Punca histeria, kaedah rawatan | cara mengelak & mengatasi gangguan makhluk halus

flickr arnamee

Memandangkan kebelakangan ni ramai yang berkongsi gambar hantu, cerita seram mereka tinggal di asrama, serta kejadian menakutkan di sebuah institusi pengajian tinggi (yang ni wallahualam - yang alami lebih tahu) jadi saya pun rasa terpanggil untuk berkongsi entri ini dengan semua. Ada penambahan dan pembetulan, sila beritahu  ya? :)


PUNCA-PUNCA TERJADINYA HISTERIA :

- Akibat gangguan mental, emosi tak dapat dikawal dengan baik
-Akibat sihir
- Akibat kurang kasih sayang banyak masalah yang dipendam
-Akibat saka iaitu warisan jin pendamping keluarga
-Sering lupa dan lalai dengan perintah ALLAH
-Kurang membaca doa tertentu sebelum melakukan aktiviti. Seperti membaca bismillah .
- Melakukan benda yang disukai syaitan atau bercanggah dengan ajaran
-Akibat kesilapan dan kecuaian manusia itu sendiri
-Akibat dendam, simpati atau cinta makhluk jin. Mungkin manusia itu suka mendedah aurat atau bertelanjang ketika bersendirian.

Nota tambahan:
  • Orang fobia ni sebab ada benda tak lepas dari hatinya.
  • Letak ais dekat saraf bahu untuk merawat.
  • Orang kena histeria ni mungkin tak lepas sesuatu dari dirinya (pengalaman atau suasana). Ada tapak dan parut. Kena hafal ayat rukyah. Bukan baca. Mungkin ada gangguan.
  • Jangan pegang orang histeria. Tepuk belakang. Jangan pegang.
  • Syirik percaya benda lain. Bukan jumpa bomoh ja.
  • Ada beza kepercayaan dengan kaedah. Macam Nabi bangun tidur basuh tangan. Tu tak libatkan kepercayaan tapi kaedah. Bersih.
  • Amalkan rukyah, al-fatihah. 3 kul.
  • Rumah tak ada kurma akan lapar.
  • 3 biji. 1 tamar masa sahur / subuh. 3 jam kedua. Selepas zohor/ asar. Sebiji lagi masa petang.
SANTAU / SIHIR




  • Syaitan janji nak ganggu sampai bila2 takdak cuti. Relevan selamanya.
  • Baca Auzubillahi minal syaitanirajim min zamhi untuk elak.
  • Boleh dihantar jarak jauh.
  • Histeria ke perempuan mudah
  • Perempuan suka berubat tu kadang terlajak. Lelaki pula jenis tak percaya dia sakit tu tak berubat. Pun bahaya. Kena ambil jalan tengah.
Gangguan Syaitan

  • Syaitan goda ni kadang kita tak perasan. Rasa riak beramal contohnya.
  • Masa sakaratul ada godaan syaitan. Ini peluang terakhir syaitan. Dia tak putus asa.
  • Boleh baca An-Nas dan Auzubillahi minassyaitannirrajim. Baca al-Quran dapat pahala dah. Apa ayat kita boleh baca baca. Untuk elak gangguan.

UNTUK MENGELAK DARI TERKENA HISTERIA / GANGGUAN MAKHLUK HALUS :


Amalkanlah :
1. Al - Fatihah sekali selepas solat . (Diamalkan selalu sehingga akhir hayat amat digalakkan.)
2."Bismillahillazi layadurru ma'asmihi syai'un fil ardi wala fissama' wahuwassami'un 'alim " 7 kali pagi dan petang

[ SUMBER : ILUVISLAM ]



BAGAIMANA MAHU TAHU SESEORANG ITU ADA JIN / MAKHLUK HALUS DALAM DIRI MEREKA ?


Bila diperdengarkan ditelinga bacaan al-quran , dan akan dapat tanda tanda seperti berikut :

 - pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
- berdebar-debar

Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah. 

 

*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*


MANAKALA DOA / BACAAN / CARA UNTUK MENYEDARKAN / MENANGANI / BERHADAPAN ATAU MENGUBATI ORANG YANG TERKENA HISTERIA ADALAH :


Baca surah pendinding:


Klik untuk besarkan

Kepal tangan seperti penumbuk. Baca; Bismillah...Bismillah...MasyaAllah...Tiup pada penumbuk secara halus(bukan hembus kuat2)...

Kemudian, tepuk belakang pesakit histeria pada kawasan tulang kipas dia.

Boleh gunakan cara ini dalam keadaan keemasan. Tidak perlu berwudhu' dahulu.

[ SUMBER : doa&amalan]

MANAKALA DOA UNTUK SEBAGAI PELINDUNG /  DOA MENENTANG MAKHLUK HALUS (ATAU MERAWAT SIHIR) PULA :

Mengamalkan muawizat ( al-Ikhlas, al-falaq dan an-nas ) .


Surah Yunus 10 : 81-82
Surah al-A'raf 7 : 118-122
Surah al-Nisa' 4 : 84
Surah Yusuf 12 : 64
Surah Al-Mu;minum  23 : 115-118
Ayat Kursi



- Elak pergi berubat dengan orang yang tak mengamalkan ayat al-Quran dan suruh buat benda yang bukan-bukan, dan elakkan mengambil ubat anti-depresi dengan memaksa doktor memberi anda.

Bertenanglah selalu, yakin yang ALLAH ada sebab untuk sesuatu .Kuatkan hati , insyaallah semoga kita semua dilindungiNya . Apapun dekat selalu diri dengan ALLAH, ok ? :)

SEMOGA SEMUA DIBERI KESEMBUHAN DAN KEKUATAN, INSYA-ALLAH. AMEEN.


12 yang menasihati

  1. Moga ia berguna..

    ReplyDelete
  2. Afiqah Dayana1:48 PM

    Thankx for the info

    ReplyDelete
  3. Good info tq....

    ReplyDelete
  4. Bkn smua yg terkena gangguan adalah org yg lalai dgn perintah Allah. Ramai yg sy tau..lbh kuat dia beramal..lbh kuat jg gangguan yg dialami. Berwaspadalah...wallahualam

    ReplyDelete
  5. Mengarut ...histeria ni disebabkan gangguan jin dan syaitan ...jdi perlu dirawat memggunakan ayat suci Al-Quran ...bukan nya dgn cara lancapan ...ruqyah bgi memulihkan pesakit histeria dri gangguan syaitan ...wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih untuk komentar. Komen beliau itu telah dibuang untuk kemaslahatan semua. :)

      Delete
  6. Anonymous9:06 AM

    Di sekolah smkkm2, banyak budak iban main spirit²...smlam, ramai yg kne histeria..smua bdk skola menengah tu balik awal..

    ReplyDelete
  7. Anonymous2:26 AM

    Nak tanya haha. Tulang kipas tu dekat bahagian mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulang kipas tu tulang belikat. Bahagian belakang kita.

      Delete
  8. Anonymous8:11 PM

    Kpd anon 1.16-jgnlah kamu takbur dan mempermainkan benda2 sebegini. Benda yg kita tak nampak tidak semestinya tak ujud. Bila terkena barulah kamu tahu nanti. Bersyukurlah dan simpati pada yg terkena...jgn buat buat lawak lucah begitu..tak baik dari segi adab dsn hukum...maaf sekadar ingat mengingati satu sama lain. Wasallam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih untuk komentar. Komen beliau (anon 1) itu telah dibuang untuk kemaslahatan semua. Maaf dan terima kasih.

      Delete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top