Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Komik Mini : Dia tekad ingin pergi


Assalam. Dalam hidup ini, ada jatuh bangunnya. Kadangkala seseorang itu diduga dengan kebahagian dan kelebihan yang dia ada. Walaupun mungkin ada yang gembira melihat wajah duka kita, tapi tanpa kita sedari, hidup kita kelihatan cukup teruk bila kita terlalu down dan weak tatkala ditimpa dugaan atau sesuatu musibah itu.  Mungkin ada yang selama ini stalk atau mengintai kelibat kita di fb mahupun twitter sekadar menelah apa sebenarnya yang berlaku pada kita sehari-hari. Namun, hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui apa sebenarnya yang tersembunyi dalam hati. Untuk post kali ini, sekadar menghiburkan hati, terimalah lukisan komik mini menggunakan adobe photoshop seadanya ini untuk korang. (Maaf, kurang kemas dan tak cun *malu tapi mahu)

Arnamee blogspot mempersembahkan komik mini berjudul "Tiada jodoh antara kita"



_________________________
Untuk yang tak jelas atau tak dapat lihat dua gambar komik di atas, ini skrip kartun anem di atas :

Perbualan E-zo dan Cyanne:
E-zo: 
-Dalam hidup saya, yang paling indah adalah bersama awak
-Saya sangat bahagia dapat memiliki awak. Bagi saya, awaklah yang terindah
-Tapi awak,sampai saatnya, saya terpaksa pergi juga, dan saya rasa masanya telah tiba
Cyanne:
Awak, kalau awak sayang saya , kenapa awak perlu pergi , awak ?
E-zo:
Awak, dalam hidup ini, tak semua kita nak, kita dapat,awak. Keputusan saya ini adalah untuk kebaikan kita bersama .Saya harap awak faham, maafkan saya, awak. Maaf sangat.
Cyanne:
Awak, jika ini yang terbaik, saya redha awak. Saya akan sentiasa doakan kebahagian awak dari jauh. Terima kasih untuk rasa sayang awak selama ini, .Ia akan menjadi kenangan paling indah dalam hidup saya.
_________________________

Personal blog (blog perbadi) memang tempat untuk meluah dan berkongsi banyak yang dilalui, namun ia tetap bukan personal diary (diari peribadi) untuk insan sekerdil arnamee. Adakalanya sesuatu itu perlu juga disimpan sendiri. Untuk semua,hargailah orang disekeliling kita. Jika tidak berpeluang berhubung terus, kita masih ada ALLAH dalam talian, berdoa lah selalu untuk mereka yang bergelar sahabat dari kejauhan. Sekali sayang ,selamanya sayang.Mahabah fillah ! ♥ 

8 yang menasihati

  1. moga Allah memberi kekuatan

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:02 PM

    tabah la dalam menjalani kehidupan.sesungguhnyer sesuatu tu ada hikmah disebaliknyer,insyaallah..

    ReplyDelete
  3. sabar la arnamee sesungguhnya sesuatu yang berlaku itu ada hikmah yang kita tidak tahu apa..cuma tggu dan lihat sahaja..

    ReplyDelete
  4. comelnye...

    comel2 emo... i like... :)

    ReplyDelete
  5. @senydream Yes, kerana hikmah itu,saya redha, insyaallah :)

    ReplyDelete
  6. @lalink7 Insyaallah,selalu dear :)

    ReplyDelete
  7. @meo188 Meo: comel2 emo? suke :)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top