Cara memohon di aplikasi Gerak Malaysia (jadual rentas negeri) 2.0

 

MENGENAI GERAK MALAYSIA

Apa itu aplikasi mudah alih Gerak Malaysia? 

Aplikasi mudah alih Gerak Malaysia berfungsi sebagai platform permohonan permit kepada rakyat Malaysia yang ingin keluar dari kediaman masing-masing untuk melakukan aktiviti penting yang dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kaedah ini mengurangkan pengeluaran permit bertulis dan mempercepatkan proses pengesahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekatan jalan raya.

Aplikasi Ini juga akan menggunakan data pergerakan untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mereka melakukan pengesanan kontak termasuk individu yang sedang disiasat (PUI) dan individu dalam pemerhatian (PUS).

Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memuat turun aplikasi mudah alih ini? (untuk Gerak Malaysia 2.0, ada perubahan sedikit dalam butiran).

Ikuti cara-cara di bawah:
  • Download app Gerak Malaysia
  • Klik sini untuk download di App Store, jika anda gunakan Apple iPhone
  • Klik sini untuk download di Google Play, jika anda gunakan Android
  • Buat carian “Gerak Malaysia” di Huawei AppGallery, jika anda gunakan Huawei
  • Install sehingga selesai
  • Buka aplikasi Gerak Malaysia
  • Akan keluar beberapa gambar dan penerangan
  • Slide sehingga habis
  • Klik Let’s get started
  • Sekarang anda akan berada di ruangan Verify your mobile number
  • Masukkan nombor telefon bimbit anda
  • One Time Password (OTP) dalam bentuk SMS akan dihantar ke telefon bimbit anda
  • Sila buat pengesahan dengan memasukkan 6 digit Verification Code untuk buat pengesahan
  • Anda akan diminta untuk buat pendaftaran di ruangan Register
  • Masukkan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan di ruangan Name per NRIC / Passport
  • Masukkan Alamat Tempat Tinggal sekarang di ruangan Residential Address
  • Residential Address ialah alamat yang TERKANDAS sekarang. Maksudnya, anda perlu masukkan alamat kampung.
  • Masukkan Bandar di ruangan City
  • Masukkan Poskod di ruangan Postcode
  • Pilih jenis Pengenalan Diri dalam ruangan Identification Type iaitu Nombor Kad Pengenalan atau Passport
  • Jika jenis Pengenalan Diri anda ialah Nombor Kad Pengenalan, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
  • Jika jenis Pengenalan Diri anda ialah Nombor Passport, masukkan Nombor Passport anda
  • Masukkan email di ruangan Email
  • Jika tidak ada email, abaikan sahaja ruangan itu
  • Klik Continue
  • Klik Yes untuk berkongsi lokasi peranti anda
  • Klik Allow untuk memberikan kebenaran kepada Gerak Malaysia menjejaki lokasi peranti anda
  • Ikuti langkah seterusnya sehingga selesai
  • Setelah selesai pendaftaran, akan akan diminta untuk tekan butang Generate QR Code bagi memohon permit
  • Anda akan diberikan pilihan seperti:
  • Membeli Makanan dan Keperluan Harian
  • Rawatan Perubatan
  • Kecemasan
  • Aktiviti-aktiviti Perlu
  • Membeli barangan dapur
  • Pergerakan Antara Negeri
  • Untuk Perjalanan Antara Negeri, selepas Generate QR Code, anda akan menerima maklumat berikut “Terima kasih. Permohonan perjalanan anda telah diterima. Kami sedang meneliti semua permohonan. Sila rujuk kembali di sini pada 29 April 2020 untuk maklumat lanjut bagi melengkapkan proses permohonan anda.
  • QR Code ini akan diimbas oleh pasukan PDRM di mana-mana road-block sepanjang perjalanan anda
Adakah saya perlu pastikan aplikasi mudah alih itu sentiasa aktif sepanjang masa? 

