Yeah! Boleh dah upload foto daripada komputer kita terus ke instagram. Melalui artikel ini ada cara yang boleh digunakan hanya dengan melalui *firefox atau chrome. Satu ketika dulu mungkin (jika ada) yang pernah guna laman web pihak ketiga seperti gramblr atau deksgram (sumber: https://ihitthebutton.com). Kali ini kita hanya perlu menggunakan browser yang kita ada.
Saya kongsikan 2 cara untuk chrome, dan dua cara untuk firefox. Jika semua cara tak berjaya, mungkin akaun anda memang belum boleh ada setting ni. Selamat mencuba!
Upload gambar daripada pc ke instagram menggunakan google chrome.
Cara satu: Tanpa plugin tambahan.
1. Buka laman web instagram.com
2. Klik top menu View, kemudian pergi ke Developer & Developer Tools (shorcut ke sini: klik Ctrl-Shift-I)
3. Klik pada ikon 'Toggle device toolbar' di hujung kiri bawah, dan set kepada mod iPhone mana kita nak contohnya.
4. Tekan ikon kamera di tengah
Sumber gambar: https://developers.google.com |
5. Upload seperti biasa
- Sumber: facebook Shamhardy
Cara dua: Kalau cara pertama di atas tak boleh, gunakan ini; dengan plugin tambahan.
1.Install extension User Agent Switcher Chrome.
2. Selepas dah install, Tekan butang Chrome UA Spoofer pada Chrome toolbar.
3. Pilih iPhone 6. Anda boleh kembali kepada asal dengan memilih Chrome > Default bila-bila masa.2. Selepas dah install, Tekan butang Chrome UA Spoofer pada Chrome toolbar.
4. Log in instagram.com dan lihat! Sama macam di telefon, jadi uploadlah seperti biasa.
- Sumber gambar dan tutorial: https://einz.my
Upload gambar daripada pc ke instagram menggunakan firefox
Cara satu: Tanpa plugin tambahan.
1. Log in dulu instagram.com.
1. Klik Ctrl+ Shift + M (Untuk ke Responsive Design Mode). Namun waktu ini selain pilih saiz untuk view, anda akan dapati belum keluar lagi fungsi upload.
2. Cari user agent ni: https://developer.chrome.com/multidevice/user-agent
3. Pilih Chrome for Android -> Phone UA, copy kod di situ dan kemudian dekat laman web instagram, atas tu ada ruang kosong perkataan user agent, paste di situ kod tadi, enter dan klik tempat lain (dalam page sama), tadaaa! Ada fungsi upload dah, nah boleh upload macam biasa.
Tak faham? Ni ada videonya: https://www.youtube.com/watch?v=2SLYA0RP6OY
Cara dua: Kalau cara pertama di atas tak boleh, gunakan ini; dengan plugin tambahan.
1. Kena install add-on User Agent Switcher. Klik pada add to firefox.
2. Kemudian di belah kanan atas pilih apple.
3. Dan log in instagram.com. Lihat sudah ada simbol untuk muat naik (pilih ikon bawah page yang di tengah).
4. Selepas memilih gambar klik saja pada next (tak dapat crop di pc), jadi terlihat ruangan caption. Tulislah apa kita nak seperti biasa. Selepas itu dah boleh update!
5. Jangan lupa klik pada ikon atas kiri tu (rujuk nombor 2) untuk kembali ke keadaan asal laman web.
Cara begini sangatlah memudahkan jurugambar atau ahli perniagaan, sekurang-kurangnya, tidaklah perlu buat kerja dua kali jika mahu gambar yang diambil melalui kamera kemudian bawa ke telefon untuk dikongsi di instagram.
Nota: Cara semua di atas ini hanya boleh upload dan letak caption sahaja. Fungsi editing tidak ada. Jadi semak semula betul-betul caption sebelum kongsi, namun jika mahu edit juga perlu buka aplikasi instagram di telefon kemudian.
*Mungkin browser lain boleh juga. Boleh cari dan cuba.
*Mungkin browser lain boleh juga. Boleh cari dan cuba.
// Perkongsian: Nah, jika di telefon tidak mahu install instagram (berat misalnya), dah boleh terus log in dengan browser yang ada di telefon. - https://amanz.my/. Sekian.
2 yang menasihati
Oo dah boleh rupanya. Terima kasih sharing
ReplyDeleteBaguslah macam ni memudahkan kita as a user kan. Terima kasih perkongsian artikel ini sis.
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.