SOP Pembukaan semula ekonomi & Aktiviti yang tak dibenarkan (PKPB)


 

1. Mulai 4 Mei 2020, Kerajaan Malaysia akan membuka semula (restart) ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh.

2. Kebenaran ini tertakluk kepada persediaan dan langkah-langkah yang diambil oleh perniagaan untuk memastikan kepatuhan kepada Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan di dalam dokumen ini.

3. SOP yang disediakan adalah untuk memastikan aspek kesihatan diutamakan dan terjamin dalam persekitaran di mana penularan wabak Covid-19 masih merupakan ancaman yang benar. SOP ini berhasrat untuk mengurangkan risiko kesihatan kepada orang awam dan di premis perniagaan, sekaligus mengelakkan perkhidmatan kesihatan negara dibebani sehingga tahap yang luar kawalan.

4. Sekiranya berlaku peningkatan penularan wabak Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tindakan lain boleh dikuatkuasakan. Ini memberi kesan kepada usaha membuka semula ekonomi negara. 

*****

1. Pembukaan semula ekonomi adalah hasil positif pematuhan PKP oleh Rakyat dan juga usaha barisan hadapan (frontliners) dalam memerangi Covid-19 yang berjaya meratakan lekuk penularan Covid-19. Namun, Kerajaan sedar kemungkinan penularan atau jangkitan semula sekiranya berlakunya ketidakpatuhan SOP ini.

2. Oleh itu, Kerajaan akan menentukan tahap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO), berasaskan tahap penularan wabak Covid-19 yang boleh membawa kepada beban yang berat ke atas sistem kesihatan.

3. Kerajaan juga menggalakkan orang ramai memainkan peranan untuk memantau dan memastikan pematuhan kepada SOP. Melalui aplikasi MySejahtera, orang ramai dan perniagaan boleh membantu Kerajaan dalam merealisasikan usaha membuka semula ekonomi ini.

4. Sekiranya terdapat keingkaran, orang ramai boleh menghubungi pegawai penguatkuasa yang berkenaan.

Norma baharu di Malaysia (A new normal)

SOP ini mengambil kira norma baharu dalam pengendalian perniagaan dan kehidupan harian. Pendekatan yang diambil kerajaan adalah pendekatan seluruh lapisan masyarakat, atau whole of society approach. Kaedah pendekatan ini adalah penting dalam memastikan pembukaan semula ekonomi negara ini dapat dilakukan dengan lancar, selamat dan berkesan.

▪ Individu berperanan untuk menjaga diri dan keluarga; Komuniti setempat bertanggungjawab memastikan kesejahteraan dan keselamatan di kalangan jiran-jiran; dan majikan bertanggunjawab memastikan pekerja dan operasi perniagaan mengamalkan tabiat kebersihan yang tinggi di samping mematuhi SOP.

Norma baharu ini merangkumi perkara-perkara berikut, iaitu:
• Mengamalkan langkah-langkah kesihatan:
• Penjarakan sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter, sebaik-baiknya 2 meter
dalam semua keadaan
• Memakai face-mask; digalakkan setiap masa, diwajibkan dalam keadaan tertentu
• Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi
• Kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand-sanitizer
• Menyediakan kemudahan ini untuk pekerja dan pelanggan
• Memastikan pembersihan (sanitizing) premis dibuat pada kadar yang kerap dan konsisten,
sekurang-kurangnya 2 kali sehari
• Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan:
• Memastikan terdapat protokol pemantauan penyakit dan pencegahan penularan jangkitan
• Kesemua pekerja diperiksa setiap hari untuk mengenalpasti symptom Covid-19 termasuk
pemeriksaan suhu badan
• Di mana penjarakan sosial tidak boleh diamalkan, pekerja mesti menggunakan peralatan
perlindungan diri (PPE) yang sesuai
• Melaporkan kepada Jabatan Kesihatan sekiranya terdapat maklumat mengenai jangkitan
Covid-19
• Melatih pekerja untuk memantau dan bertindak sekiranya terdapat kes yang disyaki timbul
• Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan:
• Aktiviti sosial melibatkan perhimpunan ramai seperti panggung wayang, stadium bola speak,
dan kelab malam tidak dibenarkan
• Aktiviti sukan berpasukan atau melibatkan sentuhan (contact) tidak dibenarkan
• Majlis kenduri-kendara/ rumah terbuka/ aktiviti perayaan atau keagamaan tidak dibenarkan
atau dihadkan dengan ketat

AKTIVITI YANG DILARANG SERTA TDAK DIBENARKAN SEMASA PKPB 

(Klik gambar untuk lebih jelas)



PKPB = Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (lebih longgar).

Jika mahu lihat SOP dalam setiap sektor dengan lebih jelas:

Sumber lain: https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/



0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top