Lirik lagu Sakit - Zynakal & Yonnyboii (OST Budak Tebing)

Lirik lagu Sakit - Zynakal & Yonni Boy (OST Budak Tebing) | Menghasilkan lagu bersama Zynakal, penulis lirik, komposer dan penyanyi rap Yonny Boii mendedahkan lagu Sakit pada awalnya berjudul ‘Zyn Jangan Sedih’. Menurut Yonny, Sakit adalah karya yang ditujukan khas buat Zyn selepas dia bersimpati terhadap situasi yang dihadapi rakan baiknya itu. Tambahnya, lagu berkenaan mula menarik perhatian Zyn apabila dia keluar dari hospital sekitar Disember.

"Selepas mendengar lagu tersebut barulah Zyn menunjukan minat untuk berkolaborasi. Disebabkan itulah tajuk lagu itu terpaksa ditukar, malah lirik juga Zyn ubah untuk meluahkan penderitaan dilaluinya sebelum ini.

"Setiap bait yang ditulis adalah jujur dan ikhlas," katanya. (Sumber: https://gempak.com)
Kini lagu ini menjadi lagu tema/OST Budak Tebing. Lagu YonnyBoii yang lain menjadi lagu tema cerita ini adalah Tujuan, Biar dan Salahku.


Lirik lagu Sakit - Zynakal & Yonni Boy (OST Budak Tebing)

Kalau kau rasa tak dihargai
Tutup la mata peganglah hati
Kalau kau rasa diri kau sunyi
Jangan bersedih aku disini

Walau hidupmu tumpas
Ku akan beri kerjasama
Bangkit wahai hidup ini tak sempurna

Jangan selalu bersedih
Ku juga selalu terleka
Kesilapan lama bakal jadi rama rama

Tapi aku sakit bila ramai keji
Sakit aku bukan dihati
Jadi sakit aku pendam sendiri
Rasa sakit ini tak akan berhenti

Mengerti
Ku terpaksa hadap walau
Penat lari
Ku terpaksa jatuh bila
Penat diri
Ku terpaksa hilang walau
Ramai cari

Aku lupa ingatan
Jadi tolong ingatkan
Saat luar kawalan
Jadi tolonglah pesan
Tolonglah aku kawan
Aku ni manusia
Ku buat kesilapan
Ku manusia biasa

Percayalah
Ku akan memberikan tangan
Jika engkau memerlukan
Jadi tolong jangan segan

Kalau kau rasa tak dihargai
Tutup la mata pegang la hati
Kalau kau rasa diri kau sunyi
Jangan bersedih aku disini

Walau hidupmu tumpas
Ku akan beri kerjasama
Bangkit wahai kawan hidup ini tak sempurna

Jangan selalu bersedih
Ku juga selalu terleka
Kesilapan lama bakal jadi rama-rama

Tapi aku sakit bila ramai keji
Sakit aku bukan dihati
Jadi sakit aku pendam sendiri
Rasa sakit ini tak akan berhenti

Mengerti
Ku terpaksa hadap walau
Penat lari
Ku terpaksa jatuh bila
Penat diri
Ku terpaksa hilang walau
Ramai cari

Kau kenal aku siapa
Yang dulu bukan aku
Masa itu aku gila
Ku sendiri tak tahu
Apa yang sudah jadi
Ku rasa macam mimpi
Hanyut di realiti
Kesannya hari ini

Penyakit tiada luka
Sakit tiada parut
Sakitnya di kepala
Bercelaru mengarut
Tindakan luar biasa
Marah terus mencarut
Lupa semua kata
Rasa nyawa tercabut

Aku faham
Apa yang kau rasa
Janganlah kecewa
Ku sentiasa ada

*****

Instagram Yonny Boii: https://www.instagram.com/yonnyboii
Instagram Zynakal: https://www.instagram.com/zynakal



Source: Musixmatch



3 yang menasihati

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top