Lirik lagu Aisyah Isteri Rasulullah - Mr.Bie (Asal: Projector Band)


Lagu Aisyah Isteri Rasulullah adalah lagu yang sedang trending di Indonesia. Lagu asal/asli yang di popularkan oleh band Malaysia - Projector Band dan lirik pula oleh Hasbi Haji Muh Ali (Mr Bie) (yang memang rajin buat lirik lagu berunsur islamik di media sosial) telah menjadi satu fenomena saat ini.

Instagram Mr. Bie: https://www.instagram.com/mrbie_
Instagram Projector Band: https://www.instagram.com/projectorbandofficial

Lagu Aisyah ini mengingatkan kita kisah cinta sejati Aisyah RA dengan Baginda Nabi SAW. Kisah cinta ini bukan kisah cinta biasa akan tetapi kisah pengorbanan seorang isteri yang mengorbankan keseluruhan hidupnya untuk perjuangan yang diperjuangkan suaminya Baginda SAW iaitu ISLAM. Moga wanita di luar sana juga menjadikan Aisyah sebagai contoh teladan dalam hidup sepanjang zaman.
Perbezaan antara lirik lagu Aisyah ini antara Malaysia dan Indonesia dan penjelasan berkaitan hadisnya ada di hujung penulisan artikel ini, terima kasih!
Di bawah ini adalah lirik asal (aslinya) oleh Mr. Bie:




Lirik lagu Aisyah Isteri Rasulullah - Mr.Bie (Nyanyian asal - Projector Band)

Mulia indah cantik berseri
Kulit putih bersih merahnya pipimu
Dia Aishah, puteri Abu Bakr
Isteri Rasulullah

Sungguh sweet Nabi mencintamu
Hingga Nabi munum di bekas bibirmu
Bila dia marah, Nabi kan bermanja
mencuit hidungnya

Aishah
Romantisnya cintamu dengan Nabi
Dengan Baginda kau pernah main lari-lari
selalu bersama
Hingga hujung nyawa kau di samping Rasulullah

Aishah
Sungguh manis oh sirah kisah cintamu
Bukan persis novel mula benci jadi rindu
Kau isteri tercinta

Ya Aisy Humaira
Rasul sayang, kasih, Rasul cintamu

Mulia indah cantik berseri
Kulit putih bersih merahnya pipimu
Dia Aishah, puteri Abu Bakr
Isteri Rasulullah

sungguh sweet Nabi mencintamu
Bila lelah Nabi baring di ribamu
Ada ketika kau pula bermanja
Menyikat rambutnya

Aishah
Romantisnya cintamu dengan Nabi
Dengan Baginda kau pernah main lari-lari
selalu bersama
Hingga hujung nyawa kau di samping Rasulullah

Aishah
Sungguh manis oh sirah kisah cintamu
Bukan persis novel mula benci jadi rindu
Kau isteri tercinta


Ya Aisy Humaira
Rasul sayang, kasih, Rasul cintamu


Maksud:
*Aisy (kesayangan)
*Humaira (kemerah-merahan)






Lirik lagu Aisyah Isteri Rasulullah (arab) - Syed

Salam sejahtera Wahai Aishah RA dan Ummu Mukminin isteri Rasulullah
يا عائشة يا إبنة الصديق حبيب رسول الله
Wahai Aishah, anak Abu Bakar As Siddiq, Kekasih Rasulullah

انت قلب محمد و الروح
Kamu adalah jantung Nabi Muhammad dan nyawanya
كالشمس تشرقين بالوجه الصبوح
Kau seperti matahari terbit di pagi hari
يا أُمنا الحلم و المُنى نلقاك في العلا
Wahai ibu (umat) yang lembut dan bercahaya, kita akan bertemu di syurga (nanti)

Chorus :-
Aisyah, romantisnya cintamu dengan Nabi
Dengan Baginda kau pernah main lari-lari
Selalu bersama hingga hujung nyawa kau disamping Rasulullah

