CARA KAWAL KEMARAHAN :
- Sentiasa membaca Al-Quran serta beramal dengannya.
- Menjadikan Rasullullah S.A.W sebagai role model dalam setiap aspek kehidupan.
- Melatih dan mengajar jiwa dengan pelbagai sifat terpuji lain.
- Ketika mana diri hendak marah , redakan dengan memaafkannya dan ingat kelebihnnya.
Dari Mu’adz bin Anas r.a., bahawa NabiMuhammad S.A.W. telah bersabda:
مَنْ كَظَمَ غَيْظًا، وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يُنْفِذَهُ، دَعَاهُ اللهُ سبحانه و تعالى عَلَىرُؤُوْسِ الْخَلاَئِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، حَتَّى يُخَيِّرَهُ مِنَ الْحُوْرِ الْعِيْنِ مَا شَاءَ
"Barangsiapa yang menahan marah, padahal dia mampu melepaskannya, niscaya Allah akan memanggilnya di atas para pemimpin makhluk pada Hari Kiamat hingga Dia memberikan pilihan bidadari untuknya sesuai kehendaknya." [3]
- Membaca ta’awudz (doa perlindungan) iaitu dengan mengucapkan auzubillahiminassyaitonnirajim
- Mengubah posisi badan
Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." ( HR Ahmad & Abu Daud)
- Berwuduk
Mengambil wuduk, sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)
- Marah kerana Allah
Kemarahan tercela apabila timbul rasa mahu balas dendam atau tujuan bukan kerana Allah. Perangi sifat marah yang bukan kerana Allah. Biar kita berakhlak sebagai muslim seperti pendakwah yang digambarkan dalam Al-Quran.
1 yang menasihati
Assalamialaikum... perkongsian yg menarik.
ReplyDeleteMohon di share ya!
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.