Rasa berat jiwa saya apabila mengingatkan kebaikan sahabat seorang ini. Kawan blog saya sejak 2009 (zaman aktif YM dan blogspot lagi, cuma di facebook sahaja mungkin lewat sedikit).
Apabila ada artikel saya di laman web ILuvIslam keluar atau saya terlibat dengan buku antologi tertentu, beliau ini paling awal tampil memberi sokongan dan menyatakan kepada kawan lain tentang artikel saya. Ya, tulisan saya yang biasa-biasa itu, beliau yang berbakat dalam bidang penulisan ini tidak keberatan untuk menyatakan kepada semua 'ini tulisan sahabat saya, jemput baca'.
Beliau yang juga mahir dalam bidang design dan editing, tidak keberatan untuk berkongsi rezeki dan mempercayai saya dalam tugasan grafik apabila sudi membawa saya untuk bekerjasama dalam hal melibatkan web, photo editing mahupun edit cover photo untuk client beliau.
Beliau yang juga merupakan pemenang saguhati Sayembara Menjejak Cinta 2014 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Yadim dan juga mantan Exco penerangan ABIM Melaka ini begitu tenang dan berhikmah orangnya. Terlibat dalam beberapa buku antologi. Malahan tahun 2018 ini menyaksikan puisi beliau ada tersiar di Majalah Tunas Cipta - Edisi Julai 2018. Belum lagi beberapa kali saya lihat puisi beliau tersiar di Majalah Solusi.
Namun, dengan rendah hati beliau pernah beli zine (buku handmade) saya dan kawan-kawan. Saya pernah bertanya bagaimana tulisannya selalu muncul di majalah, dia berkata dia tulis sahaja, ikut kesesuaian terbitan, sudah rezeki! Allah! Kagum hati kecil saya. Malahan dia ada memberi nasihat dan pendapat tentang penulisan saya yang membuatkan saya lebih mahu berusaha untuk terus memperbaiki diri.
"Adli Abdullah atau Khairul Adli Abdullah adalah seorang penulis OKU novel audio TLiNGE, buku dan majalah. Turut bergelar penyair, blogger dan vlogger. Seorang yang dilahirkan normal dan cukup sifat, berasal dari Jasin, Melaka. Merupakan anak kepada sepasang guru dalam subjek Sejarah (ayahnya) dan Matematik (ibunya). Seorang yang tabah dengan penyakit ‘Muscle Dystrophy’ dan ‘Saraf’ yang dialaminya semenjak berumur 10 tahun. Namun, Adli terus bangkit dengan berani dan tanpa putus asa."
Dia ini, dia yang kini telah tiada.
Dia; Adli Abdullah, penulis muda yang perginya terlalu tiba-tiba.
Beliau,
Seorang sahabat yang tidak pernah mengalah dan lelah untuk selalu setia.
Seorang anak yang menyenangkan dan membanggakan ibu dan ayahnya,
Seorang adik yang selalu menggembirakan
Seorang pak cik yang begitu penyayang
dan seorang hamba-Nya yang sangat istimewa.
Saya terkejut menerima berita pemergiannya tempoh hari. Kini, terasa kosong dan lenggang susur masa facebook kerana ketiadaan kata-kata nasihat, semangat mahupun gambar kasih sayang beliau terhadap ahli keluarganya. Namun hanya sebatas doa saya mampu beri. Moga doa saya dan kita semua sampai dan diredhai.
TLiNGEadalah kandungan buku audio (audiobook) tempatan. Penerbit yang terlibat termasuk ITBM, DBP, Dubook, Legacy dan banyak lagi yang akan datang. Salah satu cerita yang terkandung dalam aplikasi ini adalah penulisan Adli; Elektro, Kisah adiwira yang bernama Elektro.
Vlogger (dan berbakat juga sebagai editor, pelakon dan pengarah!)
"Dakwah itu ada banyak cabang bukan? Insya-Allah boleh berdakwah dengan menyampaikan nilai-nilai murni Islam melalui novel dan apa jua karya sastera." - Adli
Artikel lain yang pernah menceritakan tentang beliau:- Sinar harian
Akhir kata terima kasih untuk semua sokongan, Adli. Moga awak sentiasa dirahmati.
