Beberapa jalan di KL ditutup setahun (ubahsuai Jambatan Bulatan Loke Yew)

Beberapa laluan di ibu negara akan ditutup mulai Sabtu (5 Ogos) ini hingga 4 Ogos tahun depan bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew.

Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi/Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew akan ditutup selama setahun mulai 05 Ogos 2023 hingga 04 Ogos 2024. 

Sehubungan itu, sebagai laluan alternatif, pengguna jalan raya boleh menggunakan lencongan trafik seperti berikut:

Alternatif yang selalu lalu Bulatan Loke Yew

a) Trafik dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Sungai Besi/Petaling Jaya akan dilencongkan kepada dua bahagian iaitu melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan memasuki laluan kontra di Lorong bersebelahan.

b) Trafik dari Sungai Besi/Petaling Jaya untuk ke Bulatan Kampung Pandan akan dilencongkan ke susur kiri melalui Bulatan Loke Yew.

c) Bulatan ke Loke Yew akan ditutup. Trafik Cheras menghala ke Jalan Loke Yew hanya dibenarkan untuk membuat pusingan U sahaja menghala arah Cheras semula. Pengubahsuaian laluan trafik ini adalah kekal. Laluan alternatif trafik dari Cheras menuju ke Jalan Sungai Besi adalah melalui Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga. Untuk trafik yang datang dari Cheras dan menghala ke Jalan Yew pula hendaklah melakukan pusingan U di persimpangan ‘fly-over’ di Jalan Maharajalela dan ini juga sama untuk trafik yang datang dari Cheras dan menuju ke kawasan persekitaran Jalan Yew.

d) Bulatan Loke Yew akan ditutup. Trafik Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Loke Yew dan Jalan Sungai Besi akan dilencongkan ke Jalan Yew menghala ke Bulatan Pudu sahaja. Sebagai laluan alternatif pengguna jalan raya hendaklah melalui pusingan U di SMK (P) Pudu. Pengubahsuaian laluan trafik ini adalah kekal. 

e) Bulatan Loke Yew akan ditutup. Laluan trafik Jalan Yew dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching akan ditutup pada tempoh pembinaan. Laluan alternatif adalah melalui Jalan Kampung Pandan, Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah

-----

Dalam pada itu, jalan susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew juga ditutup kepada semua lalu lintas pada tempoh yang sama bagi membolehkan kerja-kerja merobohkan jambatan susur dan pembinaan semula jambatan di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu) dijalankan.

“Laluan alternatif adalah melalui Jalan Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga,” memetik kenyataan tersebut.

Gambar daripada FB DBKL


Sumber:

https://www.samudera.my/jalan-sungai-besi-arah-selatan-ditutup-setahun-bermula-sabtu-ini/

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/08/994529/beberapa-laluan-di-ibu-negara-ditutup-setahun-mulai-sabtu



0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top