عائشة أخبرينا بحديث يأسر القلوب
Aisyah, yang menceritakan kami hadis (Nabi) yang mengesani hati
صفي لنا نبينا بسائر الدروب
Menghuraikan kisah hidup Nabi kami di sepanjang perjalanan
كم نشتاق له يا عائشة كم نتووق
(Menjadikan) kami sangat merindukan Nabi
Wahai Aisyah, kami mendambakan (hidup bersama Nabi)

Perbezaan lirik lagu Aisyah Malaysia dan Indonesia:

Berkaitan lirik lagu Aisyah ini yang berbeza antara Malaysia dan Indonesia, saya tertarik untuk berkongsi pendapat Ojisama Ryozo di youtube Mr. Bie:

Ramai masih bertanya tentang perbezaan perkataan dalam lirik asal dan diubah kepada lagu cover. Mr. Bie ni selalunya akan merujuk kepada hadith dahulu sebelum membuat lirik. Terdapat beberapa perkataan diubah dalam versi cover yang lari dari maksud asal hadith.

Asal: mencuit hidung
Cover: mencubit hidung

Sumber: Ada sirah mengatakan Nabi Muhammad SAW akan memujuk dan bergurau denga Aisyah RA dengan mencuit hidungnya (dengan hujung jari). Bukan mencubit.

Asal: baring di ribamu
Cover: baring di jilbabmu

Sumber: "Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran" (Sunan Ibni Majah : 626)
> Nabi Muhammad SAW baring di riba (pangku) Aisyah RA dan bukan di jilbab/tudung/hijabnya.

Asal: menyikat rambutnya
Cover: mengikat rambutnya

Sumber:
1) Rambut Rasulullah SAW mencapai pertengahan kedua telinga. (Diriwayatkan oleh Ali bin Hujr, dari Ismail bin Ibrahim, dari Humaid yang bersumberkan dari Anas bin Malik RA)
2) Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid.” (Hadis Riwayat Ahmad)
> Aisyah RA sering menyikat (menyisir) rambut Nabi Muhammad SAW dan bukan mengikat.

Mengenai isu lirik menggambarkan fizikal Aisyah RA yang putih dan merah di pipi, terdapat hadith mengatakan Nabi Muhammad SAW memanggil Aisyah RA sebagai Humaira'. Nama “Humairah” jika dibaca dengan حُمَيْرَة membawa maksud: sejenis burung kecil yang dadanya kemerah-merahan. Humaira’ atau حُمَيْرَاء membawa erti putih kemerahan-kemerahan yang melambangkan kecantikan.

Berkenaan isu timbul kenapa tidak digunakan Sayyidatina Aisyah supaya lebih menghormati. Perkataan Sayyidatina itu berasal dari perkataan Arab iaitu "Sayyid" yang bermaksud tuan, penghulu, yang dihormati. Adapun lebih afdal menggelar Sayyidatina Aisyah RA dengan gelaran penuh, saya yakin Mr. Bie mengolah lagu ini daripada lagu asal "Aisyah" nyanyian Projector Band dengan menggunakan tajuk yang sama. Kekurangan untuk menggunakan gelaran di awal nama Aisyah RA tidak mengurangkan niat yang baik jika itu tujuan asal lagu ini dibuat. Mr. Bie telah cover lagu-lagu lain untuk menjadi lagu dakwah dan dia juga tidak menyangka lagu ini bakal trending hingga menjadi isu.

Terdapat beberapa lagu nasyid lain yang tidak menggunakan gelaran kepada nama-nama yang mulia juga, tetapi matlamat dakwah asal itu tidak akan lari:

UNIC - Aisyah Humaira: youtube.com/watch?v=VJpRyp4CqFA
IN TEAM - Siti Khadijah: youtube.com/watch?v=MZ0pKGklfO0

Yang baik kita mudahkan. Tak perlu sulitkan. Harap bermanfaat. Wallahua'lam :)


Cover-cover lain Aisyah Isteri Rasulullah, Sabyan, Anisa Rahman, Siti Nurhaliza, Syakir Daulay & Khai Bahar














Berita lain: 'Rujuk sembilan hadis' - Ustaz Hasbi

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top