"Tak semua kita suka boleh terus digenggaman. Sampai masa, harus dilepaskan." - Adli Abdullah, 3 April 2018.
Moga terus menjadi bintang si syurga! Selamat berteman dengan penghuni langit dan bidadari, sahabat. Karya Adli akan terus hidup dalam hati kami.
*****
Takziah buat keluarga Adli Abdullah. Moga terus kuat mendepani apa sahaja ujian dan dipermudahkan. Juga salam takziah buat keluarga penulis yang meninggalkan kita tahun 2018 ini:
Asmar Shah (penulis buku Sekolah Bernama Kehidupan pada 6 April 2018).
Melur Jelita (penulis novel Awak Suka Saya Tak & I Love You, Stupid pada 1 Jun 2018),
Imaen yang juga suami penulis Noor Suraya Adnan (Antara novel Imaen adalah Labyrinth dan Bohemian, meninggal dunia pada 3 Jun 2018)
Serta buat keluarga sahabat blogger Zulkarnain Bin Shaari (Carnine9 yang meninggal dunia pada 15 Jun 2018), moga ahli keluarga mereka semua tabah dan sentiasa dipermudah.
Buat semua sahabat yang telah pergi, moga kalian ditempatkan di Jannah Firdausi dan sentiasa dirahmati Ilahi. Al-fatihah.
"Membacalah, maka anda akan mengenal dunia. Menulislah, maka dunia akan mengenal anda." - Jusuf Kalla
Saya mula mengenali terfaktab (TERas FAKulti TABloid) melalui blog mereka hampir enam tahun yang lalu. Cara mereka ini menulis tentang cinta dan kehidupan agak segar dan bersahaja. Seakan sedang mendengar seorang (atau sekumpulan) kawan bercerita. Sewaktu itu, apabila tahu mereka nak keluar kitab (buku) terfaktab, saya teruja dan memang saya mahu memilikinya.
Masa pun berlalu. Ramai di antara penulisnya yang saya ikuti juga di twitter dan juga blog peribadi. Malah saya pernah beberapa kali membeli buku melalui Terfaktab Media ini. Antara penulis yang saya gemar adalah Elena Reeney, Penulis Sahaja, Alexia Aqram, M.Faiz Syahmi, TheBentPencil, BraderLeplep, Bukan Penggoda, Shahirah Khairudin dan ya, boleh dikatakan hampir semuanya. Malahan, (melalui) syarikat mereka bermulanya saya membeli dan memiliki buku penulisan Cik Srikandi dan Hamka Kereta Mayat (yang sebelumnya perkongsian mereka hanya saya baca secara digital). Kemudian, saya lihat beberapa nama baru yang muncul dalam senarai buku terbitan Terfaktab Media. Ya, Terfaktab Media bukan saja menerbitkan buku berkaitan cinta, malah juga hal-hal dan isu ilmiah lain dengan santai dan lebih bersahaja.
Hakikatnya perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah diterima. Mengetahui Terfaktab Media akan berhenti menerbitkan buku pada November 2017 yang lalu (setelah 7 tahun), ia sesuatu yang menyedihkan. Lebih kepada terkejut sebenarnya. Namun dalam hidup ini, ada perkara yang terpaksa dilakukan.
Diharap agar semua warga Terfaktab akan terus berjaya dalam apa juga yang dilakukan. Terima kasih untuk setiap penulisan indah dan buku-buku yang telah diterbitkan.
Selamat tinggal Terfaktab.
"It's time to say goodbye, but I think goodbyes are sad and I'd much rather say hello. Hello to a new adventure." - Ernie Harwell
Mula rasa macam tertakdir tak bersua bila katanya ada kelas.
"Akak , akak ada sini berapa lama? kita ada kelas sampai petang ".
Sms nan satu itu buat hati kelabu semula. Encik hajat macam jauh .
Bermesej satu dua lagi . Dan berselang seli dengan panggilan ,
akhirnya tanpa diri yang pada mulanya perlu masuk menjengah menara itu ,
dia kata akan jumpa juga dalam kekangan masa antara satu dengan satu waktu .
Diri duduk tepi meja dekat tempat makan itu , keluarga memberi ruang meninggalkan si along. Nah ! datang dah mereka. Dengan benda beroda dua. Dia dengan kawannya . Ya, kenal juga dia. Kawan pada 'dia.
