Lirik lagu Suaramu Syairku - Harry Khalifah (Apak)


Lirik lagu Suaramu Syairku - Harry Khalifah (Apak) | 'Apak' Harry Khalifah yang dikenali di laman youtube dengan pelbagai cerita dan banyak lagu menarik ciptaannya yang diminati ramai, kini tampil dengan lagu sendiri nyanyiannya berserta muzik video terbaru berjudul Suaramu Syairku! Sebelum ini Harry Khalifah telah muncul dengan lagu Dia Milik Orang, Doa Kupohonkan, Abang Lori Tenonenonet dan juga lagu Padu Bossku (bersama UNIC).
(Untuk versi lucu dan lirik hentam boleh klik: (Aku Makan Cintamu) - Apak feat. Asif & Yoe Parey, manakala cover version Versi Bahasa Arab oleh Syed di sini: Syed - Suaramu Syairku (VERSI BAHASA ARAB)

Lirik Suaramu Syairku - Harry Khalifah (Apak)

Pandanglah aku
Hembuskan nafasmu
Kerana aku amat rindukanmu
Janganlah jangan kau jauh dariku
Tanpa wajahmu kelam duniaku

Bisikkan aku katakan cintamu
Kerna suaramu bersyair laguku
Dendangkan aku dengarkan padaku
Dakaplah aku wahai kekasihku

Bila bermimpi kamu
Jaga dari tidurku
Aku sebut namamu
Aku seru cintamu
Engkaulah kekasihku
Hanya engkau nyawaku
Akulah perindumu
Akulah pencintamu
Bawaku bersamamu
Agar hilang resahku
Eratkan dakapanmu
Dekatlah padaku
Cinta berpadu

Bila bermimpi kamu
Jaga dari tidurku
Aku sebut namamu
Aku seru cintamu
Engkaulah kekasihku
Hanya engkau nyawaku
Akulah perindumu
Akulah pencintamu
Bawaku bersamamu
Agar hilang resahku
Eratkan dakapanmu
Dekatlah padaku

Bisikkan aku katakan cintamu
Kerna suaramu bersyair laguku
Dendangkan aku dengarkan padaku
Dakaplah aku wahai kekasihku




Lagu: Harry Khalifah
Lirik: Yabang Khalifah

Instagram Harry Khalifah (Apak): https://www.instagram.com/harry_khalifah/

6 yang menasihati

  1. maaf jika nukilan ini menggusarkan hati, memarahi jiwa.
    Apa yang hak ia tetap hak, apa yang batil ia tetap adalah batil...
    takkan bersatu sama sekali antara hak dan batil...

    contoh : najis itu batil...nasi itu hak...adakah nasi dan najis boleh bersatu dalam masakan...hatta najis cicak yang jatuh dalam makanan terus tidak selera...bukan..
    fikirkan bersama ...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum....
    maaf sebagai perkongsian dan kesedaran bersama...

    pertama sekali marilah kita bersama memurnikan semula syahadah kita...dimana kita bersaksi Allah adalah tuhan Kita, Muhammad nabi dan pesuruh Allah.

    Mengajak bersama menyelusuri bait kalimah demi kalimah yang ditulis lirik oleh harry ....apa yang membimbangkan kita mendengar dan mengikut seni kata sedar tidak sedar kita telah mensyirikkan allah

    dimana kita mengatakan bahawa nyawa itu hak manusia dan perempuan itu yang memmberi nyawa kepada kita sedangkan hak milik mutlak nyawa adalah Allah SWT.

    Hanya engkau nyawaku...adalah Allah bukan manusia,
    manusia hanya diberi pinjam nayawa untuk mengesakan Allah bukan mensyirikkkan ALlah.

    Al-Iklas adalah dalilnya, Al-Falaq, Pengukuhnya, Al-Nass adalh pendokongnya kepada hakikat nyawa adalah hak mutlak milik allah bukan manusia...

    perempuan tidak boleh memberi nyawa kepada lelaki... tetapi yang boleh diberi adalah kata - kata dan semangat sahaja....

    boleh sebarkan....dan saya halalkan...jika ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan terhadap...apa yang saya nukilkan ini boleh terus ke no tel saya 019-5762943

    ReplyDelete
  3. Saya rasa disini tiada tertulis nama perempuan...

    ReplyDelete
  4. Jika saya kata ini lagu ketuhanan..
    Adakah anda setuju..
    Dalam lagu ni,tiada sebut nama perempuan.atau seangkatan denganNya

    ReplyDelete
  5. Anonymous8:54 AM

    Memang ada di katakan hanha engkau nyawaku..mungkin begitulah andaian bagi seorang lelaki yang mencintai seorang prmpuan..sebagai cntoh..isteri adlah pnguat dn nyawa suami..begitu juga sebaliknya..

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top