Kerana kamu saya masih menulis




Assalamualaikum. Harap sihat-sihat semuanya ea. Untuk sesuatu yang indah, post yang ke 200 ini Anem dedikasikan buat semua yang sudi baca , komen, ikut dan jenguk-jenguk blog Anem selama ni. Semenjak blog ni wujud tahun 2007 (Anem mula menulis di platform lain pada 2006), pelbagai warna-warni Anem dah lalui dan lihat dalam dunia menulis blog kegilaan masa kini hari ini.

# Best sangat ke blog ni dan kenapa perlunya Anem menulis Blog ?
Sebab asalan semangat menulis berputik daripada sahabat-sahabat di satu laman web yang bernama iluvislam dan  jawapan selebihnya Anem ada tulis dan jawab di blog Munzir Shafie [ Klik untuk baca ] . Cara buat blog memang agak senang, tutorial mudah didapati ,namun nak kekalkan itu yang susah. Peramahlah selalu dan amalkan buat backup, sebab blog Anem pernah hilang tiba-tiba dulu tanpa sebab .

Baru ni, Anem terharu bila baca komen kak Ummu ni :
assalamualaikum dik alahai rindunya nak menjjejak ke sini. dulu masa kak pregnant kan anak, sekitar 2007 dulu selalu lah ke sini jadi silent reader je sebab masa tu akak takde blog. 
How sweet ,kan? Sangat indah membaca ayat tu. Ia mengingatkan Anem pada enam blogger sepanjang zaman, kalau korang rasa bukan hanya nak kenal blog ke blog, tapi kekal berkawan bertahun-tahun, Anem rasa elok korang berkenalan dengan klik pada nama diorang bawah ni :
Mereka sangat cool , dialukan berkawan dengan diorang, tak rugi tau.


# Jangan tangguh nak komen atau follow blog orang 
Sampai sekarang Anem rindu dengan komen saudara Hisham  yang dah meninggal dunia tahun lepas. Dia dah takde pun nak komen-komen lagi. Setiap kali Anem update, ada je komen dia, tapi dia sangat ikhlas, bila dia komen, dia tulis panjang-panjang, kena dengan topik, dan walaupun Anem tak kunjung balik blog dia, dia tetap sudi komen lagi entri Anem yang seterusnya. Apa yang Anem kesal ,bila one day nak pergi blog dia konon nak balas kunjungan dia , komen sekali , semua komen cakap 'al-fatihah bro sham', serta merta mengalir airmata Anem. Sedih.Menyesal jangan cakap beb.

Ni seorang lagi, Asiddiq namanya, beliau pemberi komen paling tegar ,malah siap tegur-tegur kalau kalau Anem silap tulis. Dia sekarang dah tak menulis, tak update blog dah, ada hal lain lebih penting katanya, tapi kalau rasa nak baca blog dia boleh pergi sini [baca]. Bila agaknya dia nak update lagi . Wallahualam.

# Zaman berblog era sekarang susah nak jumpa macam diorang ni tau
Anem rindu pada mereka yang berblog era zaman dulu, mana kami nak tau kewujudan iklan melan ni, tak kejar apa. Malah siap datang tanya khabar , risau kalau-kalau orang tak datang blog kita tu atau tak update tu sakit ke, ade prob ke. Indah bila dikenang-kenang.

Tapi zaman sekarang ni, Anem sangat bersyukur , masih wujud mereka yang demikian, kalau korang rasa nak  pengunjung blog yang komen , berkawan dan datang blog korang dengan ikhlas, sewajarnya korang berkenalanlah dengan mereka ni, Anem jamin, sangat bertuah dapat kenal diorang yo [meh klik] :
Untuk pembaca lain, follower semua, terima kasih untuk semuanya, ya .

# Sedikit kata-kata

Nak beri nasihat rasanya Anem yang lebih perlu dinasihati, jadi untuk semua yang baru berblog, ikhlaskan hati menulis, ada rezeki, ia akan tetap datang, xperlu dikejar sangat nama, dan kekayaan , ia akan datang sendiri, rezeki masing-masing ALLAH dah tetapkan. Yang penting bertanggungjawab menulis, dengan identiti sendiri, tak perlu jadi orang lain, dengan idea sendiri yang lebih cool dan dari jiwa sendiri. Insyaallah , kita akan lebih diingati dan disenangi. Kuatkan semangat selalu walau apa jua rintangan dan belajar terima pendapat manusia yang pelbagai , okeh ?

Yang baru kenal Anem, hai, salam ukhwahfillah ...
Nota : Alhamdulillah untuk semuanya.:-)

30 yang menasihati

  1. owh. tetibe berdiri bulu kening bile name sy ade same dlm entry ini. mcm x pcaye anem sedar kewujudan sy. heee,,,
    thanx sesangat :)

    ReplyDelete
  2. berkawan biar seribu.. kasih terulung hanya pada yang SATU.
    all d best..