Dia hadiahkan senyuman dan pautkan kenangan pada waktu terhad itu .
Kami berbual dalam kerangka cerita yang dekat dekat saja.
Semoga hari itu turut menjadi sesuatu untuk adik saya yang seorang ini,
Nursyifaa izzati bt abd.aziz. [ juga peminat buku dan puisi ]
Adik, maaf untuk semua yang lalu.
Dan terima kasih untuk saat itu .
Dan saat lain yang kamu ada selalu.
Dan terima kasih sudi berkawan dengan akak lagi :D
Oh ya , sila kuat hadapi apa juga dugaan yang mendatang .
Semua perkara ada sebab , dan sebabnya hanya ALLAH yang tahu .
Pandang depan, sila jangan jatuh . Biar rapuh tapi jangan hancur . Kuat ! :)
---
Teluk Kenangan di medan selera ( sebelah UMT )
Minda masih hijau lagi
Waktu dah mula menjeling
Harap tertakdirlah
Harap dengan segala rasa mahu
Mula sebelum sesuatu
kucuba cungkil rasa berkaca
mencari alasan utuh
untuk sebuah pertemuan dengan insan
yang lebih muda 5 angka
Alhamdulillah, dasar orang bersabar
dan mahu kerana Dia yang satu
syukur aku ditemukan dengan sicomel-kecil
yang terlihatkan mulanya tersipu-sipu
namun lamanya aku yang kaku
Teluk kenangan terpaku dikalbu.
Indah pada 23 Oktober 2012 yang lalu.
Semoga sudi bertemu di lain kali :)
*senyum*
terima kasih syifa. terima kasih juga buat zzy yang melorongkan ukhwah kita. semoga ukhwah sampai ke syurga :)
Perkara ni lama tak lama juga. Bak kata pepatah barang yang lepas jangan dikenang, namun bila Anem koreksi diri sejenak, apa yang berlaku sepanjang tahun lalu, ini adalah isu peribadi yang Anem perlu ingat supaya bermanfaat di kemudian hari. Perkara ni benar-benar menunjukkan kelemahan Anem, sekali kena dalam berblog, pengajarannya adalah seumur hidup.Itulah, korang kena berdikari dalam dunia media baru ni sebenarnya, tau!
Ceritanya begini:
Anem akui Anem sangat noob tentang facebook developer sebelum ni [konon berblog dari 2006, benda tu pun tak tau Nem oi. Ish ish], kiranya, sangat kagum tak pasal lihat laman web gengblogger boleh sign in guna facebook semasa awal kemunculan Geng Blogger (GB) tu, almaklumlah tak tahu apa-apa time tu (ada hati buat website commercial yang log in macam tu juga sebenarnya). Jadi, Anem lihatlah di sebalik GB tu, tengok ada nama Ben, waktu tu, Ben taklah popular sangat macam hari ni. Ben baru nak naik time tu.
Tanpa google sendiri, Anem terus tanya Ben dekat mesej Facebook, bagaimana nak buat sesuatu web yang sign in / login by Facebook macam GB tu? Ben jawab nanti dia tanya Kong, kawan baik dia yang merupakan Founder GB. Then lepas tu, Ben pun minta maaf sebab Kong kata ini semua melibatkan business - faham sajalah memang susah sikit.
Anem faham maksudnya. Tapi Anem try lagi (degil benar Anem time tu) "Ben tanyalah dia, dia rujuk web mana untuk buat macam tu, sikit pun jadi." Tapi tak adalah pula Ben kata Kong jawab dah lepas tu, mungkin sebab Kong busy dan yelah, dia berniaga guna kemahiran dia kan, kenalah faham.
Hmm. Memandangkan Anem pun guna juga GB jugak sebagai a tool for promoting my blog. [GB tu tempat ping blog yang popular juga] Jadi, kiranya usaha Kong pun dah banyak menyumbang juga kat blogspot Anem yang merudum jatuh setelah hilang tiba-tiba sejenak beberapa tahun lalu ni.
Kini, Kong pun ada blog sendiri dah. Banyak juga tips untuk blogger dia bagi.
Apa pun, terima kasih atas alasan Kong tu, sebab buat Anem sedar :
Pengajarannya:
Sebelum korang tanya orang expertsni,apa kata korang manfaatkan enjin carian sebaiknya! CUBA DULU SENDIRI.
