Harapan peribadi - semua orang ada. Semua insan ada harap dalam jiwa. Ada yang mula berharap, ada yang masih berharap pada yang tak sudi. , ada dah berhenti berharap, ada yang jangan haraplah. Harap macam-macam .
Untuk semuanya, kerana pengalaman dan rasa hati kita yang suka dan mahu lagi cuba , harapan masih disandarkan. Bila memilih berhenti saja berharap, semuanya terpadam.Cukuplah, doa dan segala usaha.
Untuk yang kuat, teruslah berjuang dalam pengharapan. Untuk semua sahabat, ucapan dan kata selamat ini Anem hadiahkan : selamat bertemu, selamat berdua *bertiga juga* , serta selamat untuk semuanya. Pada yang menyarung cincin, mahupun akan berpelamin *mungkin sudah* - selamat selamat.
Semoga kita semua terselamat daripada terjatuh ke satu hubungan pendek, Semoga selamat hati-hati kita dalam mencari jalan yang lebih baik.
Sahabat, maaf untuk semua jiwa kecil yang pernah terasa.
Sahabat,semoga kamu masih tak unfriend diri dalam sanubari raga.
Sahabat , terima kasih kerana buat ku rasa hebat. *kadangkala*
Sekali sahabat, selamanya sahabat.(InsyaALLAH). Semoga semua jiwa berbahagia.
Nota : Susah nak jumpa kawan yang ikhlas mahu kita dapat kebaikan, kalau jumpa, sila simpan .
*Ini entri tentang RINDU. *
2 yang menasihati
rindu kamu jugak!
ReplyDelete@izaFiza : Sangat!
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.