Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lirik Lagu Safiyyah - Darwish ft Fareast

 

Lirik Lagu Safiyyah - Darwish ft Fareast | Kumpulan nasyid baru; Darwish dianggotai oleh Faiz dan Amin muncul dengan lagu pertama mereka, Safiyyah berduet dengan kumpulan nasyid popular; Fareast.

Lirik Lagu Safiyyah - Darwish ft Fareast

Di Uhud itu kau laksana singa yang garang
Menerjah berani ke medan perang
Kau bukti mujahidah nan waja
Berjuang demi Allah dan Rasul-Nya

Kelibat pedang mu sungguh menggerunkan
Menyambar bagaikan kilat yang memancar
Kemenangan musuh kau calarkan
Kau wanita pertama membunuh kesyirikan

Walau di hatimu ada gundah
Tapi kau sembunyikan dengan tabah
Melihat jasad Hamzah yang dirobekkan
Kau relakan segunung kesedihan
Demi tersebarnya lautan keimanan

Oh Safiyyah
Keayuan mu pada ketabahan
Keindahan mu pada keberanian
Kaulah lambang mujahidah
berkalung pedang!

Oh Safiyyah
Kaulah citra mujahidah sejati
Gerak hati mu umpama angin
Buat teman kau menjadi bayu yang membelai
Buat musuh kau menjadi badai yang menghancurkan


SAFIYAH binti Abdul Mutalib adalah ibu saudara Nabi Muhammad. Ayahnya, Abdul Mutalib bin Hasyim adalah pemimpin kaum Quraisy yang disegani. Dia adalah adik kandung kepada Hamzah bin Abdul Mutalib yang digelar ‘Singa Allah’ dan digeruni oleh pihak musuh Islam. Safiyah melibatkan diri dalam perang mengikut batasan-batasan yang dibenarkan oleh Islam. Dalam Perang Uhud, Safiyah dan wanita Muslimah membantu tentera Islam yang berperang dengan memberikan air minuman dan merawat mereka yang luka.- Amira Mustafah
More about Darwish: https://instagram.com/darwish.official
More about Fareast: https://instagram.com/fareast_officials

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top