Selepas popular dan diperkatakan ramai melalui lagu Hikayat Ben Ladin, Ben Ladin yang lahir pada 11 September 2001 ini tampil dengan lagu baru berjudul Rampung. Lagu ini sekali mendapat sentuhan Malique melalui ciptaan lagu bersama
Luca Sickta dan Luca begandingan dengan Siqma untuk lirik. Jom
dengarkan!
Mengikut kamus, Rampung bermaksud satu keadaan yang telah selesai, beres atau tamat.
Lirik lagu Rampung - Ben Ladin
Masih ramai bertanya,
Asalku dari mana,
Hikayatku dibaca,
Ben ku di beri nama,
Masih ramai mencari,
Seru namaku berkali,
Pintu mana yang dicari,
Aku empunya kunci,
Salam sua kenapa duduk luar?
Tak jumpa jalan masuk ni ku tunjuk jalan keluar,
Pasang sua cuba terangkan minda dan hati,
Pak belalang jumpa simba bergema hikayat sang sakti,
Mereka makin riuh lepas warkah yang pertama,
Marjina angkat jari ibu ramai yang gumbira,
Baling dadu kita tengok siapa yang kena,
Jangan kamu cuba semu takut tidur tak lena,
Beradab banyak cara biadap jangan sekali,
Yang jerung atas darat laratnya makan berkali,
Tahu menyorok sepi,
Tidak pula diolok geli,
Yang mahunya dibeli,
Al kisah si anak seni.
Masih ramai bertanya,
Asalku dari mana,
Hikayatku dibaca,
Ben ku di beri nama,
Masih ramai mencari,
Seru namaku berkali,
Pintu mana yang dicari,
Aku empunya kunci,
Dulu bersemuka salam suka kenyit mata,
Kenapa sekarang lagak gaya macam kasim baba,
Cuaca makin cerah yang di luar bagaimana?
Walau tusuk duri takkan ku berputus asa,
Ku di sini dengan nadaku menyampai,
Tanda isi gua ku dah melambai,
Mamai disemai dalam damai gemalai,
Cari gemala sakti ramai terkapai,
Jahitan disimpul macam buat kata-kata,
Kalau bukan singa pasti itu maharaja,
Tolong jaga muka dari bertopengkan kata,
Yang berakal mesti panjang lagam gaya ali baba,
Hikayat pertama akhirnya bergema
Serapah dibaca penyambung cerita
Masih ramai bertanya,
Asalku dari mana,
Hikayatku dibaca,
Ben ku diberi nama,
Masih ramai mencari,
Seru namaku berkali,
Pintu mana yang dicari,
Aku empunya kunci,
Masih berdendang menari di akhir seloka,
Masih sempurna walau lama tidak bersua,
Makcik pakcik adik abang makin nampak suka,
Ku cuba tutup lama yang baru kini dibuka,
Mantera dibaca tanda penutup acara,
Macam katam baca jawi rumi alif ba ta,
Rampung ngiseng bakal jadi penyambung suara,
Ben Ladin sembah salam moga bertemu
Masih ramai bertanya,
Asalku dari mana,
Hikayatku dibaca,
Ben ku diberi nama,
Masih ramai mencari,
Seru namaku berkali,
Pintu mana yang dicari,
Aku empunya kunci,
Ben Ladin
Lagu: Luca Sickta, Malique
Lirik: Luca Sickta, Siqma
Instagram Ben Ladin: https://www.instagram.com/mohd_benladin
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.