Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Kebaikan susu ibu, Bagaimana ia terhasil, Beza susu ibu & susu formula (lembu)?

Pertama sekali sebelum kita baca perbezaannya , Anem kongsikan  dulu kebaikan susu ibu kepada bayi dan ibu berbanding susu formula (lembu) :

Kebaikan / kelebihan susu ibu kepada ibu :
-membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
-menjarakkan kehamilan secara semulajadi
-mengurangkan risoko kanser payudara, ovary dan uterine
-mengurangkan risiko osteoporosis
-membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin

Kebaikan / kelebihan susu ibu kepada bayi:

-    sumber imunisasi pertama bayi
-    mengurangkan masalah elergi dan masalah system penghadaman
-    -membekalkan zat zat dan sumber nutrisi untuk bayi

Bagaimana susu ibu terhasil / terjadi / terbentuk ?

Dari darah merah yang mengalir dalam pembuluh darah ibu bercampur dengan zat zat makanan dari usus, kemudian diproses di kilang yang amayt kecil iaitu kelenjar-kelenjar di payu dara ibu , seterusnya berupaya menghasilkan nutrisi yang sangat hebat sekali.

Secara ringkasnya , Susu ibu terjadi adalah terjadi dengan kuasa ALLAH yang memproses darah merah bersama-sama zat zat makanan . Hebat bukan ?

Okeh, apa pula perbezaan susu ibu dengan susu formula / lembu ?

1- ANTIBODI
Susu ibu adalah satu-satunya makanan yang ada antibodi. Menghalang jangkitan bakteria dan kuman yang bakal menyerang bayi . Antibodi-antibodi ini terhasil dengan sangat banyak dalam susu ibu teruatama antara hari awal kelahiran . Manfaat yang diterima bayi akan terserlah dari hari ke hari .

2. KASEIN
Dalam susu lembu , akan ada kandungan kasein yang tinggi.  Ia adalah bahan yang dijumpai dalam susu basi yang berketul. Bahan ini akan mengurai kepada partikel-partikel yang besar di dalam perut dan akan menyudahkan penghadaman . Itu akan buat bayi tak selesa dan kembang perut.

3.  KANDUNGAN GULA
Susu ibu mengandungi kandungan gula yang jauh lebih tinggi iaitu 7gm/l berbanding 4.8gm/l dalam susu lembu. Ini sangat penting bagi badan bayi yang mempunyai simpanan gula yang sedikit. Gula membekalkan tenaga dan buat bayi kita .

4. GARAM MINERAL
Susu lembu mempunyai kalsium dan fosforus yang tinggi tapi nisbah tidak stabil dan susah dicerna dengan baik. Dan fosforus yang tinggi akan menyukarkan bayi menyerap kandungan kalsium dengan baik . Ini akan mendedahkan  bayi terdedah dengan risiko  tertentu kerana bayi kekurangan kalsium.

5. ZAT BESI
Susu ibu mengandungi zat besi yang tinggi sebanyak 50%. Oleh kerana susu ibu mengandungi zat besi yang rendah, bayi terdedah kepada penyakit anemia (kekurangan darah)
Dan , kenapa susu ibu ada bila time pregnant / mengandung  je ?

Susu ibu ditentukan sejenis hormon dinamakan prolaktin. Ia dirembes oleh kelenjar pituitari di otak yang akan meransang payudara untuk menghasilkan susu. Semasa mengandung , hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin. Sebaik sahaja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin akan terus meningkat . Peningkatan hormon prolaktin ini seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seorang bayi.

[ IBU MENGANDUNG PERLU elak makan : organ dalam haiwan- bayi sukar membesar , makannan stimbot, makanan mentah macam sushi – tapi makan makanan berkanji, kabihidrat , kalsium , buah makanan serat , makanan basah . ]

p/s : seeloknya menyusukan bayi selama dua tahun. Itu kita disuruh merancang dan kelahiran anak tidak terlalu rapat , selain untuk beri perhatian khusus untuk seseorang anak, ia juga mengurangkan risiko ibu keletihan .

untuk rujukan semua : cara menyimpan susu ibu dan menggunakan susu ibu
Entri ini ditulis mengikut pengetahuan dan apa yang Anem baca melalui pakar . Masa Anem menulis entri ini Anem sendiri masih belum berkahwin, namun diharap perkongsian ini memberi manfaat untuk semua. Ada pembetulan, boleh tambah. Terima Kasih.

17 yang menasihati

  1. bagus info ni ;) minta share boleh?
    http://ummirdinacong.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Bagus la...nk share blh

    ReplyDelete
  3. nice blog.. good info..

    please visit me back... http://kebaikanvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian info ini. Bagus =)

    ReplyDelete
  5. info yg bagus. saya mohon share.
    sesiapa yang nk tahu suplemen untuk ibu menyusu boleh tengok kat sini. http://nurzistayhealthy.blogspot.com/2013/07/suplemen-ibu-menyusu.html

    ReplyDelete
  6. Anonymous3:18 PM

    Info yang menarik... thanks for sharing. saya pun suka kongsikan kebaikan susu ibu dalam page saya, moga ia bermanfaat untuk orang lain.. Harap awak tak kisah, kalau saya sharekan apa yang ada dlm blog ini..

    Thanks..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...perkongsian terbaik...saya share perkongsian di page yer...:)

    ReplyDelete
  8. Info yang simple tapi padat & ringkas..mohon share yer..:)

    jm lawat blog saya

    sihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Terima kasih sudi share info yang menarik ni.

    ReplyDelete
  10. Sedang mencari perincian ttg susu bdn yg terhasil drpd darah :)

    ReplyDelete
  11. susu ibu memang terbaik. bertuah sesiapa yang dapat susukan bayinya dengan susu badan sendiri..

    ReplyDelete
  12. Info yang menarik tentang kebaikkan susu ibu.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top