Lirik lagu Sinar Warkah - Ariff Bahran (OST filem Warkah)

Lirik lagu Sinar Warkah - Ariff Bahran (OST filem Warkah) | Filem Warkah merupakan adaptasi kisah benar seorang remaja yang mengirimkan surat kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO). Warkah merupakan filem drama keluarga Malaysia 2019. Filem ini mengisahkan seorang remaja yang terpaksa membuat pilihan sama ada melanjutkan pelajaran atau membantu keluarganya selepas bapanya lumpuh akibat kemalangan. Ia ditayangkan pada 15 Ogos 2019 di Malaysia dan Brunei. Penyanyi untuk lagu tema filem ini adalah Ariff Bahran.



Lirik lagu Sinar Warkah - Ariff Bahran (OST filem Warkah)

Nota yang engkau tuliskan
Jadi warkah kenanganku
Bukan hanya kata-kata
Tapi nadi azimatku

Sempurnakan indah hari yang gelita
dengan tangis cinta kutatap warkahnya
Mencari bahagia,lara atau sepi
Semua yang ada dalam hati kita

Ingin kumerasakan sentuhan yurga
Lembut sapaanmu dambaan bahagia
Terang atau kelam kemuncaknya cinta
Mohon raikanlah walau sementara

Pahit yang aku lalui
Bukan untuk dikesali
Kerna takdir yang melanda
Milik Dia yang kuasa

Sempurnakan indah hari yang gelita
dengan tangis cinta kutatap warkahnya
Mencari bahagia,lara atau sepi
Semua yang ada dalam hati kita

Ingin kumerasakan sentuhan yurga
Lembut sapaanmu dambaan bahagia
Terang atau kelam kemuncaknya cinta
Mohon raikanlah walau sementara


Sinopsis filem Warkah: https://ms.wikipedia.org/wiki/Warkah_(filem)
Instagram Ariff Bahran: https://www.instagram.com/ariffbahran


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top