Kadraya.




Ramai kata kad raya cara konvensional ,pos-pos, zaman sekarang ni kurang relevan lagi- konon! Sedangkan hakikatnya diorang nak menjimatkan masa dengan duit, tu diorang hantar sms dan mms jerk. Lagipun sekarang, facebook dengan twitter kan, ada. Yolah! Bagi Anem lah, posmen masih lagi penting , dan jerih-perih seseorang tu beli kad, beli setem, hantar untuk Anem sangat Anem hargai ! Tahun ni, Anem dapat satu saja kad raya, tapi Anem rasa sangat bahagia. Oh, Shida, terima kasih ingat daku! :)

Duit raya




Dua ayat ni popular dalam bab duit raya:
"Dak kecik, takleh pegang duit banyak!" ATAU "Dah beso dah, mana boleh dapat dah"
Oh tidak! kepada yang bekerja memanglah korang perlu memberi ,tapi tak semestinya korang tak boleh menerima. yihaa~ Dan Anem dapat lagi duit raya tahun ni, Alhamdulillah! Yeah2.

Salam bersalaman.




Ini perkara wajib dipagi raya selepas solat sunat aidilfitri. Lepas solat, dengar khutbah semua, semua ahli keluarga, saudara- mara duk berkumpul bersalam. Indahnya lah kan, jadi raikan selagi ada ruang bersama-sama tu, ya-gambar potret!, jangan lupa.hihi:)

Kuih Raya.
Kuih tradisional yang paling Anem suka kuih bahulu, Mak pula suka bangkit kelapa.  Kuih moden ,Anem paling suka kuih almond london.Manakala kuih-kuih lain yang popular , macam kuih tat, kuih semperit, kuih mazola (kacang) , malah rempeyek (tempeyek) pun jadi hidangan kesukaan ramai. Belum masuk bab ketupat ,lemang, rendang dalam bab makanan-makanan ni :P

Baraan.

Vroom-vroom. Suka tengok ramai-ramai orang berkonvoi dari rumah ke rumah ni. Selawat, bual-bual, makan-makan, dan memang manfaatnya mengeratkan siraturrahim dan boleh kenal-kenal. Tapi ni kat kampung-kampung je selalunya:)

Ziarah pusara.


Ni juga perkara wajib bagi umat islam kat negara kita, sewajarnya menziarahi pusara ni, Bulan Ramadhan seeloknya, sebab boleh membersihkan, mendoakan almarhum yang pergi di bulan yang sungguh barakah itu. Namun berkunjung tatkala syawal juga boleh, bila-bila boleh. Dah jadi kebiasaan pun di kalangan semua termasuk Anem pergi di awal pagi Syawal. :)

Lawat saudara.




Tak raya lah namanya, takat duk rumah melayan rancangan seram di tv atau duk chatting di facebook 24 jam. Jadi dari korang tiba-tiba bercinta dengan saudara sendiri, tak kenal orang yang patut korang kenal, paling kurang joinlah keluarga korang pergi kunjung-mengunjung di Bulan Syawal ni ,ya..

Sembelihan.


Hah! Masa dalam perjalanan kat kampung Anem tu, Anem nampak orang sembelih lembu di tepi jalan, Apa lagi, Abah keluar kat handycam dia, Anem keluarlah kamera Anem. Dah orang kampung ingat dari mana lah kami ni. Tet<  Perasannya Anem .hihi.

DAN..hari jadi !


Indahnya, pada 10Sept lalu juga, 1 syawal adalah hari lahir mak, mak kata semua kat Malaysia sambut hari dia. yelah  tue. hihi.Untuk Mak, selamat hari lahir, semoga sihat dan diberi kekuatan sentiasa, insyaallah. Amin..Sayang Emak sangat-sangat.Muahh!

p/s: DUHH! setiap kali musim perayaan, kemalangan jalanraya adalah perkara yang paling dibimbangkan, jadi perlu selalu berhati-hati ,tau:)

Beberapa minggu saya on hiatus, pelbagai kenangan di sekeliling yang menyentuh sanubari saya. Gembira, suka dan bahagia menjadi warga Malaysia. Ikhlasnya, ini antara 'rasa' pertama saya menjiwai nilai sebenar yang dikatakan 1 Malaysia itu. Dengan tema hari kemerdekaan Malaysia, satu Malaysia, menjana transformasi, diri saya tertarik dengan perubahan situasi sementara, yang mungkin bagi orang lain adalah biasa. Namun, bukan bagi saya. Mari, saya kongsikan:



Es tu suka lagu RINDIANI!

"Es, amboi panggil tak dengar, sibuk dengar lagu!" Usik saya kepada sahabat berbangsa India itu.

"Maaflah, pakai earphone, Es tak dengar" katanya sopan, saya mengusiknya sambil menari-nari kecil 

"Eh! dalam ni ada satu lagu melayu,", Es menghulurkan handphonenya kepadaku. 

"RINDIANI, SLAM!, hatiku berkata .

"Ini lagu favourite Es!" Mengakui itu adalah satu-satunya lagu melayu dalam handphonenya, diriku tersenyum bangga!

CIK PHOEBE mahu lagu Aku ada kamu, Adira!

