Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Minat membaca, mengambil gambar dan menulis (terkini; 2017, menulis untuk blog iluvislam.my & terlibat dengan buku antologi puisi kemerdekaan: Bianglala Melukis Syurga)

Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Jika ada sebarang pendapat boleh tinggalkan di ruangan komen atau e-mel ke arnamee (at) gmail.com. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian.

Omar & Hana (Kartun Kanak-Kanak Islam)


Assalamualaikum semua!

Comel betul. Digital Durian yang memperkenalkan Didi & Friends kini tampil dengan kartun kanak-kanak islam terbaru bernama Omar dan Hana! Akan datang banyak lagi lagu akan dibuat. Namun, terimalah lagu pertama mereka dahulu, Alhamdulillah! :)

Saya sertakan gambar dan biodata Omar dan Hana. Jika mahu lihat watak-watak lain seperti mama, papa, faris dan ayah boleh ke facebook mereka!

Jom kenali Omar!

Omar berumur 6 tahun. Omar seorang yang bijak dan mempunyai sifat ingin tahu serta berkeyakinan tinggi.


Hana pula: Berumur 4 tahun. Seorang yang aktif, berani dan periang!



Jom ikuti Omar & Hana di laman sosial:
Youtube Omar & Hana: https://www.youtube.com/channel/UCiZL26ScfRZDdEAkkPJgJbA/videos
Facebook Omar & Hana: https://www.facebook.com/OmarDanHana/
Instagram Omar & Hana: https://www.instagram.com/omardanhana
Twitter Omar & Hana: https://twitter.com/omardanhana



[LIRIK Alhamdulillah - Omar dan Hana]

Mari sebut Alhamdulillah
Saya makan Alhamdulillah
Saya kenyang Alhamdulillah
Puji dan syukur kepada Allah
Alhamdulillah~

Sampai sekolah Alhamdulillah
Jumpa kawan Alhamdulillah
Main bersama Alhamdulillah
Puji dan syukur kepada Allah
Alhamdulillah~

Sayang Mama Alhamdulillah
Sayang Papa Alhamdulillah
Sayang keluarga Alhamdulillah
Puji dan syukur kepada Allah

Alhamdulillah~
Alhamdulillah~




[ Lirik Main sama-sama - Omar dan Hana ]

Wahai Omar Hana
Mainlah bersama
Kongsikan mainan yang ada
Kita akan gembira

Omar ada mainan
Main bersama Hana
Kita berkongsi semua
Seronok main bersama

Mari semua semua
Main bersama-sama
Bila kita baik hati
Allah sayang kita

Wahai Faris Sara
Mainlah bersama
Kongsikan mainan yang ada
Kita akan gembira

Faris ada mainan
Main bersama Sara
Kita berkongsi semua
Seronok main bersama

Mari semua semua
Main bersama-sama
Bila kita baik hati
Allah sayang kita

Bila kita baik hati……..
Allah... sayang... kita….

*****

Lagu lain Omar & Hana ada banyak lagi, antaranya Terima Kasih Cikgu dan Seronoknya Puasa.

*Omar & Hana merupakan sebuah karya dari produksi yang menghasilkan Didi & Friends.
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu" (Surah Ibrahim : ayat 7)


4 yang menasihati:

  1. ☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺

    ReplyDelete
  2. comel. madam pun suka. good entertainment for my son anas.

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang baik ! =) lagu-lagu yang baik, bait2 lirik yang baik ni sebenarnya secara tak langsung mempengaruhi anak2 kecil yang mendengar lagu2 tersebut. =D

    sy nak share sikit base on pengalaman saya, biasa nya budak2 akan mudah ingat lagu atau lirik yang mudah dan berulang, anak2 akan cepat tangkap dah hafal.

    seperti lagu Omar dan Hana - Alhamdulillah, perkataan "Alhamdulillah" kerap diulang dalam lagu =)

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:55 PM

    Sy nak srh penerbit cek semula lagu ali ba taa tu sampai abis btul ke semua huruf2 tu

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top