Kenangan peminat Azrinaz Mazhar Hakim (Bekas Pembaca Berita Buletin Utama TV3)

Apabila menonton pembaca berita TV3 lagenda di Buletin Utama tahun lalu, saya tersenyum kecil mengenangkan kenangan lama.


Dulu, saya amat meminat Puan Azrinaz Mazhar Hakim. Sehinggakan saya menghantar e-mel mahu jadi adik angkatnya! Lucu bila ingat balik, namun jangan tak tahu, dia balas dengan jawapan "boleh saja." Maka berbahagialah saya setiap kali melihat 'kakak angkat' membaca berita. Dengan kawan-kawan pun saya cakap, "itu kakak saya okay!" Haha. Walaupun saya tahu beliau hanya menyantuni saya, tapi tetap saya gembira. 

Tidak cukup dengan itu, apabila berpeluang pergi ke karnival Jom Heboh bersama keluarga, saya terus mencari reruai berita sebab ternampak beliau di TV (lintas langsung). Saya menegurnya dan meminta tandatangan (masih tersimpan rapi hingga kini). Cuma gambar kenangan saja tidak ada, saya tiada telefon pintar waktu itu (masih sekolah lagi).

Sejak itu, saya terus mengikuti perkembangan beliau dari jauh (sedih juga apabila tiba-tiba beliau tidak lagi muncul di TV, namun tahu beliau bijak, pastinya itu keputusan yang terbaik beliau lakukan ketika itu) dan sehingga kini, doa saya sentiasa ada untuk Puan Azrinaz dan keluarga. Moga baik-baik selalu 'kakak'! ❤️

(Ditulis sempena ulang tahun TV3 lalu, siaran TV yang banyak memberi hal indah kepada saya dan keluarga. Moga satu hari nanti saya berpeluang juga bertemu mata dengan 'kakak' saya ini. Insya-Allah). 

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top