"Ai ling, ini lagu apa?" tanya roomate ku yang berbangsa Cina itu apabila terdengar lagu itu ke udara. Ai ling adalah nama cina ku yang dipanggil mereka.

"Lagu Adira, aku ada kamu!" Jawabku.

"Kamu ada? Bluetooth pada saya!" Pintanya girang, bila saya mengangguk kecil.

Sejak itu kedengaran beliau selalu memainkan lagu itu di handphonenya :)

Bila Suha dan Uma berpuasa!

"Esok, kamu kejut saya pagi, saya mahu bangun, itu makan pagi," Suha meminta tolong lembut.

"Oh, nak sahur, ya?" tanya ku tersenyum.

"Ya, saya mahu itu puasa, Uma pun." katanya tersenyum pada satu malam.

Berhari-hari juga dua kawan berbangsa India itu bertahan melakukan ibadah puasa, mereka boleh, inikan pula kita!

Cantiknya mereka berbaju kurung!

"Cantiknya kamu semua pakai itu baju kurung, saya mahu juga, saya mahu pinjam!" Shi berminat untuk sama-sama pakai.

"Saya pun, saya mahu pinjam" Phoebe menyampuk comel.

Setelah bertanya-tanya, mereka pun turut serta memakai baju kebangsaan kita itu. Cukup manis!


SEMANGAT ! Hmm. Rindu.

p/s: Selamat hari Malaysia pada 16 September lalu. Kamek sayang kitak! Malaysia boleh, bah! :)



Sementelah lebih 60 hari diriku berteleku di bumi kelapa sawit itu, dengan hayunan perlahan kumula menekan aksara-aksara kecil di rumah. Lega! Bebas dari satu dimensi pemikiran yang pelbagai, indah? Entah, jiwaku tak muda untuk kata di sana bahagia, diriku juga bukan penipu untuk menyatakan semuanya elok belaka.

Aku pernah berangan masa berusia 18 tahun, untuk ke tempat itu, menarik dan banyak yang pengalaman untuk dikutip, namun kumula memperolehinya ketika 23 tahun, apa yang indah tatkala rakan sebaya sibuk menghadap kerjaya, indah berteman sahabat sejiwa, diri perlu bertukar menjadi muda, suka apa yang kita tak berapa nak rasa?

Cakaplah hati.. cakap!

Di sana Anem tak tipu untuk kata Anem banyak belajar. Baru Anem sedar oh, tahap keyakinan diri tak segagah mana. Baru tahu diri mampu menyusun ayat bicara depan yang muda, baru mula rasa perih rindu pada mereka yang jauh. Baru sedar antibodi lemah, banyak kali sakit itu dan ini. Yeah! Syukur untuk semua kesedaran itu. Malah kenangan dengan insan-insan ini- Fiqa, Syud, Fas, banyak membuatku menoleh kebelakang. Oh! Ku tidak terlewat menjadi seseorang. Ayuh, Anem!

Fiqa membuatkan ku berfikir hidup ini mudah, jika kutak fikir dengan susah payah! Dulu rakan pernah berkata "Anem, kamu ni complicated orangnya" Nah! Kumarah tatkala itu. Namun Fiqa mula membuat ku setuju kata rakan lamaku itu, dulu. Terima kasih kerana banyak sedarkanku tanpa disedari! pika...pika..chu!!!

Syud bersahaja dalam tenang, susah diriku nak menelaah perasaannya di satu satu ketika. Kukagum, dia mampu menyorokkan banyak benda dalam kotak hatinya! Yeah, The Shooterrr, sila senyum. Hihi.

Fas, dalam sifat peramahnya yang menyerlah, tersimpan pelbagai rasa yang orang tertentu sahaja mampu memahaminya, tak semua harus dikongsi namun kekuatan melalui hatinya yang lembut itu, membuatkan kumerasa beliau ibarat cerminan pada diriku. Kita kembar kan, Fas?

Pelbagai ragam dan perkara kulalui di sana, ada yang membungkam rasa, ada yang menggeletek jiwa, ada yang tak rasa apa, tawar hebe! Tapi manusia di sana banyak memberi sentuhan untuk kulakar dalam hati ini, mungkin - buat selamanya!

Menyambung sesuatu yang tersirat di hati,

Buat Tiara, tatkala penerimaan, penolakan wujud menjadi halangan, kamu tetap bersahaja menghulurkan rasa sayang. Tetap datang dengan hati tenang walau sakit dengan torehan dan  robekan daripada akak, maaf ya, dik. Nasihat akak, jika sayang jangan terlalu sayang pada seseorang biar dia baik mana pun. Ingat ayat ni, "Jika sayang, lepaskanlah, jika dia kembali, ia milikmu abadi."

Buat Efy a.k.a Izza, persamaan yang wujud antara kita, membuatku tersentuh dengan pelbagai rasa. Teguran dan keihklasan adik banyak membuat akak berfikir dan menilai erti hidup akak. Semoga cepat menemui cinta hati, dan jangan terlalu menyayangi, kelak ditakuti hatimu kerap disakiti, sayangi diri!

Sekian contengan dari Anem. Salam mahabbah. Rindu!

*Thanks for the memories!









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top