Betulkah Kaabah kosong atau ditutup? Ini info terkini dari MasjidilHaram

Gambar: Dr. Waleed Hakeem - The Travelling Imam
Betulkah Kaabah kosong dan ditutup? Ini info terkini dari Masjidilharam. | Baru-baru ini ramai panik dan terkejut apabila ada pihak menyiarkan gambar Kaabah di Masjidilharam kosong dan ada yang kata Kaabah ditutup. Sebenarnya TIDAKlah sepenuhnya. Ibadah masih boleh dilakukan.
Berikut di bawah ini adalah maklumat terkini mengenai Masjidilharam yang diperolehi menerusi facebook Najmi Farisham dan Dr. Waleed Hakeem - The Travelling Imam.


Betulkah Kaabah kosong dan ditutup, kenapa?


Kawasan di sekeliling Kaabah kosong kerana dalam proses pembersihan dan tempat Air Zam Zam juga ditutup untuk melalui proses yang sama. Proses pembersihan (sanitize) ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga terhadap virus Covid-19/ Coronavirus walaupun belum ada laporan kes virus ini di sini.

Masjidilharam dan Masjid Nabawi akan ditutup sepenuhnya selepas sejam selesai solat isyak. Kemudian akan dibuka semula sejam sebelum fajar. Solat fardu 5 waktu masih ditunaikan di sini secara berjemaah seperti biasa. Malahan kawasan sekitar dalam masjid masih dibuka untuk menunaikan solat lima waktu. Mereka yang memakai ihram tidak dibenarkan untuk masuk ke Masjidilharam. Dataran tawaf di sekeliling Kaabah ditutup. Tawaf sunat masih boleh dilakukan di tingkat 2, 3 dan 4.

Malahan ini bukan kali pertama kawasan Kaabah ini ditutup. Ikut sejarah, Masjidilharam pernah ditutup lebih 40 kali pada tahun-tahun yang lalu.

Boleh rujuk perkongsian JEJAK IMANI untuk info dan sejarah Masjidilharam ditutup sebelum ini: UPAYA PENCEGAHAN EPIDEMI: DALAM SEJARAH, HAJI PERNAH DITUTUP 40 KALI.

Klik gambar untuk baca

Terkini tentang MasjidiHaram:


Sehingga 7 Mac 2020 lalu  ,menurut perkongsian Najmi Farisham:

Setelah arahan serta merta dikeluarkan kelmarin, Masjidilharam ditutup selama hampir 8 jam bermula sejam selepas isyak sehinggalah sejam sebelum fajar. Dalam tempoh itu jugalah kerja-kerja pembersihan dilakukan dengan gigih sekali oleh pihak pengurusan.

Ketika waktu solat fardu, para jemaah diarahkan untuk masuk ke dalam bangunan masjid. Tidak dibenarkan untuk solat di dataran luar. Dataran tawaf sekitar Kaabah juga ditutup sepenuhnya.

Imam akan berada di tingkat 2 Masjidilharam ketika menunaikan solat. Juga semasa membacakan khutbah pada hari semalam.

Namun atas titah Raja Salman yang merupakan Penjaga Dua Masjid Suci ini, ruangan mataf akan dibuka semula untuk para jemaah melakukan tawaf sunat bermula pagi ini. Hal ini dimaklumkan melalui Ketua Pentadbiran Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi, Syeikh Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz as-Sudais.

Larangan melakukan umrah masih lagi berkuatkuasa. Mereka yang memakai ihram tetap dilarang masuk ke Masjidilharam. Ruangan sai masih lagi ditutup sepenuhnya.

Syeikh turut mengingatkan agar semua jemaah memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada pihak keselamatan yang bertugas. Arahan ini bertujuan menjaga keamanan dan memberikan kebaikan buat semua pihak.
Untuk maklumat terkini Mekah/Masjidilharam boleh ke facebook: Langsung Dari Masjidilharam & Masjid Nabawi
Buat rakyat Malaysia yang nak menunaikan umrah:

Merujuk berita di Harian Metro pada 27 februari 2020 lalu:

“Kementerian Luar pada petang ini menerima pengesahan secara rasmi daripada Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur mengenai keputusan pihak berkuasa Arab Saudi menggantung sementara kemasukan rakyat asing bagi tujuan umrah, ziarah ke Masjid Nabawi dan bagi tujuan pelancongan ke Arab Saudi berkuat kuasa pada 27 Februari 2020.

“Pihak berkuasa Arab Saudi mengambil langkah ini bagi mencegah, mengawal dan menghapuskan penularan wabak Covid-19.

“Malaysia salah sebuah negara yang terbabit dan kerajaan Arab Saudi menegaskan langkah diambil itu bersifat sementara dan tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa negara berkenaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan langkah berkenaan.

“Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, Kementerian Luar menasihati rakyat Malaysia supaya menangguhkan sementara perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan umrah, ziarah dan juga pelancongan,” katanya.
Rakyat Malaysia di Arab Saudi yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh di talian +966 11 488 7100/488 7098 dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah (+966 12 6727 740/6728 019) serta Kementerian Luar (03-8887 4530/03-8887 4570.
Sekatan sementara ibadat umrah bagi semua jemaah termasuklah mereka yang berada di Mekah dan Madinah sudah mula berkuatkuasa.Namun laranga ini hanyalah sementara.

Kita sama-sama doakan moga virus bahaya ini dilenyapkan sepenuhnya oleh Tuhan. Moga Allah SWT memelihara kita semua termasuklah Kerajaan Arab Saudi yang tidak jemu-jemu menjaga, berkhidmat dan berjasa pada Bumi Haramain ini.

Petugas pembersih memakai topeng muka perlindungan, berikutan coronavirus, ketika membersihkan lantai di Masjid di kota suci Mekah, Arab Saudi. -Foto REUTERS (Gambar: https://www.bharian.com.my/)

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top