Jangan harap aku nak maafkan kau! [Artikel sempena ketibaan awal muharram]


"Pleaselah beb, maafkan pun aku susah, inikan pula nak lupakan semua yang dah berlaku! Sampai mati pun aku tak boleh lupa!" - Dialog sebuah drama.
____

Betul, bukan mudah nak memaafkan orang, jika parutnya masih berbekas, kata-katanya buat hati luka bernanah. Tipulah kalau senang, sebab kita sedar yang diri kita bukan terdiri daripada golongan insan mulia yang tinggi kesabarannya. Bukan yang terlalu kuat iman untuk meredhakan semuanya.

Lupakanlah. Ambil yang jernih - cakap memang mudah. Indahnya. Manis lemak berkrim, nak buat ? Payah. Sangat payah.

Kita tahu, malah kita sedar dan kita faham bila orang cakap, islam tak ajar berdendam, islam suruh kita bermaafan dan berukhwah. Sangat kita jelas maksudnya. Tapi kesabaran kita pun ada hadnya. Tapi tinggi kesabaran kita, tinggi lagi ego kita, bukan? Akhir zaman, lagilah perasaan jahat kuat menyelinap dalam diri. Benda baik pula berebut-rebut nak keluar. Astagfirullahala'zim.

Tahu tak, jika kita memberi kemaafan, kita bukan sahaja beroleh ketenangan, lebih disayang Tuhan, malah dapat kemuliaan tinggi darjat. Tinggi mana? Itulah, cerita dalam hati orang tak nampak, macam itu juga cerita akhirat, kita tak nampak dengan mata kasar, tapi kita boleh rasa.

Punca kita baran, marah atau susah nak maafkan orang ni, kita kena kaji balik. Kalau kita, kita nak tak orang marah kita, dendam dan tak maafkan kita sampai tahap ni?  Haa. Itu kita kena fikirkan baik-baik. Sedang kita mahu Tuhan ampunkan dosa-dosa kita. Sedang Nabi orang buat pelbagai perkara ke dia, dia maafkan. Sollu 'alan nabi.

Nah, Anem kongsi sikit, tips bagaimana hendak menjadi seorang pemaaf:

- Tidak perlu menang setiap masa. Adatlah ada ketikanya kita betul, adanya kita salah dan kalah.
- Memikirkan orang lain juga ada juga masalah mereka, bukan kita saja.
- Allah akan angkat darjat orang yang memaafkan orang lain dan cuba meminta maaf. Ingat tu.
- Berdoa supaya diberi kesabaran
- Bersangka baik-cubalah, insya-Allah banyak manfaatnya
- Memikirkan kebaikan orang yang kita nak marah, nak dendam tu. Mungkin dia pernah tolong kita. 
ALLAH juga berfirman bermaksud, " Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan [ perasaan si Penerima]. ALLAH maha kaya lagi maha penyantun ." - (Surah al-Baqarah 2 : 263)
-- Salam maal hijrah!

**Aku Bukan Rabiatul.



21 yang menasihati

  1. aku maafkan je....malas nak pkir serabut...

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:44 AM

    ku senang maafkan salah orang..
    tapi..
    ak sgt2 sukar nk lupakan apa yg diew dh buat
    macam ko cakap..
    parut tetap ada!

    ReplyDelete
  3. Aku bila tak suka kat seseorang, tertuma yang dekat dengan aku, aku biasa just buat tak tahu, tak fikir, lagi difikir lagi serabut.. tapi kalau dah terlampau sangat biasa aku bagitahu je terus terang.

    ReplyDelete
  4. sejak dah berumur, mudah memaafkan walau alam hati parut tetap ada.
    tak suka marah. tak suka maki2. tak suka serang2.
    anggaplah apa saja yg berlaku ada hikmahnya yg akan di tentukan oleh Allah.

    ReplyDelete
  5. memang betul tu
    susah nak maafkan orang
    apa2pun jgn simpan dendam sebab nanti susah nak buang kan
    selamat tahun baru

    P/S : Review Filem : Aku Tak Bodoh Memang Tak Bodoh! Love F.A.M.I.L.Y!

    P/S : Cek Nuffnang Dah Sampai..Yehaa!

    ReplyDelete
  6. memang susah nak memaafkan seseorang apetah lagi org tu pernah buat sesuatu yang amat menyakitkan..



    salam maal hijrah ya =)

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Terima kasih di atas artikel yg sangat berguna ni. :)

    ReplyDelete
  8. yeah.. slm maal hijrah!

    ReplyDelete
  9. Salam Muharam, Salam Hijrah sygg:)
    well, buang yg keruh ambil yang jernih oke di tahun bru ini! have fun

    ReplyDelete
  10. Hi Arnamee,

    Maaf bermaafan itu amalan yang baik. Esok belum pasti bersua. Siapa tahu esok kita pergi dahulu.


    K

    ReplyDelete
  11. @Izzat Aziz

    berterus terang dgn lembut adalah cara terbaik:)

    ReplyDelete
  12. @sI tEDI

    betul,sesungguhnya ada hikmah kan semua ni:)

    ReplyDelete
  13. I nak copy & paste n3 ni. tq

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top