Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Drama Antara Garisan :Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010 yang memang layak menang!


Cerita yang pengajarannya menunjukkan kita semua dipisah dengan satu garisan halus sahaja. Hari ni kita baik, tapi esok lusa belum tentu. Jika hari ini kita orang paling jahat, tidak mungkin esok pun sama juga. Menilai seseorang itu baik / jahat adalah hak ALLAH. Kita sebagai manusia kena sedar hidayah itu boleh pergi dan datang bila-bila masa. Jika kita berusaha ke arah baik, baiklah jadinya, insya-Allah! Jadi, tak boleh nak blame atau judge orang sesuka hati, yang penting perbaiki diri dan menasihati orang pun dengan cara yang ikhlas dari hati.
__________

Tahniah  buat drama Antara Garisan kerana menang di anugerah skrin 2010 [ask 2010] !

Drama Terbaik
Lakon Layar Drama terbaik [Shahrul Ezad]
Pelakon wanita drama terbaik [Nor khiriah]
Pelakon pembantu lelaki terbaik [Isma Yusoof ]



Sinopsis: Antara Garisan bermula dengan kisah seorang uztaz bernama Arman (lakonan Ismail Abd Aziz) yang muncul di sebuah kampung di subuh hari. Dia telah bertembung dengan seorang perempuan GRO bernama Ayu (Noorkhiriah) yang sedang mabuk di hadapan masjid itu. Ustaz Arman yang ketika itu sedang berdiri di kaki tangga masjid telah memandang wanita itu dengan pandangan jijik dan Ayu pula memandang ustaz tersebut dengan perasaan malu.Selepas daripada kejadian itu, mereka tidak lagi bertemu sehinggalah pada suatu hari dan waktu yang sama, Ayu pula berdiri di kaki tangga masjid di tempat yang sama dia terserempak dengan Uztaz Arman pada kali yang pertama. Tetapi kali ini, Uztaz Arman ditemui dalam keadaan yang cukup mengaibkan.Pada saat itu, barulah mereka teringat yang mereka berdua pernah berada di tempat yang berbeza dan tersedar yang mereka berdua telah merubah kedudukan masing-masing kerana sedar apa yang membezakan mereka hanyalah satu garisan halus. Sumber: sini
p/s: Hati ibarat air yg menggelegak- selalu berubah-rubah.


22 yang menasihati

  1. thnx!!!bru nk cri td...huhu..:)

    ReplyDelete
  2. sama-sama, sila sebarkan :)

    ReplyDelete
  3. cerita ni memang sgt2 best:)
    banyak kali tengok pon bole menitis airmata..

    pengajaran:jangan hina buruk org lain sbb belom pasti kita akn baik slamanya dan dia akn jht selamnya:)

    ReplyDelete
  4. Anonymous8:39 AM

    citer nih mmg bez.da brpa kali gak tgk citer nih,mmg bez.sharifah amani pnya watak muka xbrslah jew..hu3.khiriah lak mmg perfect bab lakonan skrg.xheran la dia menang..rsanya dlu pun dia menang gak.lpas dia mng,truz tdo..ngantuk..hu3.

    ReplyDelete
  5. @tropicana_gurlzhahaha, boleh pulak! tapi cerita ni memang ulang2 tgok,tetap best!

    ReplyDelete
  6. @hansHihi. Yeah! shaye mahu semua orang layan cerita ni ! :)

    ReplyDelete
  7. Takut rasanya. Esok2 blum tentu kte jadi apa kan. haish.

    Btw, thanks!

    ReplyDelete
  8. salam
    wahhh ni yang best
    akhirnya jumpa juga link untuk downlaod cerita ni
    tq tq

    ReplyDelete
  9. kak anem...thnks for the link.....ni yg best ni....hehehe

    ReplyDelete
  10. akak letak game ker best ar. sy x tengok sngat citer melayu. bukan apa.. em. macam x leh terima bukan sebb sy poyo kerek ke apa,. tp da set dalam otak mesti sama, cliche. tsskk

    ReplyDelete
  11. salam,thanks linknya

    ReplyDelete
  12. apsal sy xleh tengok erk.. da download da, tapi xleh nk bukak... kenapa erk?

    ReplyDelete
  13. @amelyabysalam.tak boleh ya? guna player apa ya?

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top