Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Facebook.com - Bukanlah segalanya .


Sesekali cuba nak taip status indah . Satu. sedih sangat . dua . marah sangat. tiga. sayang sangat . empat benci sangat . Kalau dengan semua sangat sangat , bukan di situ . Bukan ditempat orang bertepuk lihat kita jatuh dan layu . Bukan ditempat orang suka api-apikan rasa yang kuat menyala itu.

Bukan .

Walau mungkin ada yang sudi pinjam bahu, namun berapa keratnya yang benar mampu dan mahu ?

Habis tu . Untuk apa tempat itu ? Habis semua tak boleh, apa yang boleh ? Habis, kalau bukan disitu, di mana lagi ? Habis tu engkau saja betul, engkau saja ok ? Habis tu . Habislah .

Kalau bukan untuk rasa yang SANGAT. Silakan. Jika mahu menaip aksara, biar hati kita rasional dan terarah . Bukan waktu dan masa yang salah . Nanti apa yang terkeluar semua mengarut dan kelak, buat hati sendiri rasa menyampah .

Ada kawan kata - kau ada tuhan - jangan semua mengadu dekat insan .
Ada kawan kata - tak semua benda untuk di kongsi bersama, ada disimpan untuk diri sendiri juga.
Ada kawan kata - tak semua faham kita, tapi ramai yang buat-buat faham dan persoal kita semula.
Ada kawan kata - mereka FRIEND tapi tak semua benar-benar memaknakan FRIEND , kawan .

Itu semua kawan kata. Benar atau iya , itu mereka yang rasa. Kita yang dengar belum tentu terima .   Walau mereka ikhlas berkongsi kata .

Ya, FACEBOOK bukan tuhan , FACEBOOK bukan segala-galanya . Betul . 

Memang  aib tak wajar dilondehkan . Tak baik. Kita pun tidak mahu buruk aib kita disebar orang , jika ada yang buat kat kita pula , nasihatilah cara sebaik baiknya, dan jika tidak, undang-undang itu ada- namun yang paling kuat doa seikhlasnya dari jiwa.  Kuatkan hati, Tuhan kan ada.

Dan hakikatnya tak semua orang suka dan terima apa yang kita perkatakan. Tapi sebagai wadah perbincangan , sekadar satu tempat untuk menahan kesedihan, dalam keterbatasan - FACEBOOK mampu jadi peneman. FACEBOOK mampu jadi KAWAN - untuk mereka yang faham apa maksud TIDAK BERLEBIHAN . 

Gunakanlah ia di waktu kita rasa kita dalam pertimbangan . :)


p/s : Hampir kenyataan :  Facebook adalah kawan kepada hampir semua ahli perniagaan . Tak semua. Hampir saja.

6 yang menasihati

  1. perlu ada nilai etika penggunaan Facebook..


    http://nighberkz.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. jarang nak update kat facebook...

    ReplyDelete
  3. masuk tweet plak.. lagi best .. leh lepas tension dalam 2 hakhakhak

    ReplyDelete
  4. betul ... saya sekadar berkongsi bacaan dan bahan tonton yang bermanafaat sahaja di FB

    ReplyDelete
  5. kadang-kadang.. lebih suka update berkaitan dengan kata-kata daripada mereka yang hebat2 aje..

    ReplyDelete
  6. setuju yg ni --> Gunakanlah ia di waktu kita rasa kita dalam pertimbangan.

    hurm,,, sbab kdg2 status yg emo2 atau maki2 2 serius buat org lain yg bc 2 emo skali. huhu

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top