Bab ini adalah bab paling sensitif, yang boleh jadi isu, yang boleh digaduhkan.
Walaupun sesama keluarga, mahupun kawan baik. Jika salah tegur, apatah lagi salah orang yang ditegur, sememangnya boleh mendatangkan marah.
_______
“Katakan yang benar meskipun itu pahit.”
_______
Anem akui, Anem belum "terlalu baik" untuk menyentuh entri ini secara menyeluruh, namun penulisan ini adalah keluar dari "hati" yang mempunyai impian untuk menjadi lebih "baik".
Menyentuh bab solat ini, ada yang memang memandang ringan, ada yang tak kisah, ada yang suka 'kumpul-kumpul' solat, gantikan.
Bagi mereka, balasan bukan on the spot, masih banyak lagi masa, dan ibu bapa mereka pun tak kisah.
Astaghfirullahal a'zim.
Bab tinggal solat ini, paling ramai melibatkan, kaki Enjoy (samaada yang suka bersosial sehari untuk) atau shopping dengan kawan-kawan (berlebihan), suka dating dengan si dia sepanjang masa, atau bekerja terlebih masa. (Masa, masa, masa?)
Besyukurlah, pada yang memiliki keluarga yang menjaga bab ini. Kamu bertuah - sungguh! Semoga istiqamahkma menjadi ahli syurga ya. Amin.
Malah sewajarnya kamu lebih besyukur, jika kamu menunaikan tanggungjawab ini bukan kerana "keluarga kamu orang baik-baik", atau kamu "terdidik dengan suasana islamik".
Tetapi kamu hanya golongan biasa, keluarga pula bukan terdiri dari insan yang dipanggil 'gelaran ahli syurga', cuma seorang insan yang ingin jadi baik, yang tahu tanggungjawab sebagai seorang islam, dan berimpian ingin masuk syurga. Tahniah - Anem sangat kagum dengan golongan yang sebegini.
_____________
Apakah amalan-amalan paling afdhal? Lalu Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: “Sembahyang pada awal waktunya.”- (Hadits riwayat At-Tirmidzi)
_____________
Bebalik pada topik, oh ya, ada yang memang penuh, tapi masa pula tak ditepati. Solat hujung waktu. Sedangkan solat wajib ditunaikan pada waktunya. Ada juga yang suka curi waktu. Laju solatnya macam mahu menempa nama dalam Malaysia Book of record pula, tanpa penghayatan, tak kurang juga yang suka sembahyang lama-lama, jika ikhlas, memang indah, apatah lagi di sepertiga malam. Cuma mengecewakan apabila solat lama-lama kerana ingin mengelak tanggungjawab lain (semua ini berdasarkan pengalaman peribadi penulis, bukan secara menyeluruh - harap maklum).
Jika boleh jangan jadikan solat sebagai satu alasan atau bebanan. Allah tak pernah membebankan umatnya, apatah lagi islam itu sendiri bukan agama paksaan. Solat ini adalah tanda kita bersyukur dengan nikmat dan rahmat serta kerendahan dalam menjadi hamba-Nya.
Pada yang solat penuh, yang begitu istiqamah menjaga waktu, semoga kalian beroleh kekhusyukan, insya-Allah.
Semoga berdaya mengajak yang lain mengikut jejak anda. Masya-ALLAH andalah penyejuk hati masyakat, mampu menjadi pemangkin ummah. mahu jadi macam anda..*
Tingkatkan iman, betulkan niat, ikhlaskan hati, perlahan-perlahan, insya-Allah, ALLAH Maha Mengetahui apa yang teselindung di sebalik hati kita, dan maha melihat apa yang kita ikhtiarkan untuk menjadi insan yang betaqwa. Hidup inikan mencari mati yang sempurna ? Apalagi, ayuh, didik diri jadi lebih baik.
YA ALLAH, suluhlah hidayahMU ke lubuk hati kami, moga kami menjadi insan beriman. Amin.
p/s: * anda lah kekuatan Anem, untuk membentuk diri dan mengajak orang lain menuju jalan menjadi lebih baik.
____________
Entri ini adalah pandangan peribadi penulis, jika ada kesilapan, sila peringatkan hamba ALLAH yang jahil ini, ya.