Kini, Ben Ashaari yang jenis peramah ,tak kedekut idea, dan memang banyak tolong blogger baru ini memang sangat popular sekarang. Layak pun dia capai tahap sekarang. Ohoo! sangat terkejut , google Ben Ashaari jumpa keyword 'Ben Ashaari tuhan trafik ", Anem pun pernah baca dari blog DausPozi (tuan tanah blog hijau tu)- Kes Ben Nyah yang duplicate Blog Ben Ashaari" - apakah? Haha. Macam- macam hal.
P/S: Ops. kepada Encik Ben Ashaari dan Kong , maaf silap salah ya?
(You are you, and you need to realize that. It’s ok if THEY don't.
Determine your strength, and improvise your flaws.)
_______________
Sehingga kini, satu saja Anem boleh katakan,
"Izinkan beliau berjuang, semoga semuanya akan menjadi lebih baik."
InsyaALLAH.
Full stop.
p/s : Beliau yang Anem maksudkan di atas adalah Yunalis Zarai .[Blog ni dah berpindah pun]
___________
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladanbagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan(keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah".(surah al-Ahzab ayat 21)
Salam. memandangkan Anem dah guna blogspot lama tak lama juga, Anem mahu share pengalaman dan peringatan untuk pemilik dot blogspot yang Anem sayangi, diharap sudi baca hingga selesai, penting ni untuk pengguna blogspot sejati.
1) Tahu tak blog korang boleh hilang begitu sahaja tanpa amaran? Anem pernah merasa demikian, selama berbulan-bulan tahun lalu. Atas alasan yang akhirnya mereka meminta maaf kepada Anem (pihak bloggerdotcom), Jadi kalau boleh korang janganlah wujudkan sampai berderet-deret blog bawah satu akaun blogger, macam Anem akaun email gmail Anem ni, cuma ada KITA MILIK DIA dan satu blog testing sahaja. Bukan apa, jika hilang, taklah ralat, jika 10 blog, semua hilang, bagaimana? Jadi belajar buat backup dan jangan langgar term - elak keluar kod huruf yang bukan-bukan pada skrin.
2) Korang yang pernah salah taip, mesti pernah perasan jika apa-apa sahaja alamat dot blogspot jika tersalah eja kepada blogpot.com, akan di link kan ke laman web mengenai bible. Jika tak percaya, sila test alamat blog korang dan sengaja eja salah perkataan 'blogspot', hilangkan s, begitulah demikiannya.
3) Jika korang yang dah stabil guna blogspot rasa nak pindahkan follower to wordpress atau blog lain, tiada masalah, cuma need to login google friend connect, dan ambil tukar setting blog yang wujud, change your url address. Bahkan post lama-lama, komen-komen lama, dan widget-widget semua boleh pindah ke blog wp, cuma berblog guna blogspot lebih cool ~ Jiwa anem di sini.
p/s: Jika korang rasa nak tanya blogspot tutorial, nak tahu macamana tukar background, icon , edit sikit-sikit di blogspot, rasa nak tanya Anem, meh, dialu-alukan, Anem sedia membantu, berkongsi- komen terus di bawah atau email sahaja, apa yang Anem tahu. Jumpa kat FB pun OK.
Baik blogZack Zukhairimahupun blog Aizul Marcello, kedua-dua mencetuskan fenomena yang tersendiri, keduanya ada pengikut yang setia, pengkritik tetap dan stalker masing-masing. Di kesempatan ini, Anem, tanpa bias, menulis tentang kedua-kedua jejaka ini.
Pertama
Zack: Datang dengan trademark lukisan kartun berkomik dan ayat comel.
Aizul: Kelebihan jejaka ini daripada aspek photography - cukup menarik dan stylo.
Kedua
Zack: Orang pernah cuba tiru style komik kartun comel macam dia.
Aizul: Orang pernah plagiat dan curi gambar dia buat entri di blog mereka.
Ketiga
BaikZack mahupun Aizul, blog mereka pernah keluar majalah remaja.
Keempat:
Zack: Tagline-'realiti konspirasi- sebuah blog yang tak serius.'
Aizul: Tagline- 'Tulis blog pakai hati, ambil gambar pun pakai hati.'
