Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Mahu cuba berhenti mengumpat


Mengumpat atau cakap tentang keburukan orang lain itu adalah sangat best. Seronok lain macam bagi sesetengah kita . Kadangkala macam benda wajib buat pula , tak buat rasa lain macam , walaupun tahu terang terang salahnya.

"Eh, aku cakap benda betul" katanya. Kita pun memang nak tau cerita- full story ,jadi takkanlah nak tamatkan , lagi tanya, sokong sama, adalah. Walau tahu natijah (kesan) mengumpat, mengata orang ni , kita tetap tak dapat buat apa - mungkin sebab taknak cuba berhenti atau elakkan Malah jika kita tak buat pun, kita tak mampu halang kawan kita dari mengumpat orang. Mungkin sebab keadaan sekeliling kita. Jadi Anem kongsikan apa semua yang anem baca dalam suratkhabar, majalah, dengar di tv dan dapat di internet untuk kita ulangkaji, mana tau dapat kesedaran ke, insyaallah .


Maksud mengumpat (ghibah) berdasarkan hadits Rasulullah yang berikut:


Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah  menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu mengumpat (ghibah) namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada/ fitnah).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).


Punca susah untuk diri berhenti mengumpat :


- Berasa diri telah baik dan selamat . Kita tidak tahu samaada ALLAH reda dengan apa yang kita buat. Adakah kita benar-benar golongan yang mulia di sisi tuhan ?
-Tidak Rasa Berdosa. Allah mampu membolak balik hati manusia . Siapa kita untuk merasa diri terlalu sempurna , sedangkan Rasullullah sendiri memohon ampun (berishtighfar ) 70 kali sehari .Jangan sampai ketagih mengumpat men, kerana penyakit ini sukar untuk berhenti.
-Tidak sibuk . Carilah aktiviti yang akan membuatkan kita sibuk dan tidak terlalu memandang aib orang . Kita mesti sedih dan marah jika orang mengata kita dan memperkecil kita, tapi kenapa kita buat perkara yang kita sendiri tak suka kepada orang lain ?
- Mudah Bersangka Buruk. Tahu kah kita yang baik tak selamanya baik (mungkin diduga) dan yang buruk tak selamanya buruk (mungkin diberi hidayah ) ? Berusahalah memperbaiki diri kerana kita harus cermin dan menyuluh diri kita dahulu, sebelum orang lain .


Cara Bertaubat dari mengumpat : 
-Bertaubat dan pohon keampunan dari ALLAH
-Memohon maaf dari tuan punya diri
-Maafkan juga semua orang
-Memuji kebaikan orang yang diumpat
-Doakan kebaikan orang yang diumpat

Allah S.w.t berfirman:


” Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12)




--
 Bentuk-bentuk Mengumpat yang Dibenarkan/ dibolehkan.

Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahawa ghibah hanya diperbolehkan untuk tujuan syara’ iaitu yang disebabkan oleh enam hal, iaitu:

1.
BERLAKU KEZALIMAN atau PENGANIAYAAN.
Orang yang teraniaya boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berkuasa memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya.

Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur’an surat An-Nisa ayat 148:

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nisa’ : 148).

Tetapi walaupun kita boleh mengumpat orang yang menzalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, iaitu Surat An-Nisa ayat 149:

“Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (QS. An-Nisa: 149)

2.
MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.
Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini adalah mahu untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. 

3.
MINTA FATWA.
Istifta’ (meminta fatwa) akan sesuatu hal.Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih dari itu.

4.
MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.
Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:

a. Apabila ada perawi, saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya, menurut ijma’ ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadits. Apalagi hadits merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur’an.

b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang bisa dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.

c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid’ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.

5.
JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID’AH SECARA TERANG.
Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid’ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya, supaya masyarakat dapat mengelak diri daripada gangguannya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.

6.
PANGGIL SEBAGAI TANDA PENGENALAN (BUKAN HINAAN)
Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain dapat mengenalinya dengan mudah. Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut.

 --

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".



wallahua'lam
.

Jadi, jom kita sama-sama cuba untuk menjadi lebih baik. Tak sekarang bila lagi kan?. Jom mulakan dengan diri kita sendiri, insyaallah boleh ! :)


sumber :solusi,  halaqah.net dan el-ilmy




3 yang menasihati

  1. tq for this entry..
    memang cara paling prktikal nak elak mengumpat adlah buat3 sibuk.. insyaALLAH.. xde la partner nak ngumpat

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:21 AM

    stuju atau jauhkan diri dari sumber tu

    ReplyDelete
  3. Nak cuba istiqamah dalam buat st. yg menyibukkan diri daripada aktiviti ni, even geram sangat dengan someone.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top