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:35 PM

    Comelnya pic..he2..sori jgak kak anem,blog akak update mmg mas baca tpi segan nk komen.he2.pe2 truzkn dlm dunia blog ni..mas sokong kwn2 yg msih lgi brblog..stiap hari akan baca blog2 yg update new story mory..

    ReplyDelete
  4. @zEri sAfEerA. Same2 dear :)

    @zuanxisesunggunhya :)

    @tropicana_gurlzmas memang best :)

    @Encik Psychopath kawan-kawan wak :)

    ReplyDelete
  5. Kan?
    Dulu kita blog sebab kita semua bebas kenal antara satu sama lain. Ukhuwah pun ada.

    Tapi sekarang blogging dah macam jadi perlumbaan. Sedih.

    :'(

    ReplyDelete
  6. @LORD ZARA 札拉 Kan Zara. benda tu dah berlalu kan sayang. sedih tengok zaman blog sekarang....huhu

    ReplyDelete
  7. Allah~
    siapa lah saya kalau nak dibandingkan dengan blogger lain yang dah lama, termasuk akak
    saya menulis yang sekadar je


    terima kasih yang terbanyak
    jazakillah khairan kathiran
    ;)

    ReplyDelete
  8. eh? ada name kat entri nie... huhuhu tq.

    Suke layan blog personal yang tak kejar keuntungan...

    mcm blog nie :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..

    just nk tanya,awak ni adik bradik ngan muktasyaf ibrahim annamir ke?

    ReplyDelete
  10. sy budak baru belajar..blog tak sampai setahun lagi...hoepfully dapat tunjuk ajar dari akak...(:

    ReplyDelete
  11. :)

    'rasa' mungkin dah kurang sikit
    ramai yg dah hilang ...

    hahahhaha aku pun dah lama x jejak sini
    hye anem

    ReplyDelete
  12. salam anem...

    betul lah.. rindu zaman blog dulu2.. tapi tu lah zmn skang dah lain.. dan anem juga mungkin dah lupa saya.. yelah saya banyak sangat tukar blog.. walaupun tak kunjung anem slalu.. tapi sntiasa ingat anem yg dulu rajin juga bagi smangat pada sy di blog lama saya.. tq anem.. kenangan kita dulu2 akan sentiasa saya kenang .. (^^,)

    ReplyDelete
  13. Anonymous6:28 PM

    waaaaaa!camner leh terlepas pandang entry ni??...patut la ramai jek akhir2 ni singgah blog sy dr blog kak anem ni,hehe2..papepon trime ksih erk kak..bertuah sngt dpt tersenarai..;)

    ReplyDelete
  14. @syarifah radiah ibrahim :Afwan adik. Kamu layak lah syg:)
    @meo : eh ! kalau kejar penat, saya tak lari laju, ada rezeki adalah.:)
    @Azira Mohamad :Alaikummussalam. Oh tidak :)
    @seyrah_sue : Insyaallah, akan ditunjuk2kan :)
    @Frodo Baggins : hye Frodo. haha. thanks ingat saya lagi:)
    @Faaein Himura : Salam dear, oh, maafkan Anem, insyaallah:)
    @senydream : Sama-sama adik. :)

    ReplyDelete
  15. dear..tq mention me there..heee..sila meneruskan berkarya dengan bait2 indahmu..=)

    p/s:baru bukak blog stlh last entri akak..hee..tq kasitau..=)

    ReplyDelete
  16. @izaFiza : Insyaallah kak Iza, doakan kita sama-sama dapat terus menulis yang indah-indah :)

    P/S : Alhamdulillah,bukak juga. Lama dah kita berblog kan :)

    ReplyDelete
  17. Anemmmmm, haritu ada baca entry ni. Nak komen tapi that time thru phone. Pastu terus lupa. Hehehe.

    Thanks anyway for the mention. Tujuan kita sama. Blog bukan untuk kejar traffic atau followers semata. Tapi sekarang, semua dok nak suruh klik2 lah, ape lah. Pening betul.

    Blog saya tu pun, bila rasa nak tulis, baru tulis. Sebab tu kekadang dekat seminggu tak update. Kekeke.

    Keep blogging ya Aneem! Take care!

    ReplyDelete
  18. @Nailah Azman : Dear. Oh , thanks ya sudi baca haritu. Hihi. *Malu*.

    Sama-sama dear. sekadarnya Anem mampu tulis.Maaf ya. Kan, macam-macam sekarang,kita buat apa yang kita rasa dapat untuk perkongsian bersama, insyaallah :)

    Oho, Anem pun jarang update. Hehe. Thanks ya. Take care, dear :)

    ReplyDelete
  19. dearest anem...

    rasa terharu pulak anem menyebut nama saya, walau saya sekarang kurang berblogwalking, cuma sempat mengupdate entri2 syok sendiri.

    your words really touches my heart.

    keep up the good work, anem. jangan biarkan persekitaran membantutkan semangat.

    luv u

    ReplyDelete
  20. @a kl citizen : Dearest akak syg..

