Sekali mendengar lagu ini, rasanya pasti kita akan mengaitkan dengan beberapa nama penyanyi yang sedia ada. Namun setelah mendengar dengan teliti kita akan dapati perbezaan melalui lagu yang dinyanyikan oleh pendatang baru industri muzik; Ariff Bahran ini. Lagu Kata Akhirmu ini telah menjadi lagu tema drama Cinta Hati Batu.
Sinopsis drama Cinta Hati Batu: Perkahwinan Anith (Aishah Azman) bersama Ehsan (Ashraf Muslim) terpaksa ditamatkan kerana perkahwinan mereka tidak bahagia. Ketika berduka itu, Anith bertemu semula dengan bekas tunangnya disangkanya yang telah meninggal, Nik Afezal (Fadlan Hazim). Anith mendapati bahawa kematian Nik Afezal beberapa tahun dahulu sebenarnya hanyalah satu helah keluarga Nik Afezal untuk memisahkan mereka. Setelah tiga tahun bertemu kembali, Anith mula mencintai Nik Afezal semula. Walau bagaimanapun, Nik Afezal sebenarnya sedang menghidap penyakit kemurungan yang menyebabkannya sering bertindak di luar pemikiran yang waras. Dapatkah Anith menemukan percintaan yang sempurna seperti yang diinginkannya? (Sumber)
Lirik Lagu Kata Akhirmu - Ariff Bahran
Harus bagaimanakah lagi
Cara untuk aku membuktikan
Harus bagaimanakah lagi
Cara untuk aku persembahkan
Cinta yang kau pinta
Menurut telahanmu
Tak mungkin kucuba untuk mensiakan rasa ini
Walaupun ku tak pernah merasai
Sedikit kasih darimu
Harus bagaimanakah lagi
Cara untuk aku meruntuhkan
Egomu yang sering menggunung
Dan menolakku jauh darimu
Di manakah ia
Tempatku di hatimu
Tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
Walaupun ku tak pernah merasai
Sedikit kasih darimu
Tak mungkin ku sekalipun akan mengalah
Demi cintaku
Kucoba tuk menjadi yang terbaik
Hanya untuk dirimu sayang
Takkan pernah ku mengalah
Untuk menjadi yang terbaik
Tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
Walaupun ku tak pernah merasai
Sedikit kasih darimu
Tak mungkin ku sekalipun akan mengalah
Demi cintaku
Kucoba tuk menjadi yang terbaik
Hanya untuk dirimu
Andai kau menyedari
Besarnya cinta ini
Dan ku terus menanti
Kata akhir darimu
Twitter Ariff Bahran: @Bahraann
Instagram Ariff Bahran: @ariffbahran
Soundcloud: @ariffbahran
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.