Hari mengundi tiba lagi. Walau apapun, moga perbezaan tetap mengeratkan kita. Ini saya kongsikan cara semak tempat mengundi, dan saya sertakan cara tukar alamat Kad Pengenalan (IC) dan alamat mengundi (mungkin berguna di masa akan datang). Di bawah juga saya sertakan link cara mengundi nanti. Moga bermanfaat.
BILA TARIKH MENGUNDI PRU 14?
Rabu - 9 MEI 2018. Jam 8 pagi - 5 petang di pusat mengundi yang dinyatakan.
CARA SEMAK TEMPAT MENGUNDI
Bagaimana mahu menyemak tempat mengundi?
Ada tiga cara:
1. Pergi ke laman web : https://pengundi.spr.gov.my
2. SMS
Tapi SPRNombor kad pengenalan hantar ke 15888
Sumber gambar: https://www.semakan.my/ |
3. Melalui aplikasi
Mudah bukan? Jadi, jom semak!
BAGAIMANA CARA MENGUNDI:
Oh ya, bagaimana pula mahu mengundi nanti? - Ini pula artikel cara mengundi.
TUKAR ALAMAT IC & TEMPAT MENGUNDI
Jadi kalau mahu mengundi di tempat anda tinggal perlu tukar alamat di IC. Bagaimana?
- Pergi JPN. Isi borang. Bawa IC sedia ada. Ambil nombor giliran. Nanti akan diambil cop jari dan ambil gambar di situ juga. Akan dikenakan caj RM 10. Satu jam sahaja sudah siap (kadangkala lebih pantas daripada itu).
Tapi. Tukar di JPN belum tukar alamat mengundi lagi. Ini perlu pergi pula ke pejabat pos. Bagi IC yang ada alamat baru tadi. Beritahu nak tukar alamat. Mereka tukarkan. Percuma. Siap!
Namun harus diingatkan perlu dilakukan tiga bulan sebelum, untuk masuk dalam sistem.
LAGU TEMA MARI MENGUNDI
Baiklah. Selamat mengundi dan berhati-hati di jalan raya nanti. Buatlah pilihan yang bijak, Malaysia memerlukan kebijaksanaan anda!
Boleh juga baca: http://m.themalaymailonline.com
Boleh juga baca: http://m.themalaymailonline.com
Terharu saya dengan gerakan #PulangMengundi serta @CarpoolGE14 & @Pulang_Mengundi di twitter. Betapa rakyat Malaysia jenis bantu-membantu, sudi tumpangkan atau tolong (dari segi kewangan) rakyat Malaysia lain untuk balik mengundi. Manis sungguh. Tenang-tenang saja. Moga dipermudahkan urusan buat semuanya. Selamat memilih, Malaysia!
1 yang menasihati
Mohd azlan bin miskam
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.