Berikut adalah cara membayar zakat fitrah dalam talian (online) untuk negeri Perak. Selalunya bayar melalui Amil yang dilantik. Namun berikutan penularan wabak COVID-19, kita dibolehkan mengambil pendekatan bayar secara dalam talian.
Untuk pengetahuan semua, hukum sah bayaran zakat 2 sahaja sebenarnya. Niat dan berlaku perpindahan harta. Pembayaran online zakat dah bermula sejak awal tahun 2000 lagi.
Orang yang makan beras premium/mahal, mereka sepatutnya membayar jumlah Zakat Fitrah yang lebih tinggi berdasarkan 2.6kg beras yang mereka makan.
Sebelum itu: Kalau nak bayarkan zakat fitrah bagi pihak ayah, mak, kena MINTA IZIN terlebih dahulu. Lai-lagi kalau mereka masih ada pendapatan. Jika berkemampuan, fitrah ibu dan adik-adik masih tanggungjawab bapa. Mohonlah izin dari beliau. Kalau tak, ia jadi sekadar sedekah sahaja.
Baik Jom mulakan! Cara bayar zakat fitrah online negeri Perak:
1 - Mula-mula pergi ke laman web: https://ezakat.maiamp.gov.my/v4/. Kemudian isi borang yang disediakan, pastikan bayar untuk berapa orang dan nilainya. Setelah selesai - tekan bayar sekarang.
2 - Kemudian akan keluar niat, baca niat tu (lafazkan) dan tekan bayar sekarang.
3 - Kemudian akan keluar senarai bank, pilih bank anda dan jangan lupa letak e-mel untuk mereka maklumkan kita tentang pembayaran, kemudian pilih agree and continue.
4 - Setelah itu, log in seperti biasa bank anda, buat sehingga selesai sehinggalah akan keluar terpampang resit pembayaran anda.
5 - Tadaa! Alhamdulillah. Selesai dah anda membayar zakat. Tahniah!
*Jika tak sempat print, jangan risau. Anda boleh log in dengan IC yang anda daftar tadi semula!
*****
Terdapat lima waktu pembayaran zakat fitrah
Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
Afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya
Sunat – Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal
Kadar zakat fitrah (rujukan: https://semakanonline.com/kadar-zakat-fitrah-malaysia/)
Sekian, selamat dan tahniah kerana menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam.
Ini untuk mengetahui laman web negeri lain untuk membayar zakat:
- https://twitter.com/acaiijawe/status/1254668433863524352
Antara sumber: Penerangan Perak Page
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.