Berikut adalah perkongsian melalui twitter Kewangan Graduan - Cara bayar zakat online wilayah persekutuan (MAIWP).
Untuk pelbagai tips dan maklumat berkaitan ekonomi dan kewangan terkini boleh mengikuti telegram Kewangan Graduan - https://t.me/KewanganGraduan.
Ini kali pertama bayar Zakat Fitrah melalui portal, selalunya bayar melalui Amil yang dilantik. Sebab COVID-19, ambil pendekatan bayar secara atas talian. Lagipun rekod Zakat boleh dilihat semula di Portal PPZ (cara biasa tiada rekod dalam portal dan hanya dapat resit sahaja).
Untuk pengetahuan semua, hukum sah bayaran zakat 2 sahaja sebenarnya. Niat dan berlaku perpindahan harta. Pembayaran online zakat dah bermula sejak awal tahun 2000 lagi.
Orang yang makan beras premium/mahal, mereka sepatutnya membayar jumlah Zakat Fitrah yang lebih tinggi berdasarkan 2.6kg beras yang mereka makan.
Sebelum itu: Kalau nak bayarkan zakat fitrah bagi pihak ayah, mak, kena MINTA IZIN terlebih dahulu. Lai-lagi kalau mereka masih ada pendapatan. Jika berkemampuan, fitrah ibu dan adik-adik masih tanggungjawab bapa. Mohonlah izin dari beliau. Kalau tak, ia jadi sekadar sedekah sahaja.
Hukum bayar zakat tanpa akad: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3767-al-kafi-1411-adakah-sah-pemberian-zakat-tanpa-melafazkan-akad
Cara bayar zakat online wilayah persekutuan (MAIWP)
a. Syarat Wajib
b. Lafaz Akad Fitrah:
- Diri Sendiri
- Diri dan Tanggungan
- Bagi Pihak Kalau bayar melalui Portal ni,
2. Log Masuk akaun Zakat2U, jika belum ada klik Daftar
3. Klik Bayar (atas kanan)
4. Pilih Zakat Fitrah di Jenis Zakat, bayaran untuk dan tambah Zakat
6. Sahkan bayaran, baca Niat dan klik Teruskan Bayaran
7. Selesaikan transaksi Resit ada diberikan, klik Rekod Rasmi boleh cetak resit. Apa-apa Zakat lain yang dibayar ada rekod dalam akaun Zakat2U anda.
- Rekod Rasmi
Bila dah bayar akan terima email daripada Portal Zakat2U: Resit Bayaran Zakat. Boleh log masuk Portal Zakat2U & Pilih tahun 2020 - Akan nampak bayaran Zakat yang dibuat tahun 2020. Jika tiada, boleh rujuk @ppzwp.
Terdapat lima waktu pembayaran zakat fitrah
Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
Afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya
Sunat – Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal
Terdapat lima waktu pembayaran zakat fitrah
Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
Afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya
Sunat – Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal
Kadar zakat fitrah (rujukan: https://semakanonline.com/kadar-zakat-fitrah-malaysia/)
Sekian, selamat dan tahniah kerana menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam.
Ini untuk mengetahui laman web negeri lain untuk membayar zakat:
- https://twitter.com/acaiijawe/status/1254668433863524352
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.