Asal usul nama Amato ayah Boboiboy (Mechamato The Movie)

Tempoh hari semasa sedang ditayangkan Filem Mechamato - Tuan Nizam Abd Razak (pengasas syarikat Monsta - antara pengeluar cerita animasi hebat tempatan) berkongsi bagaimana mereka dapat nama Amato (nama ayah Boboiboy).

TRIVIA; Kenapa nama AMATO? Ada yang katakan bunyi seakan-akan Jepun.

Sebenarnya nama Amato berkait dengan budaya kita. Nama panggilan asal dia ialah Amat. Tetapi dia suka sangat order air koko-o, teh-o, kopi-o ... semua nya kena ada 'O'. Sebab itu dia digelar Amato.

Dari sinilah idea asal nama AMAT'O' dan bila mechanize dengan MechaBot, jadilah MECHAMATO. Kalau perasan, ada satu hint di dalam #MechamatoMovie ( juga dlm 10 minit pertama) iaitu semasa Amato & Pian mencuba Kokoway 3000. Cuma Pian tak boleh tambah O. Nanti jadinya Piano 😂


Apa-apa pun tahniah buat Mechamato yang baru-baru ini telah memenangi anugeran Fan Award di Tokyo - mengalahkan anime lain yang tercalon. Tahniah buat semua rakyat Malaysia yang mengundi dan peminat Mechamato di seluruh dunia! 


Sumber: twitter @nizamabdrazak

                Twitter: @mechamato

Website: https://mechamato.fandom.com

Facebook: Mechamato

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top