Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Move on daripada crush?


Ini bukan kerja mudah. Tweet saya yang tertulis:

Moved on from my (ex) *crush officially --- adalah tulisan dari suara hati saya sendiri. Tulisan memang kadangkala berani, tapi tidak hati.

Dalam banyak persoalan, saya mungkin hampir tidak untuk menjawab soalan "Bagaimana?" - Sebab yakin setiap orang menyandang kuat lemah berbeza, jadi saya tidak ada tips spesifik.

Cuma paling boleh, kita cuba pasangkan ego dalam diri. Kita ada maruah diri dan layak lebih untuk disayangi. Selain itu, kita (perlu cuba) membina tembok untuk tidak mudah jatuh. Kesibukan mungkin mampu mengoncang, namun tidak mampu terus membuat kita mudah berjalan.

Berbaiklah dengan masa lalu dan berdamailah dengan diri sendiri. Maafkan diri kita yang terlalu mengharap dan kadangkala tidak bijak ini. Maafkanlah. Yakin yang bodoh tidak akan selamanya. Kita kena yakin kita tidak mempu memiliki semua, namun harus percaya kita mampu memiliki sesuatu yang lebih baik kelak. Asal saja, kita tetap cuba jadi lebih baik dan lebih kuat serta santai.

Kenapa santai? Jika tidak tenang, kita akan lebih mudah tumbang dan kembali goyah. Oh no! Ego yang telah dibina tadi menyarankan kita agar tidak mudah terlihat lemah.

Siapa kata kita tidak layak disayangi lainnya? Siapa mereka untuk membuatkan kita jatuh dan terus tak berdaya? Kita masih ada kelebihan sendiri, dan kekuatannya untuk berjaya menjadi lebih berguna dan akan disuka.

Kadangkala sesuatu itu bukan tidak, cuma belum.

Insya-Allah, saya boleh. Awak boleh. Kita semua boleh!
Kejap, anda ada tips lainkah? Marilah kongsi.

Sangka baik-doa baik-baik,dapat baik-baik. Insya-Allah.


*Crush adalah seseorang yang kita suka atau minat dalam bahasa mudahnya

1 yang menasihati

  1. suka quote ni

    Kadangkala sesuatu itu bukan tidak, cuma belum.

    nak copy ltk kt caption ig yer

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top