Kelima
Kedua-dua blog ramai follower, dan ramai yang online satu-satu masa.
Keenam
Zack: Popular di kalangan twitterer bloggers .
Aizul: Popular di kalangan facebookers photoholic.
Ketujuh
Kedua-duanya ada rupa [good looking], ada aura.
Kelapan:
Zack: Kalau dia bercerita dalam blog,ala-ala cerpen sikit- sweet juga.
Aizul: Kalau menulis style dia macam bercakap hari-hari kita - selamba .
Kesembilan:
Dua-dua sekali sekala juga update blog. Tak kerap, tapi tiap-tiap hari ada saja pengunjung.
Sekian.
Apapun semua ada citarasa dan pilihan masing-masing. Terpulanglah untuk membuat pilihan apa yang kita baca.
Saya mula berblog ketika zaman orang ramai menggilai friendster
Saya mula berblog ketika twitter belum menjadi trend semasa
Saya mula berblog juga di geocities dan cjb yang ramai orang cuba
Saya mula berblog tatkala follower blogger famous tak sampai 300 kiranya.
Saya mula berblog sewaktu orang tak pandang dunia media kini,
Saya mula berblog bukan 2006, malah sebenarnya, dari awal-awal lagi.
Kini,
Orang yang dulu kata 'i'm newbie here' kepada saya,
telah cash out duit daripada blog mereka entah kali berapa,
telah ping entri-entrinya di laman-laman pinger popular,
telah mencapai pageview yang mencecah angka tak terjangka,
telah mempunyai peminat dan ramai secret admirer..
Dan saya? Ketinggalan dalam semua aspek semasa.
Baiklah. Anem kenalkan diri semula- saya Anem Arnamee. Merupakan pemilik blog ini.
Salam perkenalan!
"Bertahannya kamu dalam industri ini, dengan sejauh mana kamu rendah diri bila kedudukan kamu semakin tinggi."
p/s: Diakui, jarang update, kurang peramah [tegurtegur, blogwalking (bw), komenkomen, sharing] buat orang mudah lupakan kita. Marilah jadi peramah!' Selamat semuanya! :)
Ini bukan entri bikin panas apatah lagi blog review. Anem terpanggil untuk menulis entri ni sebab ada yang sound Anem 'berdego-dego konon dah berblog hampir 5 tahun, contest pun tak pernah buat, tips dengan tutorial pun kedekut! Balik-balik macamana nak dapat duit dari blog dengan teknik ambil gambar ko!' Tak terasa, tapi memang sangat benar katanya! Hihi.
Baiklah, begini, sayang seribu kali sayang blog yang ramai pengikut, pengomen dan pengunjung - hans punya blog ini, SEO title dia kurang cun sikit.Anem tak sure ia trademark atau memang hans sengaja nak begitu:
ini hans punya code asal:
adalah lebih cantik sekiranya, ia begini:
contoh:
TAJUK DULU BARU NAMA BLOG.
_______________________
Jadi, untuk dapatkan title SEO-friendly page title yang cun sikit, apa kata kalau Hans buat begini:
Tutorial SEO Title for Blogger Blogspot:
Go to Design> Edit HTML, check/tick “Expand Template widget”):
Cari this tag (CTRL+F):
Tukar ia jadi begini (padam/cut yang asal ganti/paste DENGAN code bawah ni)
Tujuan SEO: Supaya entri korang mudah dijumpai dan memiliki ranking tinggi di search site seperti google, yahoo ataupun bing.
P/S: Blog YiedPozi dengan BEN ASHAARI pun demikian, tapi berbalik pada tujuan SEO ni, hans punya blog dengan mereka berdua ni dah tiap-tiap hari ramai berkunjung, tak buat pun tak apa, ikut depalah kan.
Sedih. Pertama kali Anem rasa sesayu ini menjadi seorang manusia bertitle Blogger. Penyesalan? Usah nak cerita. Akhirnya sikap bertangguh dalam kunjungan balas- memakan diri !
Anem sediakan notepad untuk - sesiapa yang tegur, komen apatah lagi follow, link url dia Anem simpan, tapi bila ada masa senggang baru Anem melawat semula, janji pada diri.
