Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lirik lagu Takkan Merubah - Sufian Suhaimi & Amira Othman (OST Filem MOTIF)


Lirik lagu Takkan Merubah - Sufian Suhaimi & Amira Othman (OST Filem MOTIF) | Sufian Suhaimi & Amira Othman muncul denga lagu duet pertama mereka berjudul Takkan Merubah yang menjadi runut bunyi / lagu tema filem Motif (OST) yang akan ditayangkan bermula 26 September ini.

Sinopsis filem Motif:

Inspektor Dewi (SHARIFAH AMANI) ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan seorang remaja perempuan, Anna (KHAYRANI KEMAL) di Tanah Merah, sebuah pekan terpencil. Kehadirannya tidak disenangi penduduk pekan, termasuklah rakan setugasnya Inspektor Rizal (TAQIM ZAKI), dan menerima tentangan hebat dari bapa remaja yang hilang itu, Hussein (DATUK ROSYAM NOR) yang juga merupakan orang kaya Tanah Merah, yang benar-benar tidak mempercayai kebolehan Dewi dalam menjalankan tugasnya.

Ramai orang disyaki menjadi dalang sebalik kehilangan Anna - semua dengan motif mereka yang tersendiri.

Sumber: http://www.wayangworks.com/motif

Takkan Merubah (OST Filem MOTIF)
Sufian Suhaimi & Amira Othman
Lagu : Farouk Roman
Lirik : Amylea

Lirik lagu Takkan Merubah - Sufian Suhaimi & Amira Othman (OST Filem MOTIF)

Difikiranku hanya ada engkau
Maafkan hati yang meniti jalan, kepadanya
Telah kuteruskan semua

Dalam diamku
Makin tak terubat
Apa yang benar sunyi di hadapku
Kini sudah kau menyahutkan jawapannya

Ingin ku putuskan saja ceritamu
Tentang hati yang rapuh dan berbalik
Siapa mampu menantikan berat dan kesal hatimu
Musim takkan merubah perasaan
Walau kudiam saja tak berpaling
Bisa kulari dari cinta namun tak dapat kupergi

Difikiranku hanya ada engkau
Maafkan hati yang meniti jalan,
kepadanya, telah kuteruskan semua

Ingin ku putuskan saja ceritamu
Tentang hati yang rapuh dan berbalik
Siapa mampu menantikan berat dan kesal hatimu

Musim takkan merubah perasaan
Walau kudiam saja tak berpaling
Bisaku lari dari cinta namun tak dapat kupergi

Inginku putuskan saja ceritamu
Tentang hati yang rapuh dan berbalik
Siapa mampu menantikan berat dan kesal hatimu


*****

Instagram Sufian Suhaimi: https://www.instagram.com/sufiansuhaimi_/ 
Instagram Amira Othman: https://www.instagram.com/amiraaothman/


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top