Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Kugiran Masdo, Orkes A Hizadin, Oceanlights & Coraband


Penulisan ini bukan satu ulasan, cuma pengenalan dan perkongsian ringkas sahaja. Dengan kemunculan begitu banyak kumpulan artis baru serta indie band yang mewarnai dunia hiburan kita, seolah-olah jiwa industri kita begitu bertenaga dan terisi. Saya fokuskan kali ini pada 4 kumpulan ini terlebih dahulu, namun saya akan kongsikan pautan lagu-lagu indie band terbaru dan artis lain di penulisan lain kelak. Moga diizinkan. Apapun jom kenali mereka!

Orkes A Hizadin


Sekumpulan anak muda yang memainkan muzik bergenre rock alternatif. Vokalisnya bernama Amirudin Hizadin. Seorang yang telus, berani dan tenang dalam menyampaikan lagu-lagunya. Lagu Kejayaan telah mula kedengaran di corong-corang radio. Namun lagu lainnya seperti Merajuk, dan Rezeki juga tidak kurang menariknya!



Boleh baca ulasan di MuzikKitaMY tentang kumpulan ini di: #REVIEW Orkes A. Hizadin



Kugiran Masdo 


Siapa Kugiran Masdo? Kugiran MASDO! tiba-tiba diperkatakan ramai. Ramai anak-anak muda begitu teruja dengan kumpulan ini seperti di awal kemunculan Hujan dahulu. Albumnya laku keras dan "kenduri "(persembahan mereka) dikunjungi ramai. Mereka adalah sebuah band yang memainkan musik Pop berasaskan musik 60-an dan digubah mengikut citarasa masa kini. Antara lagu menarik kumpulan ini adalah Bunga, Teruna Dan Dara, Kecundang dan Ratu Hati.

Ditubuhkan awal tahun 2015. MASDO! dianggotai oleh 4 orang iaitu, AliSariah (vokal/gitar), Azham Ahmad @ Ambobzeela (drummer), PutuCeri (bass/bv) dan Mawi (gitar). Sebelum ini, kugiran ini lebih dikenali dengan nama The Lipstik. Tetapi selepas rombakan ahli kumpulan, AliSariah sebagai ahli utama dalam band The Lipstik telah membuat keputusan untuk menukarkan nama The Lipstik kepada MASDO! (Diinspirasikan daripada filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu filem Do Re Mi). Muzik mereka pula berinspirasi daripada band seperti The Last Shadow Puppets, Arctic Monkeys, The Changcuters, The Wonders dan pelbagai lagi. (sumber: https://tapau.tv)



Youtube Kugiran Masdo | IG: @kugiranmasdo |  Twitter: @kugiranmasdo |  FB: @kugiranmasdo

Oceanlights 


Oceanlights ditubuhkan pada 2014. Sebuah band Alternative Rock dari Shah Alam yang dianggotai oleh 5 orang anak muda ini (Arif selaku vokalis utama), yang merupakan bekas pelajar-pelajar jurusan muzik di sebuah institusi awam dan minat mereka yang mendalam terhadap muzik menjadi salah satu faktor utama kumpulan ini ditubuhkan. Kumpulan ini telah mengeluarkan single pertama mereka ‘Teratas’. Mereka juga ada lagu bertajuk Pulang. Kini tampil dengan lagu terbaru, Ini Cinta




Coraband


CorabandIndie/Experimental rock band yang berasal dari Shah Alam ini, bermula dengan lima orang (kini 4), ditubuhkan sejak 1 Januari 2013. Terdiri daripada Muhammad Fariq Johari [Fariq], Kayrol Najmi [kayrol], Raja Mohd Farizal dan Khairul Izwan [Pap] yang datang dengan idea baru untuk memulakan band indie-rock secara serius. Ada yang mungkin memanggil mereka sebagai band rock moden, tetapi bagi Cora, mereka mempunyai pandangan yang berbeza mengenai seni dan muzik; segala-galanya tentang Cinta, Tuhan, Keluarga dan Planet Bumi. Kini telah pun muncul dengan album pertama! Antara lagu mereka adalah, Bahagia Itu Sederhana dan Sari-sari.



Youtube rasmi Coraband | IG: @coraband |  Twitter: @coraband  |  FB: Cora Band


Menarik bukan mereka semua? Banyak lagi sebenarnya kumpulan yang berbakat dan mempunyai lagu-lagu menarik, anda pasti akan jumpa kalau cari (terutamanya di event yang melibatkan kumpulan muzik).
  • Jika mahu mendengar akustik persembahan pelbagai lagu-lagu indie band: Boleh ke youtube Kamar Seni Studio - Kamar Seni Studio
  • Jika mahu dengar lagu-lagu alternatif atau indie band yang lain boleh layari radio online MyKampusradio: https://www.mykampusradio.com/.
  • Untuk sebarang aktiviti / persembahan nyanyian boleh jenguk twitter: @alambunyian.







0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top