Namun – setelah berbulan – Anem buat lawatan kecil-kecilan ke blog yang tak pernah jemu entri demi entri Anem di komennya. Tak sabar ni, nak komen dan baca balik blog kawan-kawan. J
Namun, kunjungan balas itu memberi tamparan hebat kepada diri, apabila salah satu blog yang Anem pergi – seorang yang rajin komen tanpa harap balasan- TANPA minta comment me back, or follow me back tu, yang sangat peramah dan ikhlas, telah pergi buat selama-lamanya..
Dah takkan ada komen dari dia lagi, dah takkan ada orang yang akan kata, nanti dia datang lagi, dah takkan ada orang yang bernama unrestmind di blog Anem lagi! L
Alhamdulillah. My Heart said, "If can, I want to fly now,but I can't (still)!". Terima kasih untuk yang sudi review blog Anem, menghargai artikel yang Anem tulis serta menyayangi diri seadanya- gilalah kalau tak suka! Pasti senyum meleret .
(klik gambar untuk baca review)
1) Bila ada yang memuji dan review blog arnamee dot com, tanpa Anem sedar:
[Thanks to Andy, kita baru kenal, namun ini benar-benar buatku terharu," blog baru tu Andy, weh."]
2) Bila ada yang ingin minta kalian kongsi artikel dalam blog yang hebat :
[Thanks to Syin (admin pengupas jalanan), penulisan hatiku tentang 'buat blog dapat duit ' dipuji!]
3) Bila mana ada yang menujukan suara comel dan petikan gitar merdunya untukku:
[Thanks to Cik E, sudi dedikasi her cover song to me ! -lihat di youtube :D ]
4) Bila mana seorang gadis comel yang pandai melukis dan mencipta lagu memberiku ini:
[Thanks to AN akak dah baca entri 'teman dambaan' itu- rasa sedih dan dihargai sangat..]
"It is never to late- to become what you might have been".
INI ENTRI LAMA. 2010. Jadi pastinya banyak perkara dah berubah.
Macamana nak popularkan blog, tarik trafik ke blog kita? Macamana nak ramai orang datang blog kita? Nak ramai orang komen kat blog kita?Atau bagaimana nak dapat duit dari internet? Nak dapat duit dari nuffnang, iklan? Cara promosi blog dan yang berkaitan?
Ikhlas, anem mampu kongsi setakat ilmu Anem, nak lebih Anem boleh bawa kalian ke sana- chewah;p
1) Popular kah blog korang?
Blog yang popular, bukan yang followers ramai , bukan yang bersepah komen. Tapi yang popular itu adalah pengisian blog yang mempu memberi kesan dan diingati, sampai orang minta nak paste ayat blog korang , ambil gambar (save as) dari blog korang,malah ada yang nangis sambil membaca, dan ada yang tergelak-gelak, sampai datang balik nak baca lagi , siap beritahu kawan-kawan (tu trafik dapat baik punya), siap subscribe dan siap bookmark blog korang- wah!. Paling bagus, bila diorang siap nak kenal penulis blog dan habis semua entri blog korang digeledah- huyyo..;p->
Cara popularkan blog, nak orang komen dan datang?
1) Bagi penulis baru , kena rajin jalan-jalan (blogwalking, bloghoping, blog crawling), lepas tu,rajin untuk komen panjang-panjang sikit dekat blog orang lain (mula-mula kena usaha lebih sikit), jangan nak spam- SPAM di sini BERMAKSUD macam korang smile ":)" je, atau tulis, "bagus entri ni, jom ke blog saya, best"- wakaka, tolong jangan ya. Belajar untuk "mahalkan" blog korang ,okke? Blogger yang ikhlas lebih disayangi my dear.
2) Kedua pilih tajuk blog kena bagus, apabila menulis elak atau janganguna SHORT FORM atau bahasa pasar, dan belajar main-main dengan meta-tags, tag, label dan seangkatannya, tulis sesuatu yang akan di google (yang orang akan cari), contoh, kalau korang cari tutorial, apa korang taip?
