Hukum ibadah korban dan sembelihan



Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh.


F.A.Q

Soal jawab tentang Ibadat Korban/Qurban

1- Apa dia ibadat korban (udhhiyyah)?

Binatang ternakan yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta‘ala pada Hari Raya haji dan tiga hari Tasyri‘.

2-Berapakah umur binatang yang sah dijadikan korban?

Secara ringkasnya disenaraikan binatang korban dan umurnya seperti berikut:
Unta 5 tahun, lembu 2 tahun, kerbau 2 tahun, kambing 2 tahun dan biri-biri setahun atau telah gugur
gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan.

3-Apa hukum ibadat korban?

Sunat muakkadah (sunat yang sangat dituntut).

4-Apa fadhilat melaksanakan ibadat korban?

 Penebus dosa kecuali dosa besar.
 Mendapat hasanah (kebajikan) bagi setiap bulu binatang korban.
 Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Ta‘ala.
 Membentuk peribadi ikhlas, sabar, qana‘ah (bersyukur), belas kasihan dan tolong menolong.
 Penyembuh penyakit: Rohani, fizikal, mental dan sosial.

5-Siapakah yang dikatakan orang yang mampu melakukan ibadat korban?

Orang yang mempunyai lebihan harta sebanyak nilaian harga binatang korban daripada keperluannya dan keperluan orang yang di bawah tanggungannya pada Hari Raya dan hari-hari Tasyri‘.

6-Apa hukum orang mampu tetapi tidak mahu melaksanakan ibadat korban?

Makruh (tidak berdosa tetapi tidak disukai oleh Allah Ta‘ala).

7-Bolehkah seekor binatang dikongsi oleh 2 atau lebih mudhahhi (orang yang berkorban)?

 Kambing untuk seorang sahaja.
 Unta, kerbau dan lembu boleh dikongsi oleh 7 orang walaupun berlainan niat.

8-Bolehkah melakukan ibadat korban di negeri lain?

Boleh.

9-Apa hukum memindah daging korban ke negeri lain?

Haram jika daging yang dipindah:
 korban wajib
 bahagian fakir miskin.
Boleh jika daging:
 bahagian orang kaya
 bahagian mudhahhi.

10-Bagaimana cara pembahagian daging korban sunat?

Harus dibahagikan kepada 3 bahagian:
 1/3 fakir miskin,
 1/3 Orang kaya dan
 1/3 mudhahhi .
Tetapi yang afdhal disedekahkan kesemuanya dan memakannya sedikit sahaja (hati).

11-Adakah wajib disedekah daging korban sunat kepada fakir miskin?

Wajib disedekahkan sebahagiannya.

12-Bagaimana keadaan daging itu disedekah dan dihadiahkan?

Dalam keadaan mentah.

13-Bagaimana cara pembahagian daging korban wajib?

Wajib disedekahkan kesemuanya.

14-Apakah perkara yang diharuskan bagi penerima yang bukan fakir miskin
terhadap daging korban?

 Memakannya.
 Menyedekahkannya dalam keadaan mentah kepada fakir miskin yang Islam.
 Menjamu orang Islam (kaya atau fakir miskin).

15-Apakah perkara yang dilarang bagi penerima yang bukan fakir miskin terhadap daging korban?
 Menjualnya samada mentah atau masak
 Menghadiahkannya kepada orang kaya
 Menjamu orang kafir.

16-Apa hukum melaksanakan ibadat korban bagi orang lain?

 walau bagaimanapun wali (bapa dan datuk sahaja) boleh melakukan korban daripada hartanya
untuk orang yang di bawah tanggungannya seperti anak dan isterinya tanpa izin mereka.
 Tidak boleh bagi orang masih hidup kecuali dengan izinnya.
 Tidak boleh bagi orang yang meninggal dunia kecuali ada wasiat.

17-Adakah wajib berniat korban?
wajib.

18-Bilakah waktu berniat korban?
 ketika menyembelih.
 Harus juga sebelum menyembelih asalkan setelah ditentukan binatang korbannya
dan setelah masuk waktu berkorban.

