Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lirik lagu Satukan Rasa - Siti Nordiana ft Khai Bahar



Lirik lagu Satukan Rasa - Siti Nordiana ft Khai Bahar | Akhirnya berhasil juga penantian peminat untuk menyaksikan gandingan Siti Nordiana dan Khai Bahar yang bermula hanya melalui duet di Smule dengan lagu Memori Berkasih kini muncul dengan lagu duet sendiri berjudul, Satukan Rasa. Lagu yang dihasilkan oleh gandingan Nana (Dinda) dan Khai (Kanda) ini juga mendapat sentuhan lirik daripada Iman Imran. Hanya beberapa harisahaja dilancarkan, lagu ini telah menjadi trending nombor satu di youtube dan mencecah melebihi 1 juta tontonan.

Walaupun gandingan duo ini mendapat 'restu' ramai peminat melalui lagu dan di luar lagu, mereka berdua kini lebih selesa untuk berkawan sahaja dahulu dan selebihnya diserahkan kepada takdir. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik dan moga kerjaya mereka berdua terus berkembang.


Tajuk: Satukan Rasa
Artis: Siti Nordiana & Khai Bahar
Komposer: Dinda & Kanda
Lirik: Iman Imran



Lirik lagu Siti Nordiana ft Khai Bahar - Satukan Rasa

N:
Lamaku simpan perasaan ini
Tanpa terduga rasa cinta hadir 
Puas menafi bisikan di hati
Namun tak terdaya 'tuk menghalang rindu

K:
Aku pendam rasa dan angan menjadi teman
Kau ingin kumiliki 
Namun aku tidak mampu 
untuk memiliki cinta insan mulia sepertimu...

Dikaulah bidadari temani tiap mimpi diriku diselubung rindu ...

N:
Oh... Rasa penuh prasangka, Dia penguat jiwa
Kita pinta takdir-Nya pergilah sepi 

Ohh.....

N: Bulan bisik padanya
K: Benar kucinta dia
K&N: Kau hidupkanlah rasa ini

K:
Dikaulah bidadari temani tiap mimpi sungguh aku rindu

N:
Cinta penuh prasangka kuatkanlah...... hatiku
K&N:
 Agar ikatan ini terjalin

K&N:
Bulan bisik padanya
Benar kucinta dia

Oh.... satukanlah..
Satukan rasa

Gambar: @sitinordiana

Instagram:
Siti Nordiana: https://www.instagram.com/sitinordiana
Khai Bahar: https://www.instagram.com/khaibahar94

Fanclub (Kelab Peminat):
Siti Nordiana FC: https://www.instagram.com/sitinordianafc
Khai Bahar Empire: https://www.instagram.com/khaibaharempire






0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top