"macamana bla bla bla", atau "tips untuk bla bla bla" atau "cara untuk bla bla bla" , -contoh, atau tulis isu semasa, itulah sebab lepas sesuatu anugerah, ramai yang tulis tentang anugerah tu esoknya, berlumba-lumba gamaknya , mengejar trafik . Selain tu korang kena belajarmemberi, yakinilah blog yang banyak bagi tips, download link, atau lagu ni, lirik lagu tu, blog itu sangat 'dekat' di hati ramai orang. Trust me , bebeh! Tak percaya lihat statistik blog unwanted;)
Tapi kalau nak maintain kan pengunjung korang, tajuk kena memikat dan menawan (belajar dari cik epal), itu untuk kekalkan mereka yang telah datang sebelum ni. Kalau dulu ada yang datang sebab nak tanya teks ambil gambar, pastinya mereka tunggu lagi entri tentang itu- ingat ni! :), Pastinya yang kaya sangat-sangat bertuah, contoh macam jaws, denai hati dan melz, diorang ni kaya owh, rajin buat kuiz, kadang-kadang tak payah kuiz,korang komen pun dapat $$, secara tak langsung, pengunjung setia blog mereka semestinya mampu dikekalkan -bestnya lah - sila berkawan dengan mereka. ekeke.
3) Ketiga ni,ramai tahu dah, gunakan directory,komuniti - macam gengblogger, blogged.my, blogger united, gunakan juga innit, promosikan juga blog korang dekat status facebook, atau networked blog , notes kat fb, gunakan twitter, jika ada friendster, gunakan shoutstream, buletin, yang ada tagged, myspace, gunakanlah medium untuk promosikan, nama pun nak blog dikenali, kalau orang tak kenal, macamana nak dapat $$ dari blog, betul tak, sayang?- yeah.
4)Kena rajin berforum maksudnya layan jer topik forum yang berkaitan dengan korang, tapi signature dia adalah blog korang (ada banner cun, lagi bagus),-definitely!. Macam di iluvislam.com, scukz.com, syok.org, hanan.com.my ,muslimah.com.my ,wangcyber.com , layan persoalan yang timbul , mesti ramai nak kawan korang punya.yeah~
5) Taip jangan panjang-panjang sangat, tapi untuk entri ni terpanjang pulak hai- maaf.;p, sebabnya nanti orang akan mind set, "blog dia ni mesti taip panjang jer selalu"- elakkan jika boleh.(jika);p, Jika boleh saiz tulisan pun, dan warnanya biar sedap mata memandang, baru cun:)- TAPI, orang cakap blog Anem pudar, ya?
________________________________________
Nak dapat duit dari internet, duit dari blog?
Pertama sekali,kena bersungguh dan awal-awal lagi jangan terlalu mengharap. Ok? Lagi satu konsep klik klik, tu bukan apa sayang, pengiklan nak tahu juga iklan mereka sasarannya siapa, dari mana, jika korang tekan suka-suka, kasihan mereka, kan?. Jika korang klik, insyaallah Anem klik balik. Kadang-kadang tak payah suruh,dah iklan tu memang menarik, korang komen kat blog Anem, sah-sah anem klik je secara rahsia (opss..) kat blog korang, jadi korang kena bijak-bijak main peranan, tau! Tak perlu, u click me, I click u, ikhlaskan diri anda, kerana dirimu begitu berharga.- hehe.:>
1) Korang ramai tahu boleh dapat duit dari IKLANnuffnang , innity , serta advertlets, jadi korang kena letakkan di tempat yang cool, mudah dilihat, klik,okke?- kalau tak yakin dengan Anem, boleh tanya justkhai weh;p
2) Catcheye (ni pun klik-klik,tapi kena cari kawan juga) , google adsense (macam nuffnang, cuma ni selalu berjaya kat blog yang dalam BI) , youthsay (bancian ,kuiz je ni, kena cepat-cepat sebelum cukup kuota)-ahaks, dan pengguna twitter pula, sila sign up churpchurp - BEST ;)
3) Seterusnya berniaga online (designkan something , buat laman web atau photographer, tu paling berjaya) NAMUN jual apa-apa sahaja dengan cara persembahan yang cool ,juga mampu kaya, contoh- Jual tudung, biar modelnya cun , tudungnya mesti truly display- ni boleh tanya irine.;p
4 ) Affliiate. Di Malaysia , banyak sahaja, ni, nak mencuba boleh, tapi digalakkan join yang luar negara punya, lagi cool. Ada 3 jenis pembayaran owh,
1- pay per click
2 -pay per lead ( upah mengikut customer yg dibawa dan sign up )
3 -pay per sale ( upah mengikut hasil jualan )
contoh: malaysia (bahasa arab), luar negara- Clickbank.com
Kena pandai kempen guna forum, blog, email dan segala bagai jika join affiliate ni, jika tak, macam saja-saja, rugi je la rasanya.huhu.