Tidak. Aplikasi Gerak Malaysia akan tetap berfungsi secara pasif (function in background), dan tidak perlu aktif sepanjang masa. Untuk berfungsi dengan sempurna, anda hanya perlu memastikan bahawa Perkhidmatan Lokasi (Location Services) diaktifkan sepanjang masa.

Bolehkah saya menggunakan nombor telefon orang lain untuk mendaftar aplikasi ini?

TIDAK. Tujuan aplikasi mudah alih ini adalah untuk membenarkan kelulusan permohonan perjalanan dan mengenal pasti mereka yang mempunyai kontak rapat dengan mana-mana individu yang disyaki positif COVID-19.

Bagaimana saya boleh memohon untuk Pergerakan Rentas Negeri?
Anda boleh membuat permohonan untuk Pergerakan Rentas Negeri dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

i. Klik “Jana Kod QR”
ii. Pilih Perjalanan Rentas Negeri sebagai asas untuk memohon permit
iii. Anda akan menerima maklumat berikut:
Terima kasih. Permohonan perjalanan anda telah diterima. Kami sedang
meneliti semua permohonan. Sila rujuk kembali di sini pada 9 Mei untuk
maklumat lanjut bagi melengkapkan proses permohonan anda.

Sensitivity: Internal

Kemaskini: Gerak Malaysia 2.0

Sebelum ini, polis telah mengumumkan bakal menggunakan aplikasi ini untuk tujuan permohonan perjalanan antara negeri bagi mereka yang terkandas di kampung untuk balik bekerja di bandar.

Terbaru, Gerak Malaysia 2.0 telah mula ditawarkan untuk Android – memfokuskan kepada permohonan perjalanan antara negeri. Melalui aplikasi yang dikemaskini ini, pengguna boleh membuat permohonan untuk perjalanan antara negeri, dan memasukkan maklumat seperti alamat asal dan juga alamat destinasi.

Permohonan boleh dilakukan melalui aplikasi berkenaan untuk perjalanan antara negeri antara 7 ke 10 Mei 2020 ini. Ia dikatakan tiada sebarang kod QR atau notifkasi diberikan kepada pengguna selepas permohonan. Polis mengatakan pengguna boleh bergerak selepas melakukan permohonan mengikut jadual yang ditetapkan. Berikut merupakan jadual pergerakan dari negeri mengikut tarikh:




 JADUAL RENTAS NEGERI GERAK MALAYSIA:

7 Mei 2020 – Kuala Lumpur
8 Mei 2020 -Perak, Johor, Kelantan
9 Mei 2020 – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
10 Mei 2020 – Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu

Bagi pengguna Android, anda boleh membuat kemaskini aplikasi Gerak Malaysia, dan menggunakannya dalam mengemaskini maklumat destinasi pada 4 dan 5 Mei 2020. Kemaskini untuk versi iOS dijangka menyusul seawal esok.
Apakah tujuan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia? 

Menyedari pandemik COVID-19 yang berlaku, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan PKP yang membataskan semua pergerakan tidak perlu dari 18 Mac sehingga 12 Mei 2020 dalam usaha mengekang penyebarannya.

Memandangkan COVID-19 boleh disebarkan secara mudah jika seseorang berada rapat dengan individu yang dijangkiti, keupayaan mengesan serta sistem permohonan permit perjalanan adalah langkah yang penting bagi Kerajaan untuk menangani penyebaran  COVID-19 secara efektif dan memastikan rakyat bebas daripada virus tersebut. Aplikasi ini juga memanfaatkan data mobiliti untuk pengesanan kontak hampir masa nyata 1 dalam melengkapkan usaha KKM melakukan pengesanan kontak, termasuk mereka yang di bawah siasatan (PUI) dan di bawah pengawasan (PUS).

