Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lirik lagu Comel Pipi Merah - Siti Nurhaliza


Lirik lagu Comel Pipi Merah - Siti Nurhaliza | Kemaskini: Alhamdulillah Siti Nurhaliza selamat bersalin pada 8.17 pagi pada 19 Mac 2018 bersamaan 1 Rejab 1439 hijrah. Berat bayinya adalah 3.55 kilogram. Fatimah Az-Zahra dipilih sebagai panggilan sementara untuk bayi perempuan mereka.


25 Mac 2018: Genap 7 hari seperti dijanjikan, Siti Nurhaliza dan suami menunjukkan wajah anak  kepada umum dan menamakan anak perempuan mereka yang dinanti setelah 11 tahun ini dengan nama rasmi Siti Aafiyah Binti Khalid pada majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik yang turut disiarkan secara langsung di youtube. Alhamdulillah. Tahniah sekali lagi untuk mereka berdua.

Siti, 39, berkata, nama itu dipilih bersempena doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya, al-Abbas. Oh ya, Siti juga ada menyertakan doa yang dimaksudkan di instagram miliknya.

“Nama anak ini saya dapat ketika menunaikan umrah tahun lalu. Sepanjang di sana, saya sering mendengar doa berkenaan. Malah maksud Aafiyah juga merangkumi yang baik-baik saja.

“Sepanjang hamil, saya sering mendapat kiriman doa ini yang menyebut nama Aafiyah. Jadi, saya dan suami sepakat memilih nama ini,” katanya. - (sumber: https://www.hmetro.com.my).

Comelnya Si Pipi Merah!
Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memperkenalkan lagu baru yang dibuat istimewa untuk anaknya yang bakal lahir bertajuk Comel Pipi Merah pada majlis sambutan Ulangtahun rasmi Sitizone KE-14 dan juga hari lahir Datuk Seri Siti Nurhaliza yang KE-39 dianjurkan oleh pihak Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. Katanya inspirasi lagu ini datangnya daripada arwah ayahnya yang selalu menyanyikan untuk cucu dan anak-anak, dan beliau ubahsuai rentaknya sedikit. Dia juga ada membuat kenduri doa selamat selepas itu.

Jom kita dengarkan lagu comel ini, sesuai untuk baby



Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (4x)

Senyuman manis menyejuk jiwa hamba
Semanis-manisnya bak gula
Rupa nan elok penghibur ayah bonda
Indah kurnian maha esa

Sayang disayang Timang ditimang
Alahai manja kuseorang
Sayang disayangi Timang ditimang
Cinta hatiku selamanya

Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (4x)

Di mana dia buah hati saya
Buah hati saya ada di dalam rumah
Di mana intan payung saya
Intan payung saya yang comel pipi merah

Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung
Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung

Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (4x)

Budi nan elok pekerti yang mulia
Panduan hidup hari muka
Taat berjasa jadi orang berjaya
Penuhilah ilmu di dada

Sayang disayangi Timang ditimang
Alahai manja kuseorang
Sayang disayangi Timang ditimang
Cinta hatiku selamanya

Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung
Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung

Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (6x)


Instagram rasmi Siti Nurhaliza@ctdk
Twitter rasmi Siti Nurhaliza@ctnurhaliza11

*Satu-satunya instagram rasmi Siti Aafiyah  (yang dibuat Asyraf Khalid) - @aafiyahkhalid

*Lagu Comel Pipi Merah versi zikir tajuknya: (Cinta Syurga duet Siti Nurhaliza dan Khai Bahar).


Semoga terus berbahagia buat Siti sekeluarga dan moga Aafiyah akan menjadi anak yang solehah, insya-Allah. Ameen.




JURUFOTO RASMI majlis perkenal lagu
@kakifoto_  dan pembantunya @ridzidrs 


2 yang menasihati

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top