Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Si dia: Tak sekufu, tak seagama

Cinta datang tanpa diundang, pergi pun tak mampu dihalang.


Apa yang mampu kita buat, usaha menjadi yang terbaik, cari yang terbaik dan doa semoga semua menjadi lebih baik. Jika niat kita tidak ikhlas dalam mengejar cinta yang suci, yang suci pun akan terus jadi tak murni.

Beliau, seorang kawan, mula mengenal seseorang atas dasar 'kawan-kawan'. Mula usikan dan salam perkenalan, berbuah menjadi satu ikatan yang terjelma dari hati. Beliau mula jatuh cinta! Cinta, mana mungkin boleh dipaksa, ye dak?

Sekufu , apa tu? Kafa'ah atau kecukupan (competency). Kiranya ia sama taraf, atau kedudukan dengan pasangan. Lebih kurang latar belakangnya, lebih kurang tahap ilmunya, lebih kurang hala aqidahnya. Ia bukan syarat sah, namun jika dua-dua redha, kira sahlah pernikahannya.
Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang kamu redha terhadap agama dan akhlaknya , maka terimalah lamaran pernikahannya. Jika kamu tak melakukan demikian, maka akan terjadi fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang besar. Baginda mengucapkannya tiga kali". (Riwayat al-Tirmizi)

Kenapa perlu sekufu? Jika tidak, atau terlalu jauh, ditakuti salah faham, dalam erti kata lain, perlu masa untuk lebih pengertian dan penerimaan, maklumlah beza ketara dari sisi itu dan ini. Kerana itu perlu mencari yang sekufu, jika tak diperoleh, perlu kuat dan istiqamah membina keserasian.

Berbalik kepada beliau, jika semuanya lebih kurang, bagaimana pula beza agama? Beliau islam, si dia tidak? Kasih sayangnya pada si dia sangat tinggi nilainya, namun agama adalah nombor satu dan keutamaan, ini tidak boleh dipandang remeh.

Permulaannya, dari beliau sendiri, perlu menunjukkan ciri penganut islam yang baik, dari segi mengamalkan solat 5 waktu, jaga pergaulan, baik dengan ibu bapa dan orang tua, serta hormat jiran tetangga. Beliau perlu menjaga perlakuan dan perkataan setiap kali ingin berbual dengan si dia tersayang. Kemudian beliau perlu perlahan-lahan bercerita secara spontan dan bukan memaksa si dia dalam mengetahui tentang sejarah agama mulia.

Tidak salah, menghadiahkan buku, contohnya, apa ertinya saya menganut islam, oleh Fathi Yakan, tapi perlu diiringi ayat yang baik, doa yang berterusan serta niat yang ikhlas, bukan kerana cinta kali ini, tapi kerana Ilahi. Malahan perlu selalu juga menasihati secara rasional si dia, jika perlakuan si dia salah di sisi agama kita. Jika niat kita dah baik, ALLAH akan lorongkan kita dan bantu kita. Jika tidak, pastinya kita tahu apa jalan seterusnya.

Soal agama adalah soal sensitif bagi seseorang, ia melibatkan keluarga, harga diri dan masa depan , jadi mereka yang mahu bertukar agama, perlu fikir dengan benar-benar serius dan ikhlas, bukan sekejap-sekejap atau hangat-hangat tahi ayam. Mereka perlu kuat dan orang di sekeliling perlu bantu, membaca Al-quran, bertanya pakar agama seperti ustaz ustazah dengan kerap, pergi ke masjid, membaca buku-buku ilmiah adalah jalan terbaik bagi mengubat hati supaya kekal dengan aqidah yang satu, insya-Allah. Sama-samalah kuat berjuang, moga dipermudah dan diberi hidayah. 

p/s:Untuk beliau, kawan Anem tu-  Ikhlaskan hati, pasti dibantu Ilahi.



6 yang menasihati

  1. erm... susah nk ckp...

    usaha2 jg....

    ReplyDelete
  2. insyaallah ,doa yg baik2

    ReplyDelete
  3. dia yg b'nama tman..
    moga2 dia diberikn hidayah dr yg Maha Esa

    ReplyDelete
  4. terima kasih..tolong..minta maaf...

    perkara kecil, tapi kalau disebut akan menjadi besar baiknya..;)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top