Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi (lahir 17 Ogos 2000 di Kuala Lumpur, Malaysia) atau lebih dikenali sebagai Trisha Ooi ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Erra lakonannya dalam drama Risik Pada Hati (2022). Beliau sebelum ini telah memulakan kerjayanya sebagai pelagak ngeri (seawal usia muda).
Biodata Trisha Ooi
Nama penuh: Reyshqa Aqiera binti Mohd Nasron Ooi
Tarikh lahir: 17 Ogos 2000 (umur 24)
Agama: Islam (Ayah Chinese, Mak Melayu)
Setelah berlakon dalam filem Wira, Coast Guard Malaysia, dan beberapa buah filem dan telefilem lain, Trisha seterusnya berjaya mencuri perhatian ramai dalam drama Risik Pada Hati. Kini rezeki beliau semakin lebih ke depan dengan berjaya memegang watak heroin di samping Aliff Aziz dalam drama bersiri Akasia - Tentang Hati Dia.
Pada Jun 2023 lalu, Trisha telah selamat dalam menjalami pembedahan membuang ketumbuhan cyst. Alhamdulillah.
Pada 2024, wajahnya banyak menyinari siaran TV tempatan apabila menjadi heroin untuk drama Menanti Senja dan My Lovely Driver.
Kelak, beliau akan muncul dalam filem Janna Endoro, Mulan dan Memoir Seorang Guru.
Instagram Trisha Ooi - https://instagram.com/itstrishaooi
Tiktok Trisha Ooi -
FILEMOGRAFI
Filem
- 2019
Wira Konco Vee (Filem pertama)
- 2023
Coast Guard Malaysia: Ops Helang (Trisha / Riska Penampilan khas)
Polis EVO 3 — Sebagai pelakon lagak ngeri, (dikreditkan dengan nama sebenar)
Pagari Bulan (Sui Li)
- 2024
Janna Endoro (Janna)
Roxana (Mulan)
TBA Memoir Seorang Guru
Drama
- 2021
Hari Kita Jatuh Cinta (Anna Nabila, Awesome TV)
Langkah Terakhir (Jessica, TV Okey)
- 2022
Kau Cipta Kasih (Sari, TV3)
Kerana Dia Suka (Zaimah)
Risik Pada Hati (Erra, TV3)
- 2023
Kau? C.E.O Aku? (Sherry, TV1)
Rindu Darul Iman (Hanna, TV Okey)
Tentang Hati Dia (Tiara, TV3)
Surat Dari Tuhan (Rifqa, TV3)
Menanti Senja (Sarah Adina, TV3)
My Lovely Driver (Sam/Samsiah, TV3)
Telefilem
- 2020
Misteri Jam Vintage (Linda, Astro Citra)
- 2021
Bukan Cinta Biasa (Athirah, TV2)
Aisya & Bella (Mei Ling)
- 2022
Bukan Teman Stereotype (Citra Ayu Maulida Ramlee, TV9)
Web Drama
- 2020 KL Gangster: Underworld 2 Teja Iflix
Sebagai Tiara (THD) |
Latar Belakang Trisha Ooi
1. Trisha mula meniti kerjaya dalam dunia seni sebagai pelakon lagak ngeri wanita, dalam filem-filem tempatan sejak usia remaja, pada tahun 2016.
2. Peluang sebagai pelakon drama muncul selepas dia mendapat perhatian para penerbit drama pada tahun 2020, lantas membuka pintu rezekinya.
3. Usaha untuk mengembangkan bakatnya membuahkan hasil apabila persembahannya sebagai watak antagonis Erra dalam drama Risik Pada Hati di slot Akasia TV3, mendapat sambutan positif daripada penonton. Dia menerima kecaman yang hebat daripada penonton, terutama netizen di media sosial, kerana watak antagonis yang dilakonkannya sebagai "perampas suami orang".
Trivia berkaitan Trisha Ooi:
1. Mempunyai dua orang adik-beradik, iaitu seorang abang yang berada di atasnya.
2. Setelah kehilangan bapanya beberapa tahun yang lalu, kehidupan keluarganya menjadi lebih sukar. Trisha nekad ingin mengambil tanggungjawab dan memastikan ibunya bahagia.
3. Pada Jun 2023, dia mengalami kecemasan yang memerlukan pembedahan segera apabila ketumbuhan 'cyst' berukuran 6.7s entimeter (cm) pecah di dalam perutnya. Keadaan ini hampir mengancam nyawanya sebelum dia dikejarkan ke hospital.
4. Salah satu impian Trisha adalah ingin mengambil peluang berlakon bersama pelakon lagak ngeri terkenal, Hairul Azreen, dan juga aktor berpengalaman, Pekin Ibrahim (ini telah tercapai menerusi filem Janna Endoro).
Trisha akan muncul dalam beberapa naskah karya yang belum disiarkan. Moga maju jaya buat Trisha! Lakonannya sangat baik, terutama apabila membawakan watak aksi dan sedih.
Sumber maklumat:
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.