Sumber maklumat untuk Gerak malaysia 2.0 -  https://amanz.my/2020235376/

Apakah peranti yang menyokong aplikasi mudah alih Gerak Malaysia? 

Untuk menggunakan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia, anda memerlukan peranti yang memenuhi keperluan sistem dan keserasian kandungan yang berkaitan, akses Internet dan sistem operasi yang serasi.

Bagi pengguna peranti Android, aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun dan digunakan dengan perisian operasi 5.0 (Lollipop) ke atas. Bagi pengguna iOS pula, peranti perisian operasi iPhone tersebut mestilah iOS 11 ke atas.

Bilakah permit Perjalanan Rentas Negeri dapat digunakan?
Selepas anda memuat-turun aplikasi Gerak Malaysia, anda boleh membuat Penyataan Hasrat Perjalanan Rentas Negeri untuk perjalanan anda kelak.

Di antara tarikh tersebut, anda perlu nyatakan alamat semasa (origin address) dan alamat destinasi (destination address) anda untuk PDRM membuat ketetapan lanjut mengenai perjalanan anda.

Justeru, Kerajaan akan membuat pengumuman lanjut mengenai tarikh perjalanan anda dalam masa terdekat.

Bagaimana saya boleh membuat permohonan permit perjalanan yang lain?
Anda boleh membuat permohonan dengan mengambil langkah-langkah berikut:

i. Klik “Jana Kod QR” dari pilihan di dalam aplikasi
ii. Pilih jenis permit yang anda ingin pohon
Buat masa ini, permohonan permit untuk tujuan perjalanan yang lain akan aktif pada tarikh yang akan diumumkan kelak. Pada tarikh tersebut, tertakluk kepada pengumuman oleh pihak berkuasa, permohonan untuk tujuan perjalanan seperti yang disenaraikan di bawah akan disediakan merangkumi:
a. Membeli Makanan dan Keperluan Harian
b. Rawatan Perubatan
c. Kecemasan
d. Aktiviti-aktiviti Perlu

Kemaskini cara isi borang Gerak Malaysia, ruangan Residential Address

Ini soalan paling popular juga.


Kemaskini Residential Address Gerak Malaysia

Bagi yang tidak berapa faham berkenaan dengan Residential Address, anda perlu meletakkan alamat tempat tinggal yang TERKANDAS.

Selain itu, anda wajib aktifkan GPS jika ingin permohonan diluluskan

Masalah Rooted Device Gerak Malaysia app



Masalah Rooted Device Detected, semasa install Gerak Malaysia

Pihak MyGCC juga sudah memberikan maklumbalas tentang perkara ini.

Jika anda menggunakan telefon jenis Android dan pernah buat sesuatu untuk dapatkan akses root untuk telefon tersebut, besar kemungkinan anda akan menerima masalah untuk install.

Mesej yang diterima ialah “Rooted Device Detected. This app is not supported by rooted devices”.

Anda perlu dapatkan bantuan teknikal di alamat email di bawah.

Jalan alternatif yang lain ialah anda perlu buat permohonan bertulis dari balai polis berdekatan.

Jadual perjalanan semasa PKP


Pihak PDRM juga telah mengeluarkan kenyataan di mana pemohon perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing.

Sebagai contoh, jika anda sekarang terkandas di kampung atau hometown di Johor. Anda hanya dibenarkan untuk rentas negeri pada 8 Mei 2020 sahaja.
Perjalanan Gerak Malaysia adalah sehala, bukan dua hala
Ramai juga yang bertanya, “Mak saya sekarang terkandas di Shah Alam. Kalau saya nak hantar mak yang nak balik kampung di Johor Bahru, dan selepas itu saya nak balik semula ke Shah Alam, boleh ke?

Jawapannya, TIDAK BOLEH.

*****

Sumber maklumat unuk Gerak Malaysia (1) - https://therohani.com/cara-permohonan-gerak-malaysia/

*****



Lain-lain maklumat:

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top