Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lirik Lagu Takdir - Dayang Nurfaizah (OST Syurga Yang Kedua)


Sedikit sinopsis Syurga Yang Kedua: Drama ini mempunyai 70 episod (adaptasi sinetron popular Indonesia dengan tajuk yang hampir sama; Surga Yang Kedua. Daniel (lakonan Zarul Husin) dan Sabrina (Lakonan Siti Elizad) sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suatu hari ibu Daniel menyuruh Daniel berpoligami dan berkahwin dengan Doktor yang merawat ibunya iaitu Vivy (lakonan Fasha Sandha). Syurga Yang Kedua telah mula bersiaran pada 12 Disember, dan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).



Lirik Lagu Takdir - Dayang Nurfaizah

Kusembunyi tiap satu perasaan
Tak berdaya menafikan
Wajah ini
Tawa ini
Senyum ini
Sebagai topengku

Tiap insan dijadikan berpasangan
Aku pun jua mendamba
Satu cinta
Sentiasa berdua
Bermanja
Bersenda

Kutahu masaku kan tiba
Kelak meraih bahagia
Dengan dia yang setia

Mengapa hati kerinduan
Mengapa resah tak tertahan
Padamu Tuhan kuserah segala
Ketemukan aku dan dia

Kuberlari cari wajah yang kulihat
berkali di dalam mimpi
Tawa itu senyummu matamu melerai sepiku

Kutahu masaku kan tiba
Kelak meraih bahagia
Dengan dia yang setia

Mengapa hati kerinduan
Mengapa resah tak tertahan
Padamu Tuhan kuserah segala
Ketemukan aku dan dia

Mengapa hati kerinduan
Mengapa resah tak tertahan
Padamu Tuhan kuserah segala
Ketemukan aku dan dia

Kerinduan ooohh

Padamu Tuhan ku serah segala
Ketemukan aku dan dia
kuterima takdir cinta


Instagram Drama Syurga Yang Kedua@syurgayangkedua
Instagram Dayang Nurfaizah: @dayangsayangkamu

*Lagu lain dalam drama ini: Jagakan Dia- Shiha.




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top