19-Bagaimana lafaz niat ibadat korban?

“Sahaja aku melakukan korban sunat/ wajib/ nazar”

20-Adakah boleh berwakil kepada wakil kedua untuk melaksanakan ibadat korban
dan bagaimana cara berwakil?

 Boleh,
 Mudhahhi berkata kepada wakilnya: “Saya berwakil kepada tuan untuk menguruskan
pembelian dan penyembelihan korban sunat/wajib/nazar saya”.

21-Adakah boleh wakil berwakil lagi kepada wakil kedua dan bagaimana caranya?

 Boleh,
 Wakil mudahhi berlafaz kepada wakil kedua: “Saya diwakilkan oleh…….untuk mewakilkan
tuan menguruskan penyembelihan korban sunat/wajib/nazar nya”.

22-Adakah boleh binatang yang ada aib dijadikan korban?

Unta
Lembu
Kerbau
Kambing
Kibasy

Tidak sah bagi aib seperti berikut:
• Tiada bertelinga atau yang terpotong telinganya
walaupun sedikit.
• Terpotong ekornya atau lidahnya.
• Binatang yang kurus yang menjadi kurang
dagingnya.
• Berkudis walaupun sedikit kerana binasa dagingnya.
• Buta sebelah matanya dan butanya itu nyata.
• Buta kedua belah matanya
• Sangat tempang.
• Sedang bunting.

Sah bagi aib seperti berikut:

• Tidak bertanduk
• Patah tanduknya.
• Terbelah telinganya
• Berlubang telinganya tetapi tidak hilang dagingnya
• Tidak berekor sejak dilahirkan.
• Tanggal sebahagian daripada giginya.
• Tidak mempunyai zakar.
• Binatang yang dikebiri.


*****

PENGURUSAN QURBAN OLEH PERSATUAN,
AGENSI ATAU SYARIKAT DALAM NEGARA

Pihak persatuan, agensi atau syarikat hendaklah
menjelaskan perkara-perkara berikut:
(a) urusan jual beli seperti akad, jenis haiwan qurban dan
fizikal haiwan yang cukup syarat;
(b) kadar harga bagi satu bahagian qurban yang
ditawarkan;
(c) kadar kos pengurusan (upah) yang diambil;
(d) cara pengagihan dan penerima daging qurban.

PENGURUSAN QURBAN OLEH PERSATUAN,
AGENSI ATAU SYARIKAT LUAR NEGARA
Pihak persatuan, agensi atau syarikat luar negara
hendaklah menjelaskan perkara-perkara berikut:
(a) urusan jual beli seperti akad, jenis haiwan qurban dan
fizikal haiwan yang cukup syarat;
(b) kadar harga bagi satu bahagian qurban yang
ditawarkan oleh syarikat atau persatuan;
(c) menetapkan kadar kos pengurusan semasa di awal
akad bukan selepas akad;
(d) menetapkan kos pengurusan yang terlibat di luar
negara selepas akad adalah ditanggung oleh persatuan,
agensi atau syarikat dan bukan pihak individu.

PENYERAHAN WANG KEPADA WAKIL BAGI QURBAN DI LUAR NEGARA

Apa-apa jumlah wang yang diberi kepada pihak pengurusan
qurban yang dilantik sebagai wakil untuk menguruskan qurban
di luar negara adalah terlaksana selagi mana wang berkenaan
dibelanja mengikut akad yang telah dipersetujui. Akad tersebut
hendaklah:
(a) akad penyerahan dengan lafaz yang khusus, bukan
lafaz am kerana lafaz am mengandungi ketidakjelasan
(gharar);
(b) menjelaskan tentang jenis, sifat dan kadar harganya;
(c) orang yang menjadi wakil, tidak boleh mewakilkan
kepada orang lain, kecuali mendapat izin daripada
pewakil (muwakkil) atau wakil tidak mampu
melaksanakannya.


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top