Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Tokoh anak muda di zaman Nabi



Melalui Majalah al-Ustaz, edisi 54, ruangan Inspirasi, Ustaz Muhammad Muizzuddin Zaini berkongsi tentang Inspirasi buat Anak Muda.
  • Dua senior
Gelaran Syaikhan (dua orang tua atau senior) dalam kalangan para sahabat merujuk kepada Abu Bakar dan Umar. Pun begitu, mereka sebenarnya masuk Islam masing-masing pada umur 38 dan 37 tahun.
  • Amin al-Ummah
Abu Ubaidah bin Al-Jarrah. Rasulullah menggelarkannya orang kepercayaan umat (Amin al-ummah). Beliau mengambil baton memimpin tentera daripada Khalid al-Walid atas perintah Umar dan banyak lagi. Beliau juga salah seorang yang dijamin syurga.
  • Tiga anak muda
Tiga orang anak muda yang diutuskan oleh Rasulullah ke Madinah untuk mengajar, memandu dan mendidik penduduk di sana sebelum hijrah Nabi; As'ad bin Zurarah, Sa'ad bin Mu'az dan Mus'ab bin Umair. Mereka semua belum mencecah usia 30-an.
  • Muda Remaja
Muaz bin Jabal ikut hadir dalam Perjanjian Aqabah ketika beliau masih muda remaja. Kemudian bersama Rasulullah dalam Perang Badar ketika berumur 20 atau 21 tahun.
  • Pimpin rombongan
Mus'ab bin Umair, ditemani As'ad bin Zurarah memimpin 70 orang suku Aus dan Khazraj keluar dari Madinah menuju ke Makkah untuk bertemu Rasulullah sehingga termeterainya perjanjian Aqabah kedua.
  • Wanita Paling Faqih
Aisyah binti Abu Bakar, digelar al-Siddiqah bintu Siddiq. Umum mengetahui usianya yang muda ketika dikahwini Rasulullah. Beliau juga seorang yang sangat cerdas sehingga Imam al-Zahabi menyebutkannya sebagai wanita yang paling faqih. Beliau banyak sekali meriwayatkan hadis Rasulullah, kata a-Zahabi sehingga mencapai 2,210 hadis.
  • Separuhnya Anak Muda
Separuhnya daripada generasi awal Ansar yang berbaiah dalam Perjanjian Aqabah adalah anak-anak muda.
  • Yang punya pengikat dua pinggang
Asma' binti Abu Bakar. Beliau memainkan peranan membantu proses hijrah Rasulullah. Antaranya beliau membawakan bekalan makanan dan minuman kepada Rasulullah dan ayahandanya menggunakan pengikat pinggangnya yang dikoyak dua.

Lalu beliau mendapat gelaran Dzat al-Nithaqain (yang mempunyai dua pengikat pinggang). Ketika itu umurnya dianggarkan baru belasan tahun.
  • Dijamin Syurga
Daripada 10 orang sahabat yang dijamin syurga,lima orang daripadanya berumur antara belasan tahun hingga sekitar 20-an.
  • Komited
Zubair bin Al-'Awwam, salah seorang yang dijamin syurga. Masuk Islam ketika berumur 16 tahun. Langsung tidak pernah tertinggal perang bersama Rasulullah.


Semoga kita dapat memperoleh inspirasi melalui anak-anak muda yang berjasa membantu Rasulullah mengubah dunia ini. Insya-Allah.

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top