Lirik lagu Pelukan Angkasa - SOG (feat. Shila Amzah) [OST KL Vampires]


Lirik lagu Pelukan Angkasa - SOG (feat. Shila Amzah)  [OST KL Vampires] | Filem 'KL Vampires' akan berada di pawagam mulai 14 November 2019. Cast - Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafril, Donny Alamsyah, Reen Rahim.

Sinopsis Filem KL Vampires:
Filem KL Vampires arahan Devan R  ini mengisahkan sekumpulan puntianak yang sudah insaf daripada melakukan kekejaman dan hidup dengan aman bersama manusia di ibu kota. Mereka juga tidak menghisap darah manusia dan menggantikannya dengan darah sintetik. Namun, kehadiran beberapa puntianak baru diketuai Argus di ibu kota mula mencetuskan huru-hara apabila kumpulan itu mula memburu manusia. Bagi menghentikan keganasan itu, Ratu Suraya mengumpulkan beberapa puntianak untuk menghapuskan kumpulan terbabit. Rupa-rupanya di sebalik serangan itu, Argus sebenarnya mempunyai motif sendiri dan berniat merampas takhta Ratu Suraya.

Lirik lagu Pelukan Angkasa - SOG (feat. Shila Amzah)  [OST KL Vampires]

Bulan purnama terangi rinduku yang sayu
Terbangkan kesumat rasa resah jiwa yang membelenggu
Langit gelita sematkan bintang di dadamu
Biar menyala jadi unggun yang membakar kalbu

Angin bersiul
Bersiul hembus
Menghembus luka
Dingin menusuk
Menusuk meratah rongga

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Terik suria suluh logika rohku yang gelap
Bebaskan radiasi meluluh lumat batinku yang terseksa

Kalian takkan mampu
Mampu memecahkan bongkah ini
Rangkul tanganku
Kita bersatu lawan dunia

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Dua jiwa, dua dunia
Ingin mengecap damai bahagia
Tahukah bahawa cinta itu satu dosa?

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan



Lagu: Nazrin
Lirik: Fazleena Hishamuddin

Laman sosial:

SEKUMPULAN ORANG GILA

SHILA AMZAH

Sumber berita: https://www.hmetro.com.my/node/158208

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top