Lirik lagu Kejam - Siti Nordiana (OST PUSAKA)

Siti Nordiana telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema (OST) untuk filem Pusaka.
“Lagu ini dicipta oleh Datuk Wah Idris dan liriknya pula hasil nukilan Joe Zainol dan Datuk Wah sendiri.

“Saya berbangga kerana dapat peluang menyanyikan lagu tema filem Pusaka dan rasa senang kerana dapat berkolaborasi bersama komposer tersohor seperti Datuk Wah,”
– Siti Nordiana

Sebuah filem paling seram yang dinantikan 2019, PUSAKA mengisahkan seorang Inspektor Nuar Ishak (Syafiq Kyle) telah menemui mayat dan seorang wanita bernama Balqis dan Qistina (Sweet Qismina) pasangan kembar yang terkurung di sebuah rumah tinggal dan memerlukan siasatan penuh oleh pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Nuar. Semenjak itu, setiap langkah Nuar dihantui pelbagai kelibat, gangguan. Kematian demi kematian berlaku. (sumber; trailer https://www.youtube.com/watch?v=Bi17D6LDNo0)



Lirik lagu Kejam - Sii Nordiana (OST PUSAKA)

Tak kusangka
Kau musnahkan hidupku ini begitu saja

Hanya kerana
Kau dibutakan dengan kemewahan di dunia fana

Oh kejamnya
Kerakusanmu itu mengatasi segala
Bergelumang dengan dosa
Tak kau hiraukan pembalasan pedih Maha Esa

Dendam yang tersemat di jiwa
Takkan hilang selagiku bernyawa

Sanggup kau lukai diriku tanpa rasa bersalah di sudut hatimu
Kini janganlah kau merayu terimalah balasan perbuatanmu dulu

Inilah padahnya tamak halobamu haya memakan dirimu saja
Dendam di hatimu hingga kau anggap aku ini racun dalam hidupmu

Oh...

Sanggup kau lukai diriku tanpa rasa bersalah di sudut hatimu
Kini janganlah kau merayu terimalah balasan perbuatanmu dulu

Akhirnya kuhanya mampu berserah kebenaran penyelamat semua

*****

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top