Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Drama Klik Pengantin Musim Salju di Astro Ria


Drama Klik Pengantin Musim Salju (Siti Nordiana dan Alif Satar) | Setelah gandingan Siti Nordiana dan Alif Satar berjaya dalam drama Dia Semanis Honey serta Dia Semanis Honey The Musical, mereka berdua kembali lagi sebagai teraju utama dalam Pengantin Musim Salju. Penggambaran drama ini turut dibuat di Hokkaido, Jepun dan Malaysia.

Drama adaptasi novel daripada penulis terkenal Suri Ryana bertajuk "Klik! Pengantin Musim Salju" ini akan disiarkan akan datang di Astro Ria untuk slot khas Ramadan (7 malam).



Pelakon:
Alif Satar sebagai Adam Putra
Siti Nordiana  sebagai- Kaseh Lateefa (Kay)
Adam Lee sebagai Hud Mikail
Aleza Shadan sebagai Aisyah (Ummi Kaseh) 
Norlia Ghani sebagai Tengku Maryam
Nina Juren sebagai Tengku Alawiyah
Atikah Suhaime sebagai Karlisha Zandra
Lan Solo sebagai Irham
Cik Manggis sebagai Nana
Dafi sebagai Sam
Ardell Aryana sebagai Layla

Lain-lain: Jasmine Ashraff, Farouk Hussain, Mak Wan, Zamarul Hisham.

Pengarah: Hadith Omar
Terbitan: Filmscape Sdn Bhd



OST Pengantin Musim Salju:
SEBENARNYA - Nyanyian Siti Nordiana & Alif Satar



Mulai 14 Mei 2018
Isnin - Khamis
(20 Episod)
7 malam
RIA & RIA HD
*****

SELAMAT MENONTON!

Para pelakon:


Gambar: IG @@aleza_shadan

Adam Lee

Siti Nordiana & Alif Satar

Gambar: Pengarah, dua dari kiri, @hadithomar

Sinopsis Pengantin Musim Salju:

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay (kasehlateefa), gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka? 

- Sumber https://www.goodreads.com. Untuk sebarang pendapat berhubung buku ini boleh ke instagram penulis: @suriryana   

Forum yang berbual tentang drama bersiri ini juga telah wujud sewaktu awal penggambaran lagi!: https://bm.cari.com.my/

*Jika nak baca teaser cerita tulisan Suri Ryana ini, boleh pergi ke blog beliau di http://queenlpermaisuri.blogspot.my


Antara sumber lain:
 http://www.myinfotaip.com

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top