Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Adab menegur di status facebook


Ya! Anem ingat nama dia, tiba-tiba mengaitkan status Anem di facebook dalam soal agama. Niat dia, insyaallah baik. Yelah, kita manusia biasa, masakan dapat menelah niat orang. Lagipun, Anem tahu, dalam islam yang penting apa yang diperkatakan , bukan siapa yang memperkatakan. Dalam erti kata lain -yang baik, jadikan pegangan, yang buruk, jadikan sempadan. Lagipun dia cakap benda yang betul. Yang nampak Anem ego dan tiba-tiba emo, kenapa dia tegur di status yang dah di 'like' orang,yang dah di komen orang, kenapa perlu di khalayak ramai. Kenapa tak mesej, jika tak, di wall pun, Anem sudi berbincang cara baik. Yelah , benda baik, kan. PERSOALANNYA- Kenapa di situ?.Hurm...

Allah berfirman,yang bermaksud, "Jika kamu kasar dan keras nescaya orang akan lari dari kamu." [Surah Ali 'Imran 3:159]

Niat dakwah, itu sangat bagus, cuma dalam menasihati orang pun ada adabnya.Maaflah mungkin cara Anem menerimanya, salah. Anem pun belum cukup matang menilai orang.Masih banyak Anem perlu belajar. Itu yang jadi lain hujung ceritanya. Tapi jika boleh tidak mahu lah bergaduh atau wujud salah faham, mahupun bermasam muka di laman sosial tersebut,kan. Pendek kata, yang memberi kena tahu caranya, yang menerima pula kena tahu tempatnya.

Imam Al-Baihaqi dalam sanadnya hingga kepada tokoh tasawuf besar di Mesir bernama Zun Nun al-Misri ,katanya - "Sesungguhnya ALLAH menyimpan 3 perkara dalam 3 perkara . ALLAH menyimpan kemurkaan dalam kemaksiatan , menyimpan keredhaan dalam ketaatan dan menyimpan walinya di antara sekalian manusia. Maka janganlah engkau meremehkan maksiat walau sekecil apa pun, sebab siapa tahu dalamnya terdapat murka ALLAH. Janganlah engkau meremehkan ketaatan walau sekecil apa pun, sebab siapa tahu dalamnya terdapat redha ALLAH. Janganlah engkau menghina hamba ALLAH, walau seorang pun, sebab siapa tahu, entah-entah dia wali ALLAH ."

Maaflah, kadang-kadang orang bagi kita tak hargai,kan? Tapi kalau bagi tu biarlah dengan cara yang betul, insyaallah semuanya akan okkay punya!:-)

p/s:  Terima kasih, tolong, minta maaf - tiga perkara kecil yang ramai orang lupa.

Ini Artikel lama . [ Repost ]

17 yang menasihati

  1. salam..ump..sabar ye..

    ReplyDelete
  2. lain orang lain caranya...
    kdg2 sbb nak luahkan rasa tak puas hati sanggup ni mengata dgn org lain. sdgkan cara itu pun dh slh.
    byk2 bersabar la ye.

    ReplyDelete
  3. sy maafkan kamo ye..heee

    ReplyDelete
  4. ddu, selalu,insyaallah:)
    Cik Norfaitulah , maybe niat dia baikkan,insyaallah lah:)
    merahitujambuheee...tenkiu:P

    ReplyDelete
  5. kalau nak tegur kena ada caranya betul tak salam kenal

    ReplyDelete
  6. hi aneem..
    aie's here.hehee..
    first time masuk ur blog..
    ermm.. kdg2 fikiran manusia ne x same..cara mungkin bg dia dh ckp lembut tp bg kita kasar.. ape pun, jgn amek hati n diri yg merana.. :)

    ReplyDelete
  7. emm..banyakkan sabar ye..kita xexpect orang dengan tabiat yang sangat berbza...akaun kita, hak kita untuk meluahkan selagi x bertentangan dengan islam...xsalahkan..

    ReplyDelete
  8. POSH76 salam kenal, betul2:)

    Darkbatmanhi awak. insyaallah lah. thanks singgah!yeah!

    ijabetul2..insyaallah awak:)

    ReplyDelete
  9. dia cakap apa?hehe

    ReplyDelete
  10. sabar yerp anem. biase la kan.. manusia mmg salu mcm tu. tegur tak salah, cuma cara n adab sahaja.

    ReplyDelete
  11. Terimakasih ingatkan saya kata-kata ni.
    Imam Al-Baihaqi dalam sanadnya hingga kepada tokoh tasawuf besar di Mesir bernama Zun Nun al-Misri ,katanya - "Sesungguhnya ALLAH menyimpan 3 perkara dalam 3 perkara . ALLAH menyimpan kemurkaan dalam kemaksiatan , menyimpan keredhaan dalam ketaatan dan menyimpan walinya di antara sekalian manusia. Maka janganlah engkau meremehkan maksiat walau sekecil apa pun, sebab siapa tahu dalamnya terdapat murka ALLAH. Janganlah engkau meremehkan ketaatan walau sekecil apa pun, sebab siapa tahu dalamnya terdapat redha ALLAH. Janganlah engkau menghina hamba ALLAH, walau seorang pun, sebab siapa tahu, entah-entah dia wali ALLAH ."

    ReplyDelete
  12. maybe niat nak tegur tue betul just caranya salah..tp think +ve ye..

    ReplyDelete
  13. mario adalah.hihi

    soffea betul, syg.cara je tak cun:)

    ijoks2009sam2,awak.kita kongsi apa yg baik:)

    Tomato Gurl's Lifeinsyaallah,tq ,ya:0

    ReplyDelete
  14. sy p[enah tego kawan sy yang pakai tudung, tetibe x pakai, sy inbox dia walopon dia x balas, mybe marah

    ReplyDelete
  15. wallahua'lam. niat awak baik kan,takpe:)

    ReplyDelete
  16. macam-macam jenis orang ada di facebook ini..tinggalkan perdebatan dan tingkatkan amalan..
    sentiasa kita muhasabah amalan kita, mana tahu ada amalan yg silap yg Allah nak tunjuk ajar :)

    ReplyDelete
  17. hurm,,, mmg betul la. nk tgur 2 kna th cara dan tmpatnye. dan kte yg dtegur ni pun kdg2 ego tp ble fhm ayt ni sume boleh settle utk phak kte "apa yang diperkatakan, bukan siapa yang memperkatakan"
    klmahan diri sy ni kdg2 nk psoal jugak la mcm "eh die ni sape nk tgur aku?" tp alhamdulillah ble kte pk balik, kte sharusnya blapang dada, kte x perlu persoal sape yg tgur kte tp kte pk mgkin Allah utuskan die utk tgur kte sbab Allah punya plbagai cara dlm mnegur hambaNya kan. hurm,,, mnarik jugak topik ni. hehe :D

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top