kalah, cuma lambat atau cepat saja.

*60% daripada tanah untuk Gaza dirampas.

* Jika Allah tolong tiada siapa boleh lawan, cuma Dia beri masa kita memupuk kesabaran lantas beriman.

Penduduk Gaza sungguh sedar bahawa dunia adalah ladang akhirat. Dari sini akan dibawal bekal ke akhirat sana. Oleh kerana itu mereka berlapang dada. Moga nanti, akan dipermudahkan mereka, insyaAllah.




ulat.

"Rabbmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat". (Al-Isra’ [17]: 25)

Di luar masih dingin. Kuat angin menampar muka kecilku ini. Tatkala itu hati terusik dek kenangan lalu, yang tak sampai dua marhalah pun berteleku di istana hati.


Pelbagai topik dan sumbangsaran di semenjak beberapa bulan yang lalu tergiang di telinga Anem. Terutama pada hari ibu yang lalu, anem tersentuh dengan sentuhan bersahaja Abby Fana dengan topik 'ibu saya marah kalau'. Gelak kecil disulami rasa sebak menyinari hari Anem pada tanggal itu.

Namun baru ni, tak semena, malah tidak terlintas pun Anem akan 'terpikat' pada topik yang dibuahkan oleh Anne Shigim (DJ hotfm yang sangat cool) iaitu "What goes around comes around". Apa yang pernah terjadi atau kita buat pada orang lain, kena kita balik.

Erm, Anem rasa ramai pernah mengalami, malah hati Anem sendiri tak terkecuali. Mulanya tak terfikir, tapi bila dah lalui, erm..

Gini, Anem ni sangat panas baran dahulu, cepat marah, tak tak tentu alasan Anem akan mula menjerkah adik anem - satu-satunya dan istimewa pula. Anem akan beri dia arahan itu ini. Sedangkan dia pula, walaupun nakal dan ikut katanya sahaja, itu memang kelemahannya, masakan tidak, baru sebentar tadi Anem mengenakannya, selepas itu dia baik semula dengan Anem , seolah tiada apa berlaku, ikhlasnya hati dia.

Kemudian Anem mula melangkah ke alam kerja. Dan Agak tragik, Anem bertemu dengan seorang insan yang Anem tak salah dimarahinya, sering mencari salah, dimarahinya Anem depan insan lain, dia membuatkan kita takut bukan hormat dengan dia. Walaupun dia agak 'bos' dan berlainan agama dengan Anem, dia perlu sedar Anem insan yang tetap ada harga diri, perlu di hormati, Anem tak kisah dibuli, disuruh itu ini di awal pekerjaan, namun jangan merendahkan diri ini sehingga waktu solat pun agak berkira.

Tatkala itu, nah! Padan muka Anem, buat lagi kat adik macam tu, buat lagi kat orang lain macam tu, kenalah Anem terima akibatnya. Memandangkan Anem kurang kuat,ya , Anem pengganggur semula. 

Ya Allah ; dinginkanlah hati yang terbakar dengan kesejukan iman.

Ya Tuhan kami, ampunilah kami

dan kepada Engkaulah tempat kembali. 








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top