Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

(Catatan) Apabila Tidak Tinggi


Rasululllah S.A.W Bersabda: Sebaik-baik manusia ialah yang bemanfaat di antara mereka daripada manusia . (Riwayat At-Tabrani)
Apabila belayar ke lautan kenangan, pasti hati sedikit tercuit. Paling mengharukan diri Anem, malah agak geli hati apabila melibatkan ketinggian Anem (lebih kurang 148cm atau 149cm begitulah).

DI BUTIK

Pernah sewaktu umur masuk 20an, Anem pun baru melangkah ke alam universiti, cita-cita nak bergaya itu cukup kuat. Emak yang beketinggian 160cm itu, mengajak ke butik Firs* ****. Sampai di sana. Kami meninjau-ninjau. Lantas Emak bertanya kepada gadis yang bekerja di situ.

"Dik, baju saiz dia ada tak?"

"Oh, baju untuk kanak-kanak ada kat luar, tu kak,"

Tanpa befikir si Chantek itu berkata kepada ibuku! "Agaknya usia akak lagi tua dik" - kubebicara dalam hati.

Sejak itu, tak kira, di mana outlet mereka pun, jika ingin membeli, mungkin tudung, pin sahaja di situ, cukup! Baju? Jubah? - wallahua'lam , mungkin one day kelak. Hakak terasa okay! Hehe.

TEKSI
Belum habis lagi - baru-baru ini, Anem menaiki teksi ke tempat kerja.
Driver itu bersahaja bertanya, "Dik, ni ponteng sekolah ke, ni?"
Allah hai.

BAS
Satu ketika, dalam bas masa balik kerja:
Konduktor tu bersahaja usha-usha awek yang sebaya Anem di belakang.
Sewaktu Anem hampir turun bas, dia tegur Anem pula,
"Cuti sekolah tak habis lagi ya, dik?" ^^

Itu belum lagi diminta pass pelajar walaupun dah habis belajar (Jangan buat ni!).
Kelebihan wujud dalam banyak perkara.

Tapi bila Anem 'make-up, touch-up sikit-sikit', tanggalkan spek,
di internet, ramai menegur pula, MACAM MAK BUDAKLAH, ANAK DAH BERAPA?

Subhanaallah - indahkan hidup yang sekali ini, macam-macam yang boleh dikutip.
Nak buat apa-apa pun, buatlah, yang penting buat kerana ALLAH, bukan kerana insan. Kan?

p/s: Anem dah jumpa 'kembo tinggi' Anem secara berdepan tau, umur kami pun sebaya - wazzup-wazzup. Gitu.


18 yang menasihati

  1. yeke rendah???

    lebih kurang sy la..

    150cm jer...

    tp best pe org pgl kita adik nmpk cm muda la plak hihi

    ReplyDelete
  2. a'ahh..

    eeehee. gitula. awet jer^^

    ReplyDelete
  3. salam kak nem..

    comeynya..adeq ni pon lebih skit je tingginya..15+cm ja.. xsampai 160 pon..

    slalu kalau sy jalan ngan akak saya yg akan masok 25 thn tu..mesti orang akan kata "ni kakak kan".. rujuk pada saya lah tu..

    boleh-boleh ja tengok saya macam orang yang dah berumur... asihh.. apakah??

    bekas pengetua saya penah kata "biar fizikal kita kecil tapi jangan biar semangat dan azam kita juga kecil.kita orang biasa-biasa tapi cubalah menjadi orang yang luar biasa dalam usaha dan gerak kerja...

    ReplyDelete
  4. hehe.. k.erin pon spesis anem gak... 15++ heheh...

    Slalu org tnyer baru posting ke?
    or klo jalan nganmr jep pkai tracksuit "adek ke?"

    i like...

    ReplyDelete
  5. Salam:

    ummu_aisyah***:

    alhamdulillah. comey gak tu.
    lo tinggi lagi lehh jadi model;p

    erm..nampak matang ok wat.
    ramai respek skit.;p

    (bdsrkn pengalaman akk;p)

    thnks syg for tat words^^


    ___________________

    eRiNsZ:

    akk,

    comey jer.._ u like?
    i like u.. ihik;p

    ReplyDelete
  6. ea kew da jmp!
    ehee~
    gud!~

    ReplyDelete
  7. salam..
    alahai..kalau mcm ni kena pakai tangga la ye..tak pun pakai kasut tumit tinggi..he

    ReplyDelete
  8. ♥chentaMAYA™:

    salam.
    a'ah mila in da house:p

    kusu:
    tau takpe;p

    ReplyDelete
  9. anem...
    kamu ptot bersyukur tau

    niena tinggi 170..

    sush cri pasangn..
    n nmpk tua..

    jadi kmu sgt bertuah

    ReplyDelete
  10. salam niena, ya anem bersyukur syg:)

    ReplyDelete
  11. Hm.. Itulah..setiap perlakuan kita semuanya akan dihitung kat sana kelak. Jadi untuk wat suatu perkara mesti di fikir sama ada manfaat untuk di sana kelak atau x? janji x sia2 di sana kelak..

    ReplyDelete
  12. salam Assiddiq,
    insyaallah.
    hidup nye semntara kan,
    semoga tak sia-sia pe kte wat;)

    ReplyDelete
  13. Xsia2 kalau ikut alquran dan sunnah.. Yg penting DIA redha? :D

    P/S: ENGKAU ku maksud,RedhaMu kutuntut.. Suka lagu blog ni..banyak maksud

    ReplyDelete
  14. yg penting keredhaanNYA, insyaallah:)

    p/s: bgus suke, itu yg sye nak;)

    ReplyDelete
  15. hehe.. bgus suka ek? :D

    ReplyDelete
  16. diam-diam ubi8:46 AM

    ekeke...tomey jer =p

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top