Sesekali saya cuba untuk menafikan bila ada kata saya sendiri tak pandai bahasa Malaysia betul kerana selalu merojak papadomkan , saya sendiri tak khatam sejarah sebenar dari zaman asalnya nama tanah melayu bertukar setelah semenanjung bercantum hati dengan Sabah dan Sarawak dan diberi nama Malaysia dan dirai pada tanggal 16 september itu . Malah kadangkala adat budaya lain yang sangat dikagum suka , sehingga terlupa kita masih ada warisan bangsa yang boleh dibangga. Lagu dan cara jangan cerita , yang luar dipeluk bagai saudara, sendiri punya tak ingat di mana.
31 Ogos? Merdekakah saya ? Sedarkah saya akan perjuangan dulu kala? Jerih perih mereka? Darah ahli keluarga yang sanggup ditinggal biarkan ? Ingatkah saya tokoh yang semangat perjuangankan ? Benar kah saya hayati semua kisah , atau hanya mahu berjaya dalam mata pelajaran sejarah ? Sebut merdeka, semua boleh. Membaca sejarah , menonton drama , sebut saja. Namun , benar-benar menghayati , benar-benar memahami, belum tentu ada jiwa . Belum - jiwa remaja sangat termentah. Mudah saja diduga goda, dipengaruhi sesuatu yang diluar gaya. Mudah. Masih.
Filem arahan Shuhaimi Baba , teraju utama Maya dan Rusdi Ramli ini berjaya buat saya mengalir air mata - deras . Memang mereka pelakon pengarah berbakat . Saya tersentuh terkenang kisah pra merdeka dulu. perjuangan. Banyak yang saya faham dari tak faham. Sangat. Segar.
Filem Bukit Kepong
Baca buku semasa saya sekolah menengah sahaja buat hati kecil saya tersentuh , namun filem arahan Jins Shamsuddin lagi menyentuh. Bersahaja, penuh jiwa. Dan berbintang saya hadiahkan buat semua yang beri saya rasa.
[Mahu menonton semula filem bukit kepong ini? klik di sini : youtube ]
Sekian . Saya dedikasi video dari youtube video mat luthfi 90 : bertajuk Made by malaysian :
(Sempena merdeka) *Happy independence day Malaysia ! Bangga menjadi anak Malaysia !
[ boleh jadi iklan merdeka 2011 ni :p].
+ Video merdeka DIGI 2011 [ www.dearmalaysians.com ]
Salam...
4 yang menasihati
filem bukit kepong paling best! masa darjah 3 pinjam buku baca novel bukit kepong lepas tengok filem bukit kepong.tapi sekarang kecewa seorang pemimpin melayu memperlekehkan zaman dulu..
ReplyDeletehttp://wanwidget.com/
ReplyDeletehari merdeka dan raya jatuh serentak tuh, hehe, betul juga kata maya, kecewa bila ada pemimpim perlekeh zaman dahulu
salam merdeka..:)
ReplyDeletesy suke hati malaya..mmg pelakon n pengarah y besh..
sy suka filem bukit kepong.andai ada pembikinan semula lagi seronok kan?
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dan Salam Kemerdekaan untuk semua :)
Merdeka :)
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.