Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

(Catatan) Jiwa Kacau


________________

Firman Allah swt dlm surah Al-baqarah ayat 286:
"Allah SWT tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
_______________

"ALLAH ada sebab kenapa dia bagi lambat sesuatu perkara yang kita nak cepat. Itu namanya hikmah."

Bicara peribadi Anem sedikit kaku di teratak Friendster itu. Anem mula menelaah fikiran yang sangat kacau. Sedikit sahaja dugaan, Anem dah lemah begini. Mungkin kerendahan diri yang begitu Anem fikirkan meracau rasa hati.

"Akak, akak dah kerja. Anem?"

Anem seolah menafikan ketentuan. Kejam diri menjadi hamba. menolak ketentuan-NYA.

"Anem, jangan cakap macam tu. Akak nanti segan nak share apa-apa dengan Anem ".

Ayat pujukan dari sahabat jiwa hati Anem. (Dia sangat menerima sahabat yang mudah sentap ini. - Jazakallah Kak Izza.)

"Kerja gagal, ini gagal, itu gagal. Tiada pencapaian."

Suara lelaki yang banyak menabur jasa pada ibuku dan anaknya ini melukakan paru-paruku. Memang Anem ketinggalan banyak daripada sahabat lain. Ada yang sambung MA (tahniah my-usm- roomate), ada yang bakal jadi cikgu, ada juga yang berjaya dalam kerjaya dan sebahagian lagi akan mendirikan rumah tangga. (Mabruk!) - tapi dia membandingkan Anem dengan anak manakannya yang lain. Jauh!

"Anem, semua ALLAH jua yang menentukan, jangan mengalah."

Nasihat Kak Ima yang menawan itu pula memasuki kotak hati Anem.

Anem perlu bangun. tapi jika bangun saja, kemudian tidur balik, sampai bila Anem nak berjaya? Nak kena siram dengan air dulu, baru bersiap-siap?

Ya, tepat! Itu metafora paling serasi dengan hidup si Along ini.

p/s: ah.. layakkah diriku bergelar Along, si sulong? Ya Allah, berilah diri ini kekuatan!

19 yang menasihati

  1. Sabar... Yang Penting Usaha...
    Rezeki Tuw Dah Ditentukan...
    Yakin....
    Allah Tuw Kan Maha Adil...
    Maha Peyayang....
    Mana Mungkin Dia Biar Hamba Dia Yg Dah Berusah Untuk Terus Gagal....

    ReplyDelete
  2. Sabar la yea,
    smua orang akan masalah, saya pun bnyk masalah...

    tapi kena cool je, rezeki masing2...insyaAllah ada rezeki kalau rajin usaha

    ReplyDelete
  3. Salam RobinHood:

    insyaallah.
    saye sbr:)

    saya akan bangkit. - terima kasih ya:)

    ReplyDelete
  4. salam EiNS :

    yerp, anem akan teruskan usaha.
    terima kasih awak:)

    ReplyDelete
  5. jgan sedey sedey...
    k.erin tak pandai nak komen

    tp akak rasa insyallah ada yg terbaik untk aneem. tp kne usaha...

    kjayaan yg paling manis ialah slpas usaha yg paling getir..

    jgan sedey sedey akak ader

    ReplyDelete
  6. salam eRiNsZ :

    terima ksh syg akk.
    insyaalllah.. - luv u.
    masy ALLAH bless u.
    doakan anem ea:)

    ReplyDelete
  7. fkr2kn la mksd tersirat d sebalik semua nie..


    'Hanya kau lihat duri tajam dari tangkal mawar'



    seringkali kita biarkan sesuatu dugaan itu berlalu tanpa mahu mencuba..kita biar ia menguasai kite dan mengatasi kitakerna kita takut bala lain datang menimpa jika kita cuba melwnnya..kerna itu ramai yg pilih kekosongan berbanding kepedihan



    'Sedangkan tak melihat embun segar merenik d atas mawar'


    padahal kita tak pernah terfikir d antara kekosongan n kepedihan..kepedihan itulah byk faedahnya d sebalik kekosongan...ada nikmat n keindahan yg menanti di sebaliknya.....kerna mencuba itu perlu. jgn lihat pd kesengsaraan awal, lihat pd keindahan kemudiannya..dlm hdp ini..org yg paling bijak adalah org yg dilingkari kepedihan lalu diperbaikinya....

    arnamee cayunk..may be akk baru knl dik tp akk rs cam lm dh knl dik...akk pun cam adik gak dl..pnh rs down sgt2...sbr erk..stp yg aper yg jd ader hikmahnya...

    ReplyDelete
  8. salam anem.
    insyaAllah..anem akan temui diri anem as AlonG...

    bukan senang jd..kak lOng...
    tanggungjwbnya berat...
    nmpk je mcm sng tp...
    aneM tntu tahu kan.

    yg penting ImaN kite kne kuat.
    kan aneM..

    jdkan segala teguran...
    cabaran utk aneM.

    bukan senang utk senang.

    * kata2 AkustikA menarik *

    all da best yap...

    ReplyDelete
  9. Give up is important too. To start new things you have to give up certain things. But giving up before even trying to give your best is not really giving up. It's running away.

    ReplyDelete
  10. Anem,
    Biasalah tu... tapi walau macam mana pun, kita mesti percaya pada diri sendiri.

    Satu soalan di tanya kepada seorang pelari marathon berbunyi:

    "Apa rahsia kemenangan anda?"

    Pelari marathon itu menjawab:

    "Rahsianya ialah LANGKAH+LARIAN PERTAMA yang saya buat. Jika tidak dah tentu saya tidak akan dapat menamatkan larian ini...."

    Good luck ...!

    ReplyDelete
  11. Salam buat :

    **__AkuStiKa__**:

    akk cyg, insyaallah anem akan memilih utk berteratak di dalam kepedihan itu, dan melaluinya dengan 1001 kekuatan yg dikurnia dari tuhan. insyaallah anem bgkit pelan2.

    itu pasti.thanks akk syg.may ALLAH BLESS U.
    _______________________

    kak iman:

    yerp,kak bukn senang utk senang.
    kak bulan, e iman, syg kamu^^

    insyaallah, Along akn bangkit ni:)
    tq.

    _______________________

    MuNsYi^SaMa:

    thanks from bottom of my heart.
    insyaallah, i never give up easily.
    keep trying - and learn ^^

    _______________________
    rohaizad:

    yerp, normal sbnrnya.:)
    pepun, anem akn jadi pelari itu.
    tak melangkah mana nak tau menang ke tak,kan?
    terima kasih.^^

    ReplyDelete
  12. Ujian yg tiada henti-hentinya menimpa Kaum Mukminin lelaki atau wanita yg mengenai dirinya,hartanya,anak-anaknya tetapi ia tetap bersabar ia akan menemui ALLAH dalam keadaan tiada DOSA.
    (H.R Tarmidzi)

    p/s:Ilahi Anta Maksudi Wa redha ka matlubi.

    ReplyDelete
  13. Assiddiq :

    Salam. insyaallah awak.
    syukran ea;)

    ReplyDelete
  14. Sama2 saling ingat mengingati.. itulah islam..Bersaudara..

    ReplyDelete
  15. Apa yg penting? Kerjaasama.. hoho

    ReplyDelete
  16. Terpengaruh kartun.. gara2 anak sedara..(xnak mengaku minat kartun sebenarnya)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top