5) Guna youtube, rakamkan tips apa-apa ,tutorialker atau promosi malaysia dengan cara yang baik (hari raya, tempat cantik ), muzik korang ker, animasi macam meo ker, tak payah jauh-jauh,lihat sahaja bagaimana Zee Avi, penyanyi yang popular dengan single kantoi tu dilamar syarikat luar negeri jadi penyanyi, difahamkan Yuna pun akan menyusul juga , wehuu. Sila cuba youtube, babe!. - tapi di jalan yang lurus,OKKE?.:)
Kalau korang nak tahu banyak tentang ni, sila berkenalan dengan insan ni, bijak,dan berjaya dalam bab bab berniaga ni- ni FB dia->(click), tanya sahaja apa, dia insyaallah tolong punya, nama beliau Ruhaizat, (bukan Rohaizad tau) ;p . Dia raja sekarang dah.tet ;). Anem tak pakar sangat, sebab tu Anem tak popular sangat, setakat kongsi apa yang Apa Anem tahu. Hidup untuk memberi , kan? :)
Sukar. Ada hijab. Lainlah jika kita belajar ilmu telepati, psikologi atau memang ada ilmu misteri. Itu pun sikit-sikit dapat.
Jadi takkanlah mudah kita menelaah hati. ALLAH saja yang maha mengetahui.
Hehe, takut jauh pula meluah qalam.
Anem tak perasan, memang.
Masa baru berblog Anem guna dia.
Tapi bila melibatkan hadiah untuk Follower blog, kad ramadhan, syawal, di twitter, friendster dan semua kegiatan online lain Anem, Anem dah tertinggal dia.
Dia terasa mungkin, melihat Dik mintang dengan nya, Faa dengan trademark , Meo dengan nya, Tedi dengan nya , Imheppie dengan nya, manakala blogger lain menggunakan avatar cun (macam Paan) dan tulisan comel (macam criestz),
Dalam arena blog, Anem merasakan 3 blogger ini popular di hati Anem dan disenangi pengunjung laman blog mereka.
Jika anda ingin Anem menceritakan tentang blogger yang popular dari segi menganjurkan pertandingan, bertutorial, berniaga, atau berstatus selebriti - MAAF! Ini bukan entrinya. Jika anda mahu maklumat itu, pergi sini: Blog Luth.
Anem ingin membicarakan tentang mereka bertiga ini:
Seawal berukhwah di laman Friendster, dan di blog- pada awalnya Anem mengenalinya menerusi nama lifeadrama. Walau berstatus 'lebih muda' , namun setiap kali membaca blog beliau, Anem dapat rasa seperti seorang akak cakap kat adik, " dik, hidup ni kena kuat,". (Lalala;p)
Seorang ustaz, yang mengharukan Anem dengan kesudian beliau untuk memberi komen di blog Anem yang seadanya ini. Dari blogspot sehingga ke dot com, Anem tidak lelah untuk menelaah perpesktif beliau.
Sangat dikenali. Berjihad dalam dunia penulisan, sebenarnya Anem mengenali blog beliau dahulu, dan baru tahu "oh, penulis rupanya". Seawalnya Anem sangkakan beliau berumur 20++, rupanya muda 2 tahun lagi dari Anem. (perasan muda Anem ni. Hehe)
Untuk ketiganya, Keep on istiqamah dan menginspirasi.
Jejak kalian akan dituruti oleh kami- 'adik-adik' blogger - insya-Allah :)
Firman ALLAH (maksudnya): "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Fussilat: 33)
Dari Februari lalu, blog anem hilang tanpa anem delete, ia terjadi begini:
Kemudian anem bertapak sementara di sini:
Dan tatkala ini, anem hanya menjadikan laman sesawang di atas sebagai 'backup' di kemudian hari. dan mulai saat ini, entri akan di update si sini kembali, insya-Allah.
Pada yang masih sudi bertamu, ada hati berkongsi, terima kasih daun keladi anem hulurkan, jazakalallahu khayran kathira;)