    Allahuakbar kak. Biasa sahaja. Entri akak best-best, suka Anem mambacanya.

    Seadanya akak. Insyaallah Anem akan terus bersemangat,insyaaALLAH boleh:)

    Luv u too . Fillah.

    ReplyDelete
  21. hallluu anemm sweeteee...

    yups so long tak bloging2..sometym just droping n baca enttri2 from blogger jer...tym is so hard to chase ...will update soon i hope ...

    i miss u too dearest ...everytym dgr lagu yuna i will remember u the biggest fan of her kan hehheee...


    i'm sad to read what u wrote her tentang arwah hisyam ...yes i agree, every bloggerz yg sempat kenal dia pasti will miss him a lot ...dear hisyam i hope u will rest in peace ...i miss him a lot...


    TQ sebab drop my name here ...make me happy : ) ..u make my day ... : )

    with love

    ReplyDelete
  22. salam anem. aku komen ni as reply to the message in tumblr la ek :D

    syafiq.net tu ada masalah. dan tak pasti aku akan dapat balik atau tak syafiq.net tu dan kalau dapat aku guna balik nama tu tapi kalau tak dapat, aku akan guna nama lain la kot.

    apa pun thanks. sebab rasanya tak layak pun nak ada nama atas tu. bukan aku selalu komen pun haha.

    apa pun memang ada benar juga pasal ukhwah dulu dan sekarang lain sikit. ada masih ada tapi berkurangan. tak macam dulu sangat la.

    berapa banyak 'apa pun' la~

    ReplyDelete
  23. TERHARU dan TERIMA KASIH sebab nampak dinda iva dalam arena blog ni..huhuhu....tapi memang betul...dalam berblog biarlah ikhlas dalam mencari folower dan memfollow blog orang lain...ikhlas dalam memberi komen bukan semata-mata nak kejar sesuatu..dinda iva pon start tahun 2007 cuma yelah niat utama nak kongsi pelbagai cerita dan info dan berkawan..ada rezki kita jumpa diluar yea..hehehe...Thankz again sebab ikhlas terima dinda iva dalam menjadi kawan dunia blog..hehehehe....

    ReplyDelete
  24. salam anem ^___^

    tetiba sedih plak baca n3 niii.. tq sudi gak letak name kak liza ^_^

    kak liza pun dh lame tak singgah blog anem, tp blog akak sendiri pun dh nyawa2 ikan tuuu...masa begitu jelessszz...moge blog kita sumer dpt berkongsi ilmu yg bermanfaat dan ukhuwah yg diredhai oleh ALLAH...insyaALLAH...


    **suka tgok pic anem**

    ReplyDelete
  25. ehh...maaf anem..baru on9 hari nie selepas coti slama 3 hari..terharunyeee dengan entri nie..ahaks..thanks dear..

    ReplyDelete
  26. Tq again and again....http://missivasaionji.blogspot.com/2011/04/arnameeblogspotcom.html

    ReplyDelete
  27. @e. indah :Sangatlah lama juga tak nampak E update . asalkan E sihat okeh, kan masa memang mencemburui penulis blog macam kita. Ececeh. Hihi. yerp Anem masih meminati beliau. Itulah, rindu benar dengan beliau, baik sungguh orangnya.
    Sama-sama dear. Kamu deserve it :)
    Love.
    @TMUkmkd : Salam syafiq. Oho, harap masih boleh wujud balik,insyaallah. Memang susah pun sebab makin berkurang ukhwah macam dulu.Encik apapun, terima kasih kembali.
    @Dinda Iva : Sama-sama akak comel. Terima kasih juga sebab sudi singgah blog Anem dan komen. Betul,kita sekadar mahu berkongsi sesama kawan.InsyaALLAH , semoga persahabatan kita kekal berkekalan. Jaga diri ya, akak:)
    P/S: Thanks sudi buat entri di blog ^_^
    @cun09 :Salam kak liza. alolo.akak layak tau ada dalam senarai. Jangan berhenti menulis ya akak. Insyaalllah, sama-samalah kongsi ilmu yang diredhai.:)
    P/S: *malunya saya*
    @lalink7 : Hehe. same2 dear. Thanks sudi datang sini:P

    ReplyDelete
  28. akak.. thanks akak. x sangka akak.. em.. sy memangg bz.. sempat jengah komen jer. akak. sorry yer.. next week esemen dah nak habis. boleh la saya singgah3 lagi. Seriously, this meant a world to me.. ><
    thanksss =)

    ReplyDelete
  29. @PinQib : Sama-sama dik. Alolo. xpe . Selesaikan semuanya, nanti boleh blogging2 lagi. Thanks juga